Berpuasa sebenarnya dapat memberi manfaat dari sudut kesihatan kerana ia dapat membantu merehatkan dan memulihkan sistem pencernaan seseorang. Akan tetapi, bagi penghidap gastrik atau GERD, mereka mengalami kesukaran untuk berpuasa kerana dibimbangi akan menghadapi serangan sakit perut. Justeru, adakah terdapat makanan untuk orang gastrik yang disarankan bagi mereka yang ingin berpuasa tidak kira ketika bulan Ramadan mahupun ketika menunaikan ibadah puasa sunat?
Sudah tentu! Salah satunya adalah probiotik! Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui fungsi probiotik dan manfaatnya untuk golongan ini, serta 9 jenis makanan untuk orang gastrik yang perlu diambil sepanjang mereka berpuasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Gastrik – Sakit paling biasa ketika berpuasa
Berpuasa dapat membantu merehatkan dan memulihkan sistem pencernaan dan imuniti kita pada siang hari.1 Walau bagaimanapun, amalan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan masalah pencernaan berlaku.
Gangguan sistem pencernaan yang kebiasaannya terjadi semasa berpuasa adalah gastrik.2
Gastrik boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya, disebabkan pengambilan ubatan dalam tempoh yang lama, kewujudan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori), jangkitan dan tekanan.
Tentu ramai tertanya-tanya. Bagaimana nak atasinya? Takkan tak boleh puasa langsung kan?
Jangan risau, kami akan kongsikan makanan yang boleh anda ambil untuk bantu masalah ini.
- Makanan atau minuman yang mengandungi kafein
- Makanan yang terlalu pedas, berminyak, atau berasid
Mengambil makanan tertentu pada waktu bersahur dan berbuka pastinya akan dapat membantu mengawal dan mengatasi masalah gastritis yang dialami.
Akan tetapi, apakah jenis makanan untuk orang gastrik yang digalakkan untuk diambil sepanjang mereka berpuasa?
Mungkin anda tak sangka, salah satunya adalah minuman probiotik! Nanti kami akan kupas lebih lanjut.
9 makanan untuk orang gastrik
Walaupun ada keadaan tertentu rawatan perubatan dan suplemen terbaik untuk gastrik diperlukan bagi merawat masalah ini, namun simptomnya boleh dikurangkan melalui makanan dan minuman untuk gastrik.
Terdapat beberapa makanan untuk orang gastrik yang disarankan untuk diambil ketika bersahur dan berbuka, seperti:4
#1. Sayuran, makanan untuk orang gastrik yang paling penting
Pilihan makanan rendah lemak dan gula dapat membantu mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan.
Antara sayur-sayuran yang baik untuk mereka yang menghidap gastrik termasuk:
- Kacang hijau
- Brokoli
- Asparagus
- Kubis bunga
- Sayuran berdaun hijau
- Kentang
- Timun
Brokoli sangat baik untuk mereka yang mengalami gastritis.5
Ini kerana, selain menjadi sumber serat yang baik, ia mengandungi sulforaphane tinggi – sebatian yang dapat membunuh bakteria H.pylori.5
#2. Halia, antara makanan untuk orang gastrik
Halia mempunyai sifat antiradang semula jadi dan merupakan rawatan berkesan untuk masalah pedih ulu hati serta masalah gastrousus lain.6
Anda boleh tambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom.
Makanan untuk gastrik ulser #3. Oat
Jika anda tidak gemarkan nasi untuk bersahur, jadikan oat sebagai pilihan. Makanan tinggi serat ini dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah.
Pengambilan roti gandum juga merupakan antara makanan untuk orang gastrik yang dapat membantu anda mengurangkan simptom.
#4. Buah-buahan bukan sitrus
Apa yang dikatakan dengan buah-buahan sitrus? Buah seperti lemon, limau atau kiwi tergolong dalam kelompok ini, jadi elakkan pengambilannya.
Pilihlah buah yang sesuai untuk gastrik angin seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.
#5. Daging tanpa lemak dan makanan laut
Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks.
Protein membantu memperbaiki kerosakan yang dilakukan gastritis pada lapisan perut.
Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan – kecuali ikan dengan omega-3, hanya akan memburukkan keadaan gastrik.
Makanan untuk orang gastrik #6. Putih telur
Putih telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik.
Sebaiknya, hindari pengambilan kuning telur kerana mengandungi tinggi lemak dan boleh mencetuskan sindrom refluks dalam badan.
#7. Lemak sihat
Sumber bagi lemak sihat termasuklah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lemak tidak tepu yang lebih sihat.
Makanan tinggi lemak sihat – asid omega-3, seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut.
#8. Makanan antibakteria dan kaya flavonoid
H.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya sudah tentu memerlukan sesuatu bersifat antibakteria.
Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria dan boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.
Makanan untuk gastrik ulser seperti bawang putih, bawang merah, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.
#9. Makanan & minuman probiotik
Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun.
Makanan dan minuman probiotik dapat membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.
Jika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi mungkin dapat membantu meringankan simptom gastrik anda.
Selain mencuba makanan probiotik semasa berpuasa, anda juga boleh mencuba minuman probiotik seperti susu kultur. Bukan sahaja rasanya lazat, malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan usus anda!
Tambah probiotik dalam diet ketika berpuasa
Mengambil makanan dan minuman probiotik ketika bersahur dan berbuka dapat menjamin kesihatan usus yang baik sepanjang anda berpuasa di siang hari.
Probiotik adalah sebahagian daripada mikrobiom, iaitu ‘komuniti’ organisma dalam badan yang memastikan tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan baik.7
Ia juga berperanan melawan jangkitan dan membantu meningkatkan fungsi tubuh lain seperti membantu sistem penghadaman, mengurangkan risiko untuk mendapat sembelit dan juga cirit-birit.8
Probiotik boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti makanan, minuman dan juga suplemen (pil atau serbuk).
Misalnya, anda boleh mendapatkan probiotik melalui diet seperti tempe, kimchi, miso, tapai, yogurt dan susu kultur.7
Pengambilan probiotik menerusi minuman untuk gastrik seperti susu kultur adalah antara cara yang paling mudah dan cepat untuk anda yang ingin berpuasa.
Yakult adalah antara pilihan minuman probiotik yang boleh didapati di Malaysia yang dipercayai dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan dan menguatkan sistem imuniti usus anda.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan minuman Yakult sebagai sumber probiotik anda ketika bersahur dan berbuka di sini!
Kesimpulan
Untuk anda yang ingin berpuasa, apa kata anda cuba mengambil 9 senarai makanan untuk orang gastrik di atas ketika bersahur dan berbuka.
Dengan mengambil makanan probiotik juga, ia dapat membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman buat semua penghidap gastrik. Jangan jadikan keadaan kesihatan anda sebagai penghalang untuk anda kekal beribadah.
[embed-health-tool-bmr]