Meskipun Aneh, Tapi Ada Pasangan Gemar Jilat Lubang Dubur! Nak Tahu Tak Apa Akibatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam perihal berkaitan seks, terdapat pelbagai cara, teknik, posisi, lokasi dan perlakuan yang boleh dilakukan dalam usaha memuaskan nafsu syahwat.

Asalkan ia tidak melanggar hukum syarak serta mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental, tiada salahnya untuk mencuba.

Ada satu perlakuan seks yang sebenarnya agak aneh namun masih ada pasangan yang melakukannya iaitu menjilat lubang dubur! Adakah ia normal?

Perlakuan seks yang dikenali sebagai ‘rimjob

Mungkin kita semua sudah terbiasa dengan istilah seksual seperti ‘blowjob’, ‘handjob’ atau ‘titsjob’ bukan? Bagaimana pula dengan ‘rimjob’?

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perlakuan seks yang melibatkan anda menjilat, mengucup atau menghisap lubang dubur pasangan.

Meskipun ramai yang beranggapan bahawa ia adalah satu perbuatan menjijikkan, masih ada pasangan yang menganggap ia mengiurkan lagi memuaskan.

Ini kerana setiap individu itu pasti akan mempunyai kecenderungan seks (fetish) yang tersendiri seperti jilat lubang dubur, meskipun ia dianggap sebagai aneh atau pelik oleh orang lain.

Namun ketahuilah bahawa ia adalah haram untuk dilakukan buat pasangan yang menganut agama Islam.

buang bulu dubur

Adakah jilat lubang dubur pasangan itu normal?

Seperti mana yang telah diperkatakan di atas tadi, setiap individu itu pasti akan mempunyai keinginan atau kemahuan seksual yang tersendiri.

Oleh itu, adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa perbuatan ini adalah tidak normal ataupun ‘gila’ kerana ia adalah pilihan masing-masing.

Cuma apa yang penting di sini adalah mereka yang beragama Islam ditegah untuk melakukannya bersama pasangan kerana ia boleh mendatangkan dosa.

Mungkin ada sebab atau hikmah yang kita sendiri tidak nampak di sebalik larangan ini kerana tidak mustahil jika ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Manakan tidak, ia adalah tempat yang sangat kotor untuk diletakkan dekat dengan muka bukan?

Apakah risiko & bahaya jilat lubang dubur pasangan?

Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa ia mungkin normal dilakukan buat pasangan yang teringin mencuba.

Pun begitu, ketahuilah bahawa masih wujud beberapa risiko dan bahaya perlakuan seksual ini yang mungkin boleh terjadi kepada anda.

#1. Bakteria pada lubang dubur

Kebersihan adalah sangat penting jika pasangan berkeras mahu melakukannya bersama anda bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

Bakteria yang biasa dikeluarkan melalui lubang dubur seperti E.coli dan Salmonella masih mampu hidup pada kawasan terbabit untuk satu tempoh masa.

risiko seks anal

Sekiranya kawasan itu dijilat dengan lidah, maka akan wujud risiko di mana bakteria tersebut masuk ke dalam sistem pencernaan pasangan.

Kesannya, pasangan mungkin akan mengalami gejala seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

#2. Jangkitan penyakit kelamin

Hakikatnya, kita semua sangat mudah terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin (STD) lebih-lebih lagi jika melakukan aktiviti seks yang tidak selamat.

Boleh dikatakan bahawa rimjob mungkin termasuk di dalam kategori ini kerana ia turut berisiko memindahkan jangkitan penyakit kelamin termasuklah:

  • Ketuat kelamin
  • Sifilis
  • Herpes
  • Gonorrhea
  • Hepatitis A, B

Meskipun tidak digalakkan, anda dan pasangan mungkin boleh menggunakan dental dam ketika melakukannya untuk mengelak STD.

Jangan buat lebih-lebih lagi jika…

Di atas tadi, kami telah nyatakan 2 akibat utama yang mungkin boleh terjadi sekiranya anda atau pasangan masih mahu menjilat lubang dubur masing-masing.

Dalam pada itu, sebenarnya ada beberapa lagi sebab lain yang menyebabkan anda patut berfikir dua kali sekiranya terlintas keinginan untuk melakukannya.

bulu dubur

Jangan biarkan lubang dubur anda dijilat pasangan sekiranya ada kondisi seperti berikut:

  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Buasir
  • Perut berangin
  • Terlalu banyak lubang dubur yang dijilat
  • Jangkitan sistem pencernaan
  • Luka pada lubang dubur
  • Pendarahan pada dubur

Ini kerana anda mungkin akan mewujudkan suasana tidak selesa akibat terkeluar angin atau najis tatkala muka pasangan berada dekat dengan lubang dubur.

Oleh itu, adalah wajar untuk kalian menangguh atau mengelak terus daripada melakukan perbuatan ini seketika sementara merawat gejala terlebih dahulu.

Konklusi

Kesimpulannya, mungkin masih ada pasangan yang beranggapan bahawa perbuatan menjilat, mencium atau menghisap lubang dubur pasangan ini normal.

Tidak dinafikan, ia adalah pilihan masing-masing untuk memilih bagaimana untuk memeriahkan lagi kehidupan di kamar tidur kalian berdua.

Apa yang paling penting adalah tanpa mengira perlakuan seks apapun, ia perlu dilakukan dengan selamat agar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

Mungkin ramai yang faham dan alami masalah pancut awal ini. Namun tahukah anda berapa lama tempoh ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Ada dalam kalangan pembaca yang menggunakan cincin zakar? Bukan tidak boleh guna, cuma kena berwaspada tempoh penggunaan alat ini okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Seks Selamat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka ‘Main Belakang’

Antara risiko seks anal adalah dijangkiti dengan penyakit jangkitan kelamin. Apa petandanya ya? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sebab buasir

Tersiksa Apabila Terkena! Tapi Apa Punca BUASIR Buat Punggung Gatal & Sakit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
pelincir faraj

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan