home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh?

Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh?

Anda mahu menggunakan baby oil sebagai pelincir seks ketika melakukan hubungan intim? Apa kata baca artikel ini dahulu, sebab ada pelincir semula jadi yang bahaya untuk digunakan.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Pelincir seks

Penggunaan pelincir ketika hubungan intim dapat membantu mengurangkan ketidakselesaaan dan kekeringan faraj, terutamanya bagi wanita yang mula mengalami menopaus.

Pastinya, pelincir yang paling selamat digunakan adalah daripada bahan yang menyerupai sifat cecair atau rembesan faraj.

Memilih pelincir yang bersesuaian boleh menjadi perkara yang mencabar.

Ada sesetengahnya memilih pelincir seks alternatif daripada bahan semula jadi bagi mengelakkan kehadiran bahan berbahaya.

Antara pelincir alternatif yang mungkin menjadi pilihan adalah seperti yogurt, minyak ataupun telur. Namun adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan ketika hubungan intim?

Mengapa memilih pelincir seks semula jadi?

Kajian menunjukkan wanita lebih suka melakukan hubungan intim ketika faraj dalam keadaan basah. Ia dipercayai dapat memudahkan wanita mengalami orgasme.

Bagi mereka yang tidak dapat menghasilkan rembesan faraj dengan mencukupi, mungkin akan memilih untuk menggunakan pelincir atau pelembap.

Penggunaan pelincir juga digunakan bagi mereka untuk mahu melakukan seks anal.

Untuk individu yang bimbang terdapat reaksi alahan kesan penggunaan bahan pelincir untuk seks, pastinya pelincir berasaskan kandungan semula jadi akan menjadi pilihan.

Namun, yang menjadi persoalan sekarang, adalah ia selamat untuk digunakan atau penggunaannya boleh memberikan kesan terhadap kesihatan?

Jenis pelincir seks alternatif

Berikut dikongsikan antara bahan semula jadi digunakan sesetengah individu sewaktu melakukan hubungan intim serta kesannya.

  1. Putih telur

Selain digunakan dalam masakan, telur juga menjadi pilihan ketika aktiviti seks. Namun adakah ia selamat?

Ada individu mengatakan putih telur yang diasingkan daripada bahagian kuningnya boleh bertindak sebagai pelincir ketika seks.

Ya, putih telur tampak sama seperti cecair faraj, bukan?

Namun, malangnya doktor tidak mengesyorkan penggunaannya di dalam faraj kerana belum terbukti selamat.

pelincir seks

  1. Aloe vera

Aloe vera atau lidah buaya sememangnya antara bahan yang digunakan dalam pelincir komersial.

Aloe vera adalah bahan semula jadi yang digunakan untuk tujuan perubatan, kecantikan dan kesihatan. Ia popular dalam merawat selaran matahari.

Ada yang memilih untuk menggunakannya sebagai pelincir dalam hubungan intim. Namun penggunaannya pada kulit boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Kemerahan
  • Terbakar
  • Sensasi menyakitkan
  • Ruam
  • Reaksi alahan

Sesetengah wanita hamil yang menggunakan aloe vera sebagai pelincir seks mengalami kontraksi rahim.

Bahagian faraj dan rektum, tempat di mana pelincir akan disapu, mempunyai kulit dengan sifat yang berbeza.

Ia mungkin bertindak balas dengan cara berbeza berbanding kulit pada bahagian badan yang lain.

  1. Minyak bayi

Dalam kajian melibatkan penggunaan minyak seperti minyak bayi (baby oil), ada risiko yang menanti.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan minyak bayi pada faraj, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan seperti vaginosis bakteria.

Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata dan menggunakan kondom, produk berasaskan minyak yang disapu pada bahagian sulit boleh merosakkan kondom.

Lebih memburukkan keadaan, anda mungkin akan mengalami kehamilan mengejut selain ia meningkatkan risiko untuk dijangkiti penyakit kelamin (STD).

  1. Minyak kelapa atau minyak zaitun

Anda mungkin fikir minyak kelapa dan minyak zaitun adalah minyak yang banyak manfaatnya pada kesihatan, sudah tentu ia sesuai digunakan sebagai pelincir seks, bukan?

Fikir sekali lagi.

Minyak sayuran, minyak kelapa atau sebarang produk berasaskan minyak lain, seperti minyak bayi, mempunyai risiko yang tersendiri.

Ia tidak bagus digunakan bagi penembusan zakar, kerana boleh menjejaskan kondom dan meningkatkan risiko kehamilan serta jangkitan STD.

Manakala minyak kelapa dengan sifat antivirus dan antibakteria boleh menjejaskan keadaan semula jadi dalaman dan pH faraj.

  1. Mentega dan marjerin

Oleh sebab ia seakan produk berasaskan minyak, maka kedua-dua bahan ini boleh menjejaskan fungsi kondom.

  1. Yogurt

Ada sesetengah individu mendakwa yogurt boleh digunakan sebagai pelincir ketika hubungan intim dan ia boleh merawat jangkitan yis.

Yogurt tanpa perasa dan gula dikatakan mengandungi probiotik yang dapat membantu membiakkan bakteria baik di dalam faraj.

Walau bagaimanapun, dakwaan ini masih belum dapat disahkan oleh penyelidik. Jadi elakkan untuk menggunakan yogurt sebagai pelincir, okay?

pelincir seks

  1. Jeli petroleum

Doktor tidak mengesyorkan penggunaan jeli petroleum sebagai pelincir kerana minyaknya boleh merosakkan kondom.

Malahan terdapat kajian menunjukkan, mereka yang menggunakan bahan ini pada faraj adalah 2 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat vaginosis bakteria.

Jangan ambil mudah

Semasa memilih pelincir untuk digunakan ketika hubungan intim, tidak kira pelincir seks alternatif semula jadi atau komersial, anda perlu menyemak kandungan bahannya.

Pastikan ia tidak mengandungi bahan berbahaya seperti gliserin atau paraben.

Jika cerewet tentang apa yang anda makan, jadi anda juga harus berhati-hati tentang pelincir yang digunakan semasa seks.

Doktor tidak mengesyorkan penggunaan pelincir alternatif semula jadi kerana ia boleh merosakkan kondom dan mengubah keadaan pH faraj atau rektum.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Asyikin Md Isa pada 11/06/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x