Pam insulin merupakan sejenis alat yang dipakai di luar badan. Alat ini bersaiz sebuah telefon bimbit dan berfungsi sebagai takungan insulin.
Pam insulin akan disambung ke badan pesakit melalui sebuah tiub yang dimasukkan ke bawah kulit pada bahagian abdomen.
Pam ini datang dengan pelbagai gaya dan jenis. Ada yang boleh dipakai pada bahagian pergelangan tangan dan ada juga yang boleh dioperasikan secara tanpa wayar.
Oleh sebab itu, lebih ramai yang mula berminat untuk menggunakan pam insulin.
Pam ini dilengkapi dengan sensor yang boleh menyuntik dos insulin secara berkala ke dalam badan.
Selain itu, pam ini juga dapat mengukur tahap gula dalam darah dan melaraskan dos mengikut keperluan pesakit.
Ubat diabetes KKM untuk pesakit diabetes

1. Metformin
Metformin membantu pesakit dari segi:
- Mengurangkan jumlah glukosa (gula) yang dikeluarkan oleh hati ke dalam badan.
- Membantu insulin dalam badan berfungsi dengan lebih baik.
Metformin merupakan sejenis ubat diabetes KKM yang sering digunakan oleh pesakit diabetes jenis 2.
Namun, ubat diabetes KKM ini turut digunakan oleh pesakit diabetes jenis 1 kerana ia dapat membantu sesetengah daripada mereka yang mempunyai rintangan insulin.
Rintangan insulin berlaku apabila insulin yang dihasilkan oleh badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itu, paras gula dalam darah akan tetap meningkat walaupun badan menerima suntikan insulin.
2. Preskripsi ubat diabetes KKM oral untuk cara merawat diabetes
Ubat oral dapagliflozin telahpun diluluskan oleh badan rasmi di Eropah untuk membantu cara merawat diabetes jenis 1. Ubat diabetes KKM ini merupakan ubat pertama yang diluluskan untuk digunakan bersama insulin.
Dapagliflozin dapat bantu untuk mengawal kadar gula dalam darah pesakit ketika insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.
3. Ubat diabetes KKM lain
Ubat diabetes KKM lain juga mungkin akan diberikan kepada pesakit diabetes jenis 1. Sebagai contoh:
- Aspirin – Doktor mungkin akan memberi preskripsi aspirin kepada pesakit diabetes jenis 1 untuk melindungi jantung.
- Ubat diabetes KKM untuk menurunkan kolesterol – Individu yang menghidap diabetes perlu mengawal kadar kolesterol dalam badan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Ubat untuk mengawal tekanan darah – Doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat ini kepada pesakit untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang.
Baca juga:
Ujian darah untuk pesakit diabetes
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen