Bagaimana menghentikan tabiat ini?
Setelah anda mengetahui tentang keburukan makan lewat malam ini ke atas sistem metabolisma anda, anda mungkin berminat mengetahui kaedah untuk mencegah tabiat tersebut.
Makan seimbang
Jangan terlalu mengawal pengambilan kalori anda semasa waktu makan malam. Sebaiknya seimbangkan makanan anda daripada protein, karbohidrat dan lemak yang sihat antara pukul 7.00 hingga 7.30 malam. Makanan yang seimbang akan membantu mengawal keinginan makan lewat malam sehingga anda tidur.
Makanan ringan
Elakkan dari membeli makanan ringan. Makan beberapa potong epal pasti tidak akan menganggu tidur anda, sebaliknya satu bungkus keropok kentang pasti akan menganggu anda. Ramai antara kita menghidangkan makanan ringan lewat malam bukan kerana kelaparan, tetapi kerana rasa bosan, kesunyian atau penyesalan. Sekiranya tiada makanan ringan di rumah anda, pasti anda tidak akan mencarinya.
Alas perut
Jika anda masih belum tidur ketika sekitar pukul 10 malam dan makan malam awal, anda mungkin boleh memasukan beberapa makanan ringan sihat ke dalam rutin makan anda, sebaiknya satu jam sebelum anda tidur. Beberapa potong epal atau sedikit badam pasti dapat membantu menghindari rasa lapar ketika anda cuba hendak tidur.
Segelas air
Ada masanya badan akan silap mentafsir rasa dahaga sebagai kelaparan dan mengakibatkan anda mungkin mengidam makanan ringan lewat malam walaupun telah memakan makanan seimbang ketika makan malam. Minum segelas air dan tunggu beberapa minit sebelum melayani keinginan anda itu. Kemungkinan besar anda hanya haus.
Kawal emosi
Emosi yang tertekan sebelum tidur pasti akan memburukkan lagi keinginan makan lewat malam. Sebaiknya pastikan anda dalam keadaan dan emosi yang tenang dan santai. Jika keinginan anda akibat pergolakan emosi sebelum tidur seperti teringat tarikh akhir kerja atau pergaduhan dengan pasangan anda, cuba beberapa teknik pernafasan mendalam dan bukan dengan mencari makanan ringan. Anda juga boleh titisan beberapa titisan minyak lavender di atas bantal untuk memberikan rasa tenang.
Catatan
Mungkin agak remeh. Tetapi sekiranya anda mencatatkan apa dan berapa banyak makanan yang anda ambil, mungkin dapat membantu anda meningkatkan kesedaran dan membantu anda mencegah keinginan makan lewat malam.
Makanan pilihan lewat malam
Ada masa walaupun anda dalam keadaan tenang dan santai, anda masih memiliki keinginan unutk memakan makanan ringan. Apabila perut anda terasa lapar dan pastinya anda akan sukar untuk tidur. Berikut beberapa contoh makanan yang sesuai untuk mengisi rasa lapar anda walaupun pada lewat malam:
- Epal separuh
- Beberapa keping ayam panggang
- Beberapa keping keropok dengan satu sudu makan hummus
- Setengah pisang dengan satu sudu mentega kacang
- Segenggam kacang
- Telur rebus
- Semangkuk kecil potongan buah cincang seperti betik atau tembikai dengan keju.
Selepas makan, pastikan anda tidak lupa untuk menggosok gigi dan membilas mulut anda sebelum tidur!!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen