#1. Nikmati rangsangan sebelum berhubungan intim
Pertama, suami perlu faham isteri mungkin alami kekeringan faraj akibat kekurangan rangsangan sebelum hubungan. Dalam erti kata lebih mudah, adegan foreplay mungkin masih belum cukup.
Sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj, pastikan kalian juga melakukan aktiviti ringan seperti berpeluk, bercium atau bersentuhan antara satu sama lain untuk mengeluarkan air yang banyak.
#2. Gunakan alat atau minyak pelincir
Kadangkala, kalian mungkin hanya perlu menggunakan alat atau minyak pelincir yang boleh bantu melicinkan permukaan faraj wanita. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk tahu jenis terbaik.
#3. Lakukan seks dengan lebih kerap
Sebenarnya, faraj wanita mungkin akan jadi kering jika kurang buat seks. Jadi, anda dan pasangan perlu lebih aktif melakukan aktiviti seksual agar ia jadi lebih lembap dengan air semula jadi.

#4. Ada bahan lain lagi yang boleh bantu?
Selain daripada pelincir yang terdapat di pasaran, ada beberapa bahan lain yang mungkin boleh bantu kalian seperti gel lidah buaya, minyak kelapa, minyak zaitun dan lain-lain. Bahan ini perlu dimakan atau disapu pada faraj secara langsung, namun dapatkan nasihat daripada pakar dahulu.
Petua banyakkan air ketika bersama untuk suami
Jangan cuma tahu menyalahkan isteri sahaja jika hubungan seks anda dan pasangan itu ‘kering’ ya? Sang suami harus tahu bahawa ia juga mungkin salah anda sendiri jika ‘air’ tidak cukup.
Berikut adalah antara petua banyakkan air ketika bersama khas buat individu yang bergelar suami:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen