Diabetes adalah masalah kesihatan yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia.
Diabetes adalah masalah kesihatan yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat kira-kira 3.6 juta penghidap diabetes mellitus di negara ini.
Malaysia bukan sahaja menduduki tangga pertama di carta Asia Tenggara malah juga merupakan salah sebuah negara yang memiliki jumlah pesakit diabetes tertinggi di seluruh dunia.
Perkara ini amat membimbangkan kerana anggaran jumlah pesakit pada tahun 2025 boleh mencecah kira-kira 7 juta jika ia tidak dibendung.
Oleh itu, marilah kita mengenali apa itu diabetes mellitus atau kencing manis dengan lebih mendalam menerusi artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Apa itu penyakit diabetes?
Penyakit diabetes mellitus adalah merupakan satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah.
Ia berlaku kerana sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.
Tanpa pengurusan yang berterusan dan terkawal, ia boleh menyebabkan pembentukan gula dalam darah.
Keadaan ini sekali gus boleh meningkatkan risiko mendapat komplikasi berbahaya dan merosakkan pelbagai organ seperti sistem saraf, mata, buah pinggang, termasuk sakit jantung dan strok.
Beberapa jenis diabetes adalah sudah dikenal pasti, tetapi yang lazim menerima rawatan ialah diabetes jenis satu dan jenis dua.
Kedua-dua keadaan tersebut sangat berbeza dari segi punca, rawatan dan pencegahan.
Penyakit kencing manis jenis satu atau diabetes adalah penyakit autoimun.
Ini bermakna sistem imun tubuh berupaya untuk menyerang dan memusnahkan sel-sel di pankreas, sejenis organ yang bertanggungjawab untuk membuat insulin.
Apabila sel-sel tersebut musnah, organ pankreas tidak mampu untuk menghasilkan insulin langsung, ataupun hanya dalam jumlah yang sangat sedikit.
Sehingga kini, tidak ada keterangan jelas mengenai serangan tubuh kita sendiri terhadap sel-sel tersebut. Malahan, kira-kira 10% individu menghidap diabetes jenis ini.
Bagi yang didiagnosis dengan kencing manis jenis dua pula, pankreas mereka boleh menghasilkan insulin seperti individu lain namun tahap kerintangan insulin pada sel amat tinggi.
Ini bermakna, individu terlibat memerlukan jumlah insulin yang lebih banyak bagi memastikan kelancaran proses metabolisme gula dalam badan.
Berbeza dengan kencing manis jenis satu, penyakit jenis dua diabetes adalah mempunyai perkaitan di antara faktor genetik dan persekitaran.
Penyebab diabetes kerana persekitaran dan gaya hidup?
Oleh sebab persekitaran dan gaya hidup juga memainkan peranan, jenis 2 diabetes adalah lebih mudah untuk dibendung ataupun dirawat jika mengikut saranan yang betul.

Ciri-ciri di bawah merupakan panduan kasar untuk mengenal pasti perbezaan diabetes jenis 1 dan jenis 2.
Apa itu diabetes mellitus jenis 1
Apa itu diabetes mellitus jenis 2
Apakah gejala awal diabetes dan pencegahannya?
Adakah terdapat sebarang tanda awal yang boleh dikenal pasti sebagai simptom kencing manis? Sudah tentu jawapannya ada!
Berikut adalah beberapa gejala diabetes yang boleh berlaku kepada seseorang individu sekiranya dia menghidap penyakit ini. Antara tanda diabetes:
Makanan yang dimakan akan ditukar kepada glukosa dan dibawa masuk ke dalam sel badan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, insulin diperlukan untuk mengangkut glukosa untuk kegunaan sel-sel badan.
Jika badan anda tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tiada langsung, atau sel badan anda menghalangi insulin tersebut, maka glukosa tidak dapat masuk dan tenaga tidak dapat dihasilkan.
Situasi ini sekali gus akan mengakibatkan anda berasa lapar, seterusnya akan menyebabkan keletihan.
Penghidap diabetes lebih sensitif dengan berat badan berbanding individu lain. Berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko untuk diabetes.
Walau bagaimanapun, kehilangan berat badan juga merupakan salah satu tanda awal.
Anda akan kehilangan kalori dalam air kencing dan tidak menyerap semula kalori daripada gula dalam darah.
Bagi individu yang mempunyai diabetes yang mula mengawal kadar glukosa mereka, ia mungkin akan menyebabkan kehilangan berat badan.
Namun, keadaan ini bermakna tahap glukosa dalam badan menjadi seimbang.

Secara purata, bagi seseorang individu normal yang sihat akan kencing antara 4 hingga 7 kali sehari.
Walau bagaimanapun, pesakit kencing manis biasanya akan kencing lebih daripada bilangan tersebut. Ia merupakan salah satu tanda utama diabetes.
Apabila ginjal menapis darah untuk menghasilkan air kencing, gula yang diserap akan balik ke dalam aliran darah.
Gula dalam darah bagi penghidap diabetes adalah lebih daripada paras normal dan tidak semua akan diserap balik ke dalam aliran darah.
Oleh itu, tidak semua gula dapat diserap semula dan sebahagian daripada glukosa berlebihan daripada darah akan dilepaskan dalam air kencing.
Oleh sebab gula menarik air, ia akan mengakibatkan jumlah air kencing lebih banyak daripada biasa.
Kenapa sentiasa dahaga?
Seperti yang dihuraikan di atas, pesakit diabetes terutamanya jenis satu sering kali ke tandas untuk membuang air kecil.
Perubahan paras cecair di dalam badan anda mengakibatkan kanta pada mata anda membengkak.
Keadaan ini sekali gus menyebabkan berlakunya perubahan bentuk pada kanta mata dan membuatkan anda mengalami kesukaran untuk fokus.
Bagi pesakit diabetes, terutama sekali diabetes jenis dua, keletihan yang melampau boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
Tanda awal lain diabetes adalah luka yang mengambil masa untuk sembuh. Antara sebab luka sukar sembuh adalah kerana kadar gula dalam darah pada badan pesakit terlalu tinggi.
Keadaan ini cenderung merosakkan dan mengganggu fungsi saraf, mengurangkan sistem imunisasi badan dan mengakibatkan proses aliran darah menjadi kronik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
04/11/2025
Ditulis oleh Nana Muhammad
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip