Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Ini yang perlu anda fahami mengapa masalah UTI cenderung untuk dialami.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Ini yang perlu anda fahami mengapa masalah UTI cenderung untuk dialami.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Kehamilan dan jangkitan kelamin (STD) bukanlah satu-satunya kesan selepas seks.
Bagi sesetengah wanita, jangkitan saluran kencing juga boleh menjadi antara kesannya.
Keadaan anatomi tubuh dikatakan sebagai punca mengapa UTI atau turut dikenali sebagai jangkitan pundi kencing lebih kerap dialami wanita berbanding lelaki.
Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga yang betul akan dapat membantu mengurangkan risiko ia terjadi kepada anda.
Uretra adalah tiub di mana air kencing dikeluarkan daripada tubuh melalui pundi kencing.
Bagi wanita, tiub ini umumnya lebih pendek, menjadikan bakteria lebih cepat dan mudah memasuki bukaan dan menyusup masuk ke pundi kencing.
Bakteria yang menyebabkan UTI hidup di kawasan sekitar dubur dan hubungan seks boleh membawanya ke arah depan (faraj).
Keadaan itu membolehkan bakteria naik ke uretra, seterusnya ke pundi kencing dan membiak. Akhirnya berlakunya jangkitan saluran kencing.
Sudah tentu gejalanya akan berkaitan dengan kekerapan dan kualiti air kencing.
Wanita yang menderita jangkitan ini sama ada mereka mengalaminya selepas seks atau cara lain, akan mempunyai keinginan kuat untuk membuang air kecil.
Selain itu, anda mungkian akan perasan nanah keluar daripada uretra dan mungkin mengalami kesakitan serta sensasi terbakar semasa kencing merupakan antara simptomnya.
Individu dengan jangkitan saluran kencing juga mungkin akan demam, menggigil, sakit pada bahagian belakang atas, sisi atau sekitar pinggul.
Anda mungkin tidak akan mengalami UTI setiap kali selepas melakukan hubungan intim. Tetapi anda mungkin berasa seperti dijangkiti jika sering mengalami jangkitan ini.
Seks sememangnya boleh menjadi pencetus kepada jangkitan pundi kencing ini.
Bahkan, jangkitan ini turut diberikan nama jolokan honeymoon cystitis – merupakan nama lain untuk jangkitan pada pundi kencing – berlaku kerana hubungan seksual yang kerap.
Punca lain untuk mendapat jangkitan UTI berulang adalah:
Lelaki juga berisiko untuk dijangkiti UTI, cuma ia lebih jarang untuk berlaku berbanding wanita.
Anda tidak perlu menolak ajakan seks untuk mencegah jangkitan ini.
Berikut ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan risiko pembiakan bakteria dan mengurangkan kecenderungan mendapat jangkitan saluran kencing selepas seks.
Tindakan ini boleh membantu membersihkan sistem dan mencegah bakteria daripada memasuki saluran kencing.
Bersihkan kawasan kemaluan dan dubur. Pastikan anda mengelap daripada depan ke belakang sahaja.
Lakukannya sebelum dan selepas hubungan kelamin.
Pastikan pengambilan cecair anda mencukupi.
Anda juga digalakkan untuk meminum segelas air selepas seks. Ia dapat membantu membersihkan saluran kencing anda daripada bakteria yang tidak diingini.
Jika faraj kering, anda disarankan untuk menggunakan pelincir faraj.
Ini kerana geseran semasa hubungan seksual boleh merengsakan uretra.
Pertimbangkan untuk menggunakan alat kawalan kelahiran tertentu.
Jika anda terdedah kepada jangkitan saluran kencing, elakkan daripada menggunakan kaedah diafragma atau spermisida sebagai pilihan pencegahan kehamilan.
Ini kerana ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria jahat dan membunuh bakteria baik yang berfungsi menjaga kesihatan faraj.
Hindari tabiat meruang (douche), semburan atau meletakkan sebarang serbuk pada kawasan kemaluan.
Tindakan tersebut boleh menyingkirkan bakteria pelindung dalam faraj sekali gus meningkatkan risiko jangkitan UTI.
Secara amnya, jika anda mengalami jangkitan saluran kencing, anda amat dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti persetubuhan buat sementara.
Sekiranya perlu, anda boleh bertanyakan kepada doktor bilakah masa yang tepat dan sesuai untuk meneruskan dan melakukan aktiviti seksual.
Tidak boleh melakukan hubungan seks bukanlah bermakna anda harus mengelakkan sebarang hubungan romantis dengan pasangan.
Ciuman, pelukan manja dan sebarang hubungan intim dan emosi lain masih boleh dilakukan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen