backup og meta

Sukan, Senaman dan Diabetes

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2019

    Sukan, Senaman dan Diabetes

    Senaman dan aktiviti-aktiviti fizikal adalah baik untuk semua individu, terutama bagi mereka yang menghidap diabetes atau obesiti. Senaman membantu mengawal tahap gula dalam darah, dan ia juga memebri kesan terhadap hati, otot, berat badan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, oleh kerana penglibatan dalam aktiviti fizikal akan menurunkan glukosa dalam darah anda, terdapat beberapa perkara yang perlu diingat sebelum, semasa dan selepas sesi senaman anda.

    Sebelum aktiviti senaman

    • Berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui senaman yang paling sesuai untuk anda dan masa senaman yang sesuai. Simpan maklumat pengambilan karbohidrat, dos ubat, dan paras glukosa darah untuk mengesan peningkatan kesihatan anda.
    • Uji glukosa darah anda. Sebelum melakukan sebarang senaman, anda harus mengambil ujian tahap gula dalam darah. Ini adalah untuk memeriksa sama ada anda mempunyai keupayaan untuk bersenam dan sekiranya senaman tersebut dapat menurunkan tahap glukosa darah anda. Bagi penghidap diabetes jenis 1, adalah tidak selamat untuk anda bersenam jika terdapat ketones dalam air kencing atau darah anda kerana ianya boleh mengancam tubuh badan dan kadangkala boleh membawa kepada keadaan yang mengancam nyawa iaitu diabetic ketoacidosis (KDA).
    • Makan dengan betul. Tanpa mengira apa jenis aktiviti fizikal yang anda lakukan, tubuh anda akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utamanya. Oleh itu, mengimbangi makanan anda dengan karbohidrat, protein, dan lemak akan menjadi idea yang sangat baik sebelum melakukan apa-apa senaman untuk mengelakkan gula dalam darah berada di tahap yang terlalu tinggi atau rendah.

    Semasa aktiviti senaman

    • Menguji glukosa anda dari setiap 15 hingga 30 minit untuk memastikan tahap gula darah anda stabil.
    • Mempunyai snek yang sihat seperti bar granola, biskut dengan mentega kacang atau keju apabila anda merasakan glukosa darah anda semakin rendah.
    • Kekal hidrat: Dehidrasi adalah ancaman sebenar kepada daya tahan atlet, oleh itu anda perlu terus minum banyak air walaupun selepas anda selesai bersenam. Bukan sahaja dehidrasi akan membuat anda sakit, tetapi ia juga boleh meningkatkan kadar glukosa darah anda.

    Selepas latihan

    Walaupun selepas mengambil senaman intensiti sederhana, anda masih perlu menyemak paras glukosa darah anda dengan kerap kerana bagi pesakit diabetes jenis 1, tahap glukosa darah boleh menurun walaupun 48 jam setelah tamat senaman.

    Kelebihan melakukan senaman

    • Menguatkan tulang dan otot;
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser;
    • Memperbaiki koordinasi, keseimbangan, kekuatan, dan ketahanan;
    • Boleh meningkatkan tahap tenaga anda;
    • Membantu insulin bekerja dengan lebih baik di dalam badan, yang membantu tahap gula dalam darah berada dalam lingkungan yang sihat;
    • Membakar kalori, yang membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat – melegakan ketegangan dan tekanan, melegakan anda, dan meningkatkan mood anda;
    • Mengajar anda tentang kerja berpasukan, persaingan, dan keberanian.

    Mengubah gaya hidup anda dengan lebih banyak senaman mungkin sukar bagi sesetengah individu pada peringkat permulaan. Tetapi kebanyakan individu menyatakan bahawa apabila mereka mula merasai manfaatnya, mereka akan terus menyukai senaman tersebut. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah keselamatan, anda harus berjumpa dengan doktor  untuk mengetahui pelan senaman yang paling sesuai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan