home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Pengsan Selepas Bersetubuh Untuk Naik Nafsu Syahwat? Waspada Dengan 3 Kondisi Ini

Pengsan Selepas Bersetubuh Untuk Naik Nafsu Syahwat? Waspada Dengan 3 Kondisi Ini

Seks memang syok dan seronok namun mungkin boleh terjadi pelbagai komplikasi jika salah cara buatnya. Namun, tahukah anda punca pengsan selepas seks ini?

Tidak dinafikan, ia adalah sangat penting kepada pasangan suami isteri dan tanpanya maka hambarlah kehidupan di kamar tidur kalian berdua.

Pun begitu, tidak semuanya akan berjalan dengan lancar sekiranya berlaku sebarang kesilapan seks ketika sedang hangat beraksi di ranjang.

Tidak kurang dengan itu, ada juga pasangan yang terus pengsan selepas mencapai klimaks. Kenapa?

Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapannya!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Adakah pengsan semasa seks itu normal?

Tidak, bukan satu perkara yang normal sekiranya anda pitam semasa projek asmara terutamanya selepas ejakulasi.

Ini kerana seks adalah satu aktiviti yang sihat lagi bagus untuk dilakukan bagi menguatkan institusi rumah tangga.

Sebarang komplikasi yang terjadi tentu sahaja akan menjejaskan keintiman kalian berdua dan sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera.

Sebelum ia berlaku, mungkin akan timbul beberapa simptom seperti berikut:

  • Kepala terasa pening
  • Badan keluar peluh
  • Rasa sesak nafas
  • Mula hilang sedar

Simptom ini akan berlaku dengan satu persatu sehingga menyebabkan anda pitam secara tiba-tiba.

Persoalannya, apakah punca pengsan yang sebenar semasa persetubuhan?

Apakah punca pengsan semasa projek asmara?

Untuk pengetahuan anda, ada segelintir individu yang sengaja mencuba memengsankan diri ketika seks kerana ingin meningkatkan nafsu syahwat.

Ya, ia memang merupakan satu perbuatan gila yang mungkin boleh terjadi dengan latihan namun mendatangkan banyak mudarat yang tersendiri.

punca pengsan

Perbuatan ini dinamakan sebagai auto-erotic asphyxiation (AEA) yang sangat tidak sihat untuk dilakukan.

Ini kerana terdapat pelbagai kondisi kesihatan boleh berlaku akibat ini serta juga boleh membawa maut.

Bagaimana pula jika punca pengsan semasa projek asmara ini tidak diketahui?

Terdapat beberapa kondisi kesihatan yang mungkin menyebabkan perkara ini termasuklah:

#1. Vasovagal syncope (sinkop)

Apabila berlaku rangsangan berlebihan pada sistem saraf vagus (sistem saraf yang menghubungkan otak dengan dada dan abdomen), degupan jantung dan tekanan darah akan berkurangan secara mendadak.

Inilah yang menyebabkan seseorang itu pitam ketika melakukan apa-apa aktiviti yang menerujakan seperti seks.

Kondisi ini juga mungkin boleh berlaku akibat daripada beberapa pencetus termasuklah:

Jika ini berlaku kepada anda, usah khuatir kerana ia adalah tidak berbahaya dan penderita boleh sedar dengan sendiri setelah beberapa ketika.

#2. Postural orthostatic tachycardia syndrome (POTS)

POTS adalah kondisi yang berlaku akibat terlalu sedikit darah yang dipam kembali menuju ke organ jantung lantas menyebabkan pitam.

Semasa projek asmara berlangsung, kondisi ini juga boleh terjadi ekoran suami isteri yang mengubah posisi seks dengan terlalu cepat.

Dalam pada itu, terdapat beberapa faktor pencetus POTS termasuklah:

  • Isipadu darah rendah
  • Degupan jantung laju
  • Peningkatan aktiviti sistem saraf simpatetik

punca pengsan

Sebelum anda pengsan, akan berlaku pelbagai simptom kepada penderita seperti pening kepala, hilang konsentrasi dan tubuh badan terasa penat.

Sehingga kini, POTS yang merupakan salah satu punca pitam ini masih tiada penawar namun boleh dirawat dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

#3. Punca pengsan – Degupan jantung tidak normal

Semasa aktiviti rutin seharian yang biasa, individu yang menderita degupan jantung tidak normal mungkin akan kurang terjejas.

Namun demikian, jantung mereka mungkin tidak mampu bertahan ketika melakukan aktiviti fizikal yang sangat aktif seperti seks.

Ini kemudiannya akan mengakibatkan kadar degupan jantung penderita menurun dengan mendadak namun saluran darah di dalam otot kekal lantas menjadi punca pitam ketika seks.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah kondisi yang agak bahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan lanjutan.

Ini yang suami isteri perlu buat!

Berita baiknya, kesemua kondisi kesihatan yang kami sebutkan di atas ini boleh dirawat jika cepat berjumpa doktor.

Pun begitu, mencegah sudah pasti lebih baik dari mengubati bukan?

Untuk mengelakkan anda pengsan semasa senggama lagi sekali, sila lakukan perkara berikut:

  • Meningkatkan pengambilan garam
  • Menambahkan pengambilan air
  • Elak minuman beralkohol & berkafein
  • Berhenti merokok
  • Mengambil ubatan
  • Mengamalkan gaya hidup sihat

Sekiranya anda atau individu sekeliling yang anda kenali masih tidak mengetahui punca pengsan semasa beraksi di ranjang terutamanya selepas orgasma, sila berjumpa doktor dengan kadar segera!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/coming-and-fainting-it-possible-pass-out-orgasm-0
  2. https://www.semanticscholar.org/paper/Coming-and-fainting%3A-Is-it-possible-to-pass-out-an-Alice/
  3. https://www.nhs.uk/conditions/fainting/
  4. https://www.nhs.uk/conditions/postural-tachycardia-syndrome/
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-arrhythmia/symptoms-causes/syc-20350668
  6. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/postural-orthostatic-tachycardia-syndrome-pots#:~:text=POTS
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 25/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan