Bagaimana cara untuk diagnosis masalah ini?
Sebenarnya, tiada cara lain yang lebih tepat berbanding berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan bagi menilai bagaimana risiko, simptom, punca dan kesan daripada masalah ereksi zakar.
Dalam masa yang sama, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kendiri di rumah untuk melihat sama ada anda mempunyai risiko untuk mengalami masalah ereksi zakar atau mati pucuk.
Jika sudah sah anda ada masalah ini, lelaki boleh mula cari dan amalkan cara kuatkan zakar anda!
Bagaimana pula untuk rawat masalah ini?
#1. Mengambil ubat preskripsi dari doktor
Pertama, anda boleh cuba ambil ubat preskripsi daripada doktor untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku dan berulang. Sildenafil seperti viagra adalah pilihan ubatan yang baik.

Cara kuatkan zakar #2. Cergaskan fizikal
Kemudian, pastikan anda cergas dari aspek fizikal yakni dengan banyak bersenam serta tidak pula mengamalkan gaya hidup sedentari agar masalah zakar dapat berereksi di tahap maksimum.
Cara kuatkan zakar #3. Tenangkan mental
Dalam pada itu, pastikan akal dan fikiran anda sentiasa dalam keadaan yang tenang agar tidak ada gangguan pada emosi. Dapatkan bantuan dan rawatan pakar jika ada masalah yang berkaitan.
#4. Dapatkan cukup rehat dan tidur
Dalam masa yang sama, dapatkan cukup waktu rehat dan tidur secukupnya kerana keletihan itu adalah antara faktor risiko utama masalah ereksi zakar.
Cara kuatkan zakar #5. Komunikasi
Cara kuatkan zakar yang terakhir adalah dengan berkomunikasi bersama pasangan dalam perihal hubungan seksual anda berdua. Maka, duduk bersemuka dan berbincang mengenai setiap masalah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik buat kalian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen