backup og meta

Selamat Ke Jika Menggunakan Insulin Yang Sudah Tamat Tarikh Luput?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/08/2021

    Selamat Ke Jika Menggunakan Insulin Yang Sudah Tamat Tarikh Luput?

    Bolehkah penghidap diabetes menggunakan insulin tamat tempoh? Adakah insulin luput ini selamat untuk digunakan? Adakah penggunaan insulin yang telah luput berbahaya kepada penghidap diabetes?

    Pasti ramai penghidap diabetes yang bertanya sekiranya mereka masih boleh menggunakan insulin tamat tempoh untuk mengelakkan pembaziran.

    Ada juga yang bertanya mengenai kaedah penyimpanan insulin yang betul bagi mengelakkan insulin menjadi rosak dan memanjangkan jangka hayatnya.

    Malahan, ada yang keliru sama ada ia perlu disimpan di luar atau di dalam peti sejuk.

    Semuanya telah dijawab melalui penerangan di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Bolehkah saya menggunakan insulin tamat tempoh?

    insulin tamat tempoh

    Seperti kebanyakan benda-benda lain, insulin juga mempunyai tarikh luputnya yang tersendiri.

    Ini kerana, selepas daripada tarikh luput tersebut, keberkesanan insulin tidak dapat dijamin sepenuhnya berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

    Perlu anda ketahui bahawa insulin mempunyai dua tarikh luputnya.

    Pertama, tarikh luput apabila insulin telah dibuka dan disimpan pada suhu yang sesuai.

    Kedua, tarikh luput yang diletakkan oleh pengeluar setelah insulin dibuka dan disimpan pada suhu bilik.

    Anda perlu memastikan kedua-dua tarikh ini agar insulin anda selamat untuk digunakan.

    Keberkesanan insulin yang melepasi tarikh luputnya tidak dapat dijangka dengan tepat.

    Oleh itu, penggunaan insulin luput sememangnya tidak disarankan sama sekali untuk pesakit diabetes.

    Namun, sekiranya anda tiada pilihan lain dalam situasi tertentu atau terdesak, maka anda boleh menggunakannya. 

    Apa yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan insulin tamat tempoh?

    Sekiranya anda menggunakan insulin luput dan tidak efektif, kesan yang diberikan mungkin sama sahaja seperti apabila pankreas anda tidak menghasilkan insulin yang mencukupi.

    Anda boleh mengetahui bahawa insulin tersebut tidak berkesan sekiranya paras gula anda tidak terkawal walaupun setelah mengambil insulin.

    Paras gula darah anda akan meningkat dan mungkin akan menyebabkan beberapa komplikasi lain seperti hiperglisemia atau paras gula darah terlalu tinggi.insulin tamat tempoh

    Anda juga berpotensi untuk mengalami komplikasi serius lain sekiranya insulin luput dan tidak berkesan seperti yang sepatutnya.

    Anda boleh mengalami kerosakan organ dan saraf selain ketoasidosis.

    Selain daripada aspek keberkesanan, anda juga boleh mengetahui bahawa insulin tersebut telah tamat tempoh penggunaannya melalui keadaan fizikalnya.

    Insulin tamat tempoh sekiranya ia kelihatan berkeladak, berketul atau mempunyai sesuatu seperti tali kecil di dalamnya. 

    Ini cara untuk simpan insulin dengan betul untuk panjangkan tarikh luputnya

    Untuk memastikan insulin mempunyai jangka hayat yang panjang dan mengekalkan keberkesanannya, maka ia perlulah disimpan pada suhu yang sesuai.

    Insulin tidak boleh disimpan atau terdedah pada suhu yang ekstrem sama ada terlampau panas atau terlampau sejuk.

    Ini kerana, insulin diperbuat daripada protein dan protein ini mudah terlerai atau terurai apabila berada pada suhu yang ekstrem.

    Ada dua cara simpanan insulin yang anda perlu tahu iaitu untuk insulin yang belum dibuka dan insulin yang telah dibuka.

    Bagi insulin yang belum dibuka dan digunakan lagi, ia perlu disimpan dalam peti sejuk dengan suhu antara 2 hingga 8 darjah Celsius.

    Elakkan menyimpan insulin berdekatan dengan bahagian atas dan belakang peti sejuk.

    Ini kerana pada bahagian tersebut, terdapat elemen penyejukan peti sejuk yang boleh menyebabkan insulin menjadi beku.

    Bagi insulin yang telah dibuka dan digunakan, ia boleh disimpan atau diletakkan di luar peti sejuk pada suhu bilik sahaja.

    Ini kerana jika ia disimpan pada suhu yang sejuk, ia boleh menyebabkan kesakitan sewaktu disuntik.

    Kebanyakan insulin yang telah dibuka dan disimpan pada suhu bilik boleh bertahan antara 7 hingga 28 hari sahaja. Ada juga yang boleh bertahan lebih daripada tempoh masa tersebut.

    Untuk memastikannya dengan lebih tepat, baca arahan penggunaan daripada pengeluar insulin tersebut.

    Anda juga boleh bertanya kepada doktor yang merawat anda. 

    [health_tool_article id=”32121″]

    Apa yang perlu saya buat dengan insulin luput?

    Sekiranya anda mendapatkan rawatan dan bekalan insulin daripada hospital kerajaan, ia tidak perlu dibayar kerana kerajaan telah menanggung kos insulin tersebut.

    Ia diberikan percuma kepada pesakit diabetes.

    Jadi, sekiranya terdapat bekalan insulin yang telah rosak atau luput, anda boleh memulangkannya kembali kepada pihak hospital.

    Cuba untuk menyimpan insulin pada suhu yang telah ditetapkan agar ia tidak mudah menjadi rosak.

    Anda mungkin tidak tahu bahawa harga sebotol insulin sebenarnya sangat mahal jika kerajaan tidak menanggung kos tersebut.

    Oleh sebab itu, ramai daripada kita yang tidak begitu kisah dengan penyimpanan insulin yang betul kerana ia diberikan secara percuma.

    Jika ia perlu dibayar, pasti ramai yang betul-betul mengambil berat dan tidak membazir dengan insulin yang diperolehnya.

    Jangan bazirkan insulin anda hanya disebabkan kecuian anda menyimpannya dengan betul.

    Ingat, setiap botol insulin yang diterima percuma itu adalah hasil daripada wang rakyat.

    Jika anda selalu cuai dan membazirkan insulin yang telah diberikan oleh doktor, anda juga telah membazirkan banyak wang rakyat yang sepatutnya boleh diberikan kepada pesakit diabetes lain. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan