Wanita yang ada masalah kekeringan faraj mungkin tidak selesa bercakap mengenainya. Tetapi ia adalah masalah sering terjadi sehingga menyebabkan ramai isteri tak nak bersama suami kerana seks yang menyakitkan.
Ada beberapa tip yang boleh kalian amalkan untuk mengembalikan semula kehangatan hubungan intim di ranjang. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Isteri alami masalah kekeringan faraj
Sebelum mengetahui cara untuk mengatasi situasi isteri tak nak bersama suami kerana seks yang menyakitkan, ayuh kita fahami secara ringkas tentang masalah kekeringan faraj ini.
Faraj kering adalah masalah biasa untuk dialami wanita. Namun keadaan itu sering dipandang remeh kerana ramai tidak menyedari bahawa ia adalah masalah kesihatan yang boleh dirawat1.
Kekeringan faraj ini boleh berlaku secara semula jadi seiring dengan peningkatan usia atau semasa menopaus. Amnya, menopaus adalah apabila tiada lagi kitaran haid dan anda tidak boleh hamil lagi.
Keadaan ini berlaku apabila tahap estrogen menurun, menyebabkan kulit, tisu vulva dan faraj boleh menjadi lebih nipis dan kurang anjal1.
Kesannya boleh mengakibatkan kesakitan ketika hubungan intim, sekali gus menjadi punca kehilangan nafsu untuk bersama.
Simptom kekeringan faraj
Anda mungkin mengalami kekeringan faraj jika2:
- Sakit atau gatal di dalam dan sekitar faraj
- Sakit atau tidak selesa semasa bersenggama
- Perlu kencing lebih kerap daripada biasa
- Kerap mendapat jangkitan saluran kencing (UTI)
Gejala yang dialami isteri ini mungkin membuatkan mereka kehilangan minat untuk melakukan hubungan seks atau keintiman bersama suami.
5 tip untuk dicuba jika isteri tak nak bersama suami
Sekarang kita sudah tahu punca faraj kering yang menjadi penyebab isteri mengelak daripada melakukan seks.
Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi situasi tersebut dan seterusnya mengembalikan semula libido isteri?
1. Guna pelincir semasa hubungan intim
Rasa sakit kerana faraj kering sehingga menyebabkan isteri tak nak bersama boleh diatasi dengan penggunaan lubricant atau cecair pelincir3.
Pelincir berasaskan air dapat menambah kelembapan pada permukaan faraj, sekali gus melegakan kesakitan semasa bersetubuh4.
Jenama syarikat gergasi pencegah kehamilan, Durex ada mengeluarkan pelbagai pelincir berasaskan air di pasaran bagi memenuhi kepuasan seksual di ranjang seperti Basic, Sensation atau Massage 2 in 1, yang sesuai untuk aksi foreplay dan juga urutan badan.
Untuk meningkatkan gelombang sensual dan sensiviti pada bahagian kemaluan isteri, anda boleh menggunakan produk pelincir dengan formula khas Durex yang memberikan sensasi pemanasan, penyejukan dan kesemutan.
Klik di sini untuk dapatkan pelincir Durex.
Bagi menghangatkan keadaan, penggunaan alatan seks seperti vibrating ring pasti dapat menyemarakkan lagi keterujaan si dia. Jangan lupa untuk menggunakannya bersama pelincir bagi melancarkan aksi panas di kamar tidur.
2. Foreplay bantu atasi isteri tak nak bersama suami
Kita tidak boleh menafikan kepentingan foreplay atau aksi pemanas bagi mereka yang mengalami kekeringan faraj ini3.
Foreplay berfungsi meningkatkan keghairahan seksual melalui rangsangan fizikal dan mental seperti menyentuh, mencium, menjilat serta usikan manja dengan pasangan5. Hubungan intim adalah mengenai keseronokan dan bukan hanya orgasma semata-mata.
Secara fisiologi, ia boleh membuatkan zakar dan klitoris (kelentit) tegang, seterusnya menghasilkan pelincir semula jadi. Perubahan ini menjadikan geseran dan penetrasi lebih baik dan lancar.
Penggunaan pelincir sebagai sebahagian daripada foreplay adalah cara mudah untuk membantu meningkatkan keseronokan seksual kepada wanita. Ia boleh disapu terus pada faraj, klitoris atau zakar sebelum penetrasi3.
Bagi mereka yang mengalami kekeringan faraj kronik, berterus-terang dengan pasangan tentang keperluan dan keinginan seksual adalah penting. Ini kerana suami mungkin tidak menyedari perubahan fisiologi diri anda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan3.
3. Isteri tak nak bersama suami? Cuba berikan rangsangan klitoris
Klitoris merupakan bahagian paling sensitif pada tubuh wanita. Walaupun agak tersembunyi, namun ia mempunyai jutaan saraf yang rapat antara satu sama lain berbanding zakar lelaki6.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy, ada jenis sentuhan pada klitoris yang boleh buat wanita klimaks7.
Encik suami boleh cuba merangsang klitoris menggunakan jari (fingering) dengan teknik gerakan atas ke bawah, depan ke belakang serta membulat. Nescaya akan membuat isteri menjadi tidak keruan.
4. Hadirkan mood kemesraan
Berada ‘dalam mood’ melakukan hubungan intim adalah sukar untuk dijangka dan ia dipengaruhi oleh faktor fizikal dan emosi8.
Berdasarkan kajian, wanita yang sudah berada dalam perhubungan bagi tempoh lebih daripada setahun, keinginan dan rangsangan fizikal mungkin berlaku hanya selepas diri mereka memilih untuk mengalami rangsangan seksual9.
Jadi sebagai pasangan, anda boleh membantu mengembalikan percikan api asmara bersama isteri dengan menjadi lebih intim. Lakukan aktiviti seperti berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan atau menikmati makan malam romantis berdua.
Baca juga: