Tahukah anda apakah punca diabetes yang sebenar? Diabetes merupakan sejenis penyakit yang terjadi apabila badan tidak dapat membuat ataupun menggunakan insulin dengan cara yang betul.
Anda pasti?
Tahukah anda apakah punca diabetes yang sebenar? Diabetes merupakan sejenis penyakit yang terjadi apabila badan tidak dapat membuat ataupun menggunakan insulin dengan cara yang betul.
Pesakit diabetes jenis 1tidak dapat membuat insulin ataupun tidak mempunyai hormon yang cukup untuk keperluan badan.
Hanya 5% daripada kes diabetes berpunca daripada diabetes tahap 1.
Punca diabetes jenis 1 masih lagi menjadi misteri bagi pengamal perubatan. Saintis berpendapat penyakit ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1 daripada 4 pesakit kencing manis tidak tahu punca diabetes mereka.
Penting untuk pesakit mengetahui punca dan faktor risiko penyakit yang dihadapi supaya mereka boleh menghalang penyakit tersebut daripada menjadi lebih teruk.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini
Diabetes jenis 1 merupakan sejenis penyakit autoimun. Penyakit autoimun berlaku apabila sistem imun badan tidak dapat membezakan sel penceroboh dengan sel yang normal.
Atas sebab itu, organ pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang secukupnya kerana sistem imun badan pesakit akan bertindak menyerang dan memusnahkan sel tersebut.
Walau bagaimanapun, punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini berlaku masih belum dapat dikenal pasti. Tetapi, pakar pasti bahawa keadaan ini ada kaitannya dengan masalah genetik.
Tambah lagi, pesakit yang mengalami diabetes jenis 1 lebih berisiko untuk menghidap penyakit autoimun yang lain seperti penyakit tiriod, penyakit seliak dan penyakit Addison.
Penyakit-penyakit ini boleh berlaku sebelum pesakit tersebut didiagnosis dengan diabetes jenis 1.
Jika anda merupakan seorang lelaki yang mempunyai penyakit diabetes jenis 1, risiko untuk anak anda mempunyai penyakit yang sama ialah 1/17.
Jika anda seorang wanita pula, ia bergantung pada umur anda melahirkan anak:
Namun, risiko anak anda mungkin akan bertambah dua kali ganda jika anda menghidap diabetes sebelum umur 11 tahun.
Faktor genetik merupakan sesuatu yang amat mengelirukan untuk pesakit diabetes. Pakar juga tidak dapat mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan pesakit menghidap diabetes tahap 1.
Walau bagaimanapun, diabetes tahap 1 boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun pesakit tidak mempunyai sebarang faktor genetik atau sejarah keluarga.
Jika ibu bapa anda tidak pernah menghidap diabetes jenis 1, anda mempunyai risiko sebanyak 5% untuk menghidap penyakit ini.
Risiko ini tidak berubah jika bapa anda menghidap penyakit yang sama. Namun, jika anda mempunyai kembar seiras, risiko untuk anda menghidap penyakit diabetes meningkat hingga 50%.
Baca juga:
Ada beberapa jenis virus yang selalu dikaitkan dengan diabetes jenis 1. Namun, sejenis virus yang dikenali sebagai Human Enteroviruses (HEVs) mempunyai kaitan yang paling kuat.
Terdapat beberapa kajian yang menemui kesan HEV di dalam pankreas individu yang baru didiagnosis dengan diabetes jenis 1 dan daripada pankreas pesakit yang sudah lama menghidap penyakit ini.
Sistem imun badan akan bertindak balas terhadap virus seperti HEV. Namun, pakar tidak pasti sama ada virus HEV benar-benar boleh menyebabkan diabetes jenis 1.
Ada beberapa teori yang dikeluarkan oleh pakar. Antaranya ialah:
Selain itu, pakar juga mendapati faktor persekitaran mungkin mempunyai peranannya yang tersendiri.
Kajian mendapati dalam kalangan kembar seiras, hanya 13%-33% sahaja yang kedua-duanya menghidap diabetes tahap 1.
Disebabkan faktor ini, pakar percaya ada faktor persekitaran atau faktor genetik lain yang mempengaruhi perbezaan ini.
Selain itu, kajian mendapati keadaan geografi turut memainkan peranan yang tersendiri. Rakyat Eropah yang berasal dari negara yang berbeza mencatatkan perbezaan jumlah pesakit yang ketara.
Sebagai contoh, negara Finland mempunyai kadar 54/100,000 manakala rakyat Macedonia pula mencatatkan bilangan yang lebih sedikit iaitu 3.2/100,000.
Menurut pakar, perubahan yang melebihi 15 kali ganda ini tidak mungkin dapat dijelaskan hanya dengan faktor genetik. Tetapi, perubahan drastik sebegini hanya boleh berlaku jika ada perbezaan dari segi gaya hidup ataupun persekitaran.
Selain faktor berikut, faktor lain seperti faktor kebersihan, pencemaran, vaksin, umur mengandung dan tekanan perasaan juga merupakan faktor persekitaran yang mungkin mempengaruhi individu dengan diabetes tahap 1.
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan sebelum pakar boleh membuat apa-apa keputusan. Kajian juga banyak dijalankan untuk mencari punca sebenar penyakit ini.
Saintis juga masih mencari kaitan antara diet ketika kanak-kanak dengan diabetes tahap 1.
Setakat ini, saintis telah mengkaji sama ada makanan seperti susu lembu, gluten, bijirin, omega-3, vitamin D dan amalan menyusu mempunyai apa-apa kaitan dengan diabetes tahap 1.
Walau bagaimanapun, bukti yang dijumpai didapati bertentangan antara satu sama lain.
Oleh itu, sukar untuk pakar menentukan faktor sebenar punca diabetes yang menyebabkan seseorang itu menghidap diabetes jenis 1.
Pesakit diabetes perlu melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri tidak kiralah diabetes jenis apa pun yang mereka hidapi.
Individu yang menderita diabetes jenis 1 perlu sentiasa memantau kadar gula dalam darah dengan dos insulin yang diambil supaya mereka boleh melakukan aktiviti seharian tanpa sebarang masalah.
Jika anda ingin bersenam, pastikan anda:
Kadangkala, individu yang bersenam boleh mengalami satu keadaan yang dinamakan hypoglycaemia ataupun kandungan gula dalam darah yang rendah.
Oleh itu, pastikan anda periksa kadar gula dalam darah sebelum, semasa dan selepas melakukan senaman.
Walau bagaimanapun, saintis telah lama menemui hubung kait antara aktiviti fizikal dan penyakit-penyakit kronik.
Individu yang kurang bersenam didapati lebih berisiko untuk menghidap diabetes, obesiti dan masalah berkaitan dengan hati.
Punca Diabetes jenis 1 tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai penyakit ini boleh melakukan perubahan dari segi gaya hidup untuk mengawal kadar gula dalam darah.
Sebagai contoh, anda boleh:
Jika anak anda menghidap diabetes, anda mungkin perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup serta pemakanan ahli keluarga untuk bantu si kecil kekal sihat.
Anda perlu berikan anak anda makanan yang berkhasiat dan memantau dos insulin yang perlu diambil oleh si kecil untuk merawat hypoglycemia (kadar gula rendah dalam darah).
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen