Sebilangan besar individu yang aktif secara seksual perlu menjalani ujian HIV atau penyakit jangkitan kelamin (STD) lain.
Sebilangan besar individu yang aktif secara seksual perlu menjalani ujian HIV atau penyakit jangkitan kelamin (STD) lain.
Perlu anda tahu, penyakit ini tidak hanya menjejaskan mereka yang ‘berisiko tinggi’.
Sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti hubungan seksual, terutama dengan pasangan yang berbeza akan terkesan!
Pendek kata, ujian HIV atau yang sewaktu dengannya adalah satu ‘kewajipan’ sebagai benteng pertahanan diri!
Malangnya, masih ramai orang tidak mendapatkan rawatan STD dengan segera apabila didiagnosis.
Selain itu, apa yang membuatkan jangkitan ini lebih merumitkan adalah kebanyakan STD tidak bergejala.
Ditambah pula stigma masyarakat, jumlah individu yang menjalani pemeriksaan ini kian menyusut hari demi hari.
Tabu berkaitan perihal seksual perlu dihentikan! Fahami beberapa garis panduan asas ujian STD, untuk melindungi diri dan pasangan.
Berikut adalah panduan yang boleh anda rujuk, mengikut jenis hubungan seksual yang dimiliki.
Majoriti doktor tidak menguji lelaki heteroseksual untuk penyakit STD selain HIV, kecuali mereka mempunyai gejala.
Mengapa? Sebahagian daripada sebabnya adalah kerana wanita memperolehi masalah kesihatan yang lebih teruk akibat HPV dan klamidia.
Selain itu, sekarang, ujian STD mula melibatkan swabbing yang menyakitkan. Tetapi, klamidia boleh menjejaskan kesuburan lelaki.
Disebabkan kini telah wujud ujian air kencing yang tidak menyakitkan untuk kedua-dua jenis STD klamidia dan gonorea, tiada salahnya untuk kalian disaring ketika lawatan ke doktor.
Bergantung juga pada tahap aktiviti seksual anda, kadar jangkitan dalam kalangan komuniti, dan tahap keprihatinan, anda mungkin juga ingin diuji untuk sifilis.
Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mengesyorkan ujian HIV untuk kesemua orang dewasa dan wanita hamil yang aktif secara seksual.
Ujian air kencing kini tersedia untuk klamidia dan gonorea, menjadikan pemeriksaan yang lebih mudah berbanding sebelumnya.
Sesetengah doktor juga mengesyorkan ujian berkala untuk kedua-dua jangkitan ini, jika anda tergolong dalam salah satu daripada beberapa kumpulan berisiko tinggi.
Pun begitu, ujian ini tidaklah terhad dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Menurut laporan pengawasan CDC tahun 2006, orang muda yang berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun mewakili hanya 25% daripada populasi yang aktif secara seksual.
Tetapi jangan terkejut, mereka juga mewakili hampir 50% kes STD baharu pada tahun itu!
Golongan muda harus menjalani ujian HIV, sifilis, klamidia, dan gonorea setahun sekali, menurut Dr H. Hunter Handsfield, Profesor Perubatan Klinikal di University of Washington dan Pakar STD yang diiktiraf.
Namun beliau menambah, bergantung pada tingkah laku seksual seseorang, ujian mungkin perlu dibuat sekerap sekali setiap beberapa bulan, atau sejarang 2 tahun sekali untuk kes hubungan monogami.
Klamidia pula adalah ujian yang cukup penting bagi wanita muda (walaupun anda mungkin harus memintanya), memandangkan STD ini sering menyerang dan sangat membinasakan!
Ia adalah satu-satunya penyakit kelamin yang berkemungkinan besar tidak menimbulkan gejala kepada penghidapnya, lantas memicu banyak kemudaratan, tambah Dr. Handsfield.
Menjalani ujian HIV dan sifilis adalah sangat mustahak dalam kumpulan ini kerana terdapat kadar jangkitan yang tinggi bagi kedua-dua pihak.
Bergantung pada bilangan pasangan seksual yang dimiliki, anda mungkin perlu mempertimbangkan penyaringan lebih daripada sekali dalam setahun, menurut Dr. Handsfield.
Klamidia dan gonorea juga kerap menyerang, dan anda boleh meminta ujian air kencing baharu berbanding terpaksa menghadapi swabbing uretra yang mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan.
Selain perlu melakukan ujian HIV, semua wanita harus mendapatkan Pap smear tahunan untuk mengesan sebarang risiko kelainan (potensi prakanser), pada sel-sel serviks yang mungkin dipicu oleh HPV.
Wanita berumur bawah 26 tahun juga harus mendapatkan vaksinasi HPV, tambah Dr. Handsfield.
Dr. Jeanne Marrazzo, Pakar STD di Sekolah Perubatan University of Washington, turut menasihati agar wanita muda menjalani ujian klamidia tahunan.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai beberapa pasangan seks berbeza, kalian mungkin perlu disaring dengan lebih kerap!
Oleh sebab kini klamidia dapat dikesan melalui ujian air kencing, pemeriksaan pelvis yang penuh mungkin tidak lagi diperlukan.
Anda juga boleh meminta untuk menjalani ujian gonorea pada masa yang sama, terutamanya jika bimbang dengan risiko pendedahan.
Tempoh masa yang diperlukan untuk ujian STD bergantung pada jenis pemeriksaan yang anda lakukan.
Namun, kebanyakan ujian penyakit kelamin memerlukan tempoh masa beberapa minit untuk mengumpulkan air kencing, air liur, atau sampel darah.
Beberapa jenis keputusan STD akan dapat dikembalikan kepada anda secepat 20 minit setelah diuji!
Manakala, yang lain mungkin memerlukan waktu hingga seminggu untuk memperoleh hasil.
STD bukanlah perkara yang memalukan dan ia telah menyerang ramai individu yang aktif secara seksual!
Ujiannya juga tersedia secara meluas dan berbeza-beza, bergantung pada jenis STD yang dibuat oleh doktor bertauliah.
Usah segan untuk berkongsi dengan doktor anda mengenai sejarah seksual.
Pastikan juga untuk meminta padangan berkenaan pilihan ujian STD yang bersesuaian, mengikut tahap aktiviti dan jenis hubungan seksual dimiliki.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen