Diet, Satu-satunya Cara Mencegah Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Perkataan “diet” sangat sinonim dengan pelan kawalan pemakanan bagi mengurangkan berat badan. Namun bagi langkah pencegahan penyakit diabetes, ia bukan bermakna anda perlu melangkau pengambilan pemakanan, tetapi mengikuti terapi perubatan nutrisi (MNT), termasuk formula khusus diabetes (DSF) untuk mengawal dan juga merawat daripada penyakit diabetes jenis 2.

Menurut pakar endokrin dan pakar diabetik, Prof Dr Shashank Joshi, kebanyakan orang boleh menerima (mendengar) apabila doktor menyarankan supaya mengamalkan diet. Bagaimanapun, kebanyakannya akan memberontak atau tidak mampu melakukannya kerana ia melibatkan perubahan amalan pemakanan yang sudah menjadi kebiasaan dan rutin seseorang.

“Sebaliknya, akhirnya kemungkinan besar seseorang yang menghidap diabetes lebih cenderung meminta tablet (ubat) daripada doktor sebagai langkah untuk merawat diabetes,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

MNT menggabungkan penggantian makanan akan membantu mencapai kawalan diabetes yang lebih baik

Diabetes kini menjadi tumpuan utama di peringkat global dan serantau. Apabila tidak dirawat, diabetes jenis 2 boleh menyebabkan kesan jangka panjang dan jangka pendek. Pesakit diabetes jenis 2 yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mampu mencapai penurunan berat badan dan meningkatkan kawalan gula dalam darah yang lebih baik dengan pelan pemakanan peribadi.

Menurut Dr Joshi, MNT adalah langkah pertama untuk pesakit diabetes, dan jika anda hanya diet, anda akan melihat purata HbA1c tiga bulan (ukuran purata gula dalam darah) menurun sebanyak 2%. Dan, kualiti kehidupan anda bertambah baik.

Memasukkan pengganti makanan yang betul boleh menyokong proses semulajadi tubuh untuk membantu menguruskan gula dalam darah, dengan membantu mengurangkan tindak balas glisemik dan menyediakan kawalan gula dalam darah yang tahan lebih lama. Rancangan pemakanan peribadi ini merupakan komponen penting untuk mencegah diabetes, mengurus diabetes sedia ada dan komplikasi.

Perubahan gaya hidup yang merangkumi pelan diet yang betul dan peningkatan aktiviti fizikal adalah kunci kepada membantu orang menguruskan diabetes mereka dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Didiagnosis menghidap diabetes tidak bermakna perlu hadkan pemakanan

Menurut pengarah penyelidikan dan pembangunan Pusat Pemakanan Asia-Pasifik Abbott, Dr Low Yen Ling, pengurusan diabetes memerlukan pelan pengurusan yang komprehensif yang mana melibatkan MNT, aktiviti fizikal dan farmakoterapi.

“Walaupun anda telah didiagnosis mempunyai diabetes, tidak bermaknan anda perlu mengehadkan pengambilan makanan. Malah, anda masih memerlukan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan kehidupan anda kekal aktif. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan pesakit dalam dilema kerana pengambilan pemakanan yang mencukupi menyebabkan gula dalam darah mereka meningkat.

“Tidak dinafikan bahawa pengambilan ubat boleh membantu mengawal gula dalam darah, tetapi ia tidak memberikan nutrisi kepada tubuh. Jadi untuk mengimbangi dilema ini, pesakit perlu menggunakan formula diabetes khusus bagi mendapatkan pemakanan seimbang lengkap.

“Definisi ‘lengkap’ adalah jika seseorang hanya bergantung kepada formula ini untuk keperluan tenaga, ia akan memenuhi semua keperluan nutrien juga.

Oleh itu, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk keadaan kesihatan semasa dan tindakan yang perlu dilakukan bagi mencegah, mengawal dan merawat daripada penyakit diabetes.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Ada Diet Khas Yang Boleh Mencegah Sawan, Tapi Berkesankah?

    Makanan seimbang daripada pelbagai kumpulan membantu tubuh dan otak berfungsi. Ia juga mengurangkan risiko sawan bagi sesetengah individu dengan epilepsi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Sistem Saraf & Otak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

    Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

    Anda ada masalah nafas berbau atau mulut berbau? Jaga-jaga! Ini mungkin petanda ada sakit diabetes. Tapi, apakah kaitan kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2, Kencing Manis 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kalori per hari untuk diet

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan diet eat clean

    Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    manfaat diet mediterranean

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    diet kulit cantik

    Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan