backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada Bintil Kuning Pada Mata? Itu Tandanya Lemak Dalam Badan Tinggi, BAHAYA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/06/2022

    Ada Bintil Kuning Pada Mata? Itu Tandanya Lemak Dalam Badan Tinggi, BAHAYA!

    Sedang membelek muka di cermin, terpandang bintil atau benjolan di kelopak mata! Jangan pandang remeh, ya. Itu tandanya ada masalah xanthelasma. 

    Jom fahami lebih lanjut mengenainya.

    Timbulnya benjolan di kelopak mata

    Kemunculan benjolan atau bintil berwarna kuning pada sudu dalam kelopak mata atau sekitar mata adalah petanda anda mungkin mengalami masalah xanthelasma.

    Nama saintifiknya ialah xanthelasma palpebrarum (XP).

    Umumnya, benjolan di kelopak mata ini adalah deposit lembut, kekuningan dan berlemak yang terbentuk di bawah kulit. 

    Ia tidak berbahaya. Pun begitu dalam kes yang jarang berlaku, ia dikatakan sebagai petanda kemungkinan penyakit jantung. 

    Jika anda mengalami benjolan seperti itu, ada baiknya melakukan pemeriksaan doktor atau pakar dermatologi.

    Punca benjolan di kelopak mata

    Hampir separuh individu dengan masalah xanthelasma mempunyai kolesterol tinggi

    Anda lebih cenderung mendapat bintil ini jika ada:

  • Kolesterol LDL (tidak baik) yang tinggi atau kolesterol HDL (baik) yang rendah
  • Mewarisi kolesterol tinggi – doktor mungkin menggelar keadaan ini sebagai hiperkolesterolemia keluarga
  • Penyakit hati disebut sirosis bilier primer (primary biliary cirrhosis) – yang boleh meningkatkan kadar kolesterol
  • Merupakan keadaan biasa dalam kalangan keluarga dari Asia atau Mediterranean
  • Faktor risiko masalah xanthelasma

    Secara mudah, sesiapa sahaja boleh mengembangkan keadaan ini. Tetapi risikonya akan lebih tinggi jika:

    benjolan di kelopak mata

    Menjalani diagnosis untuk masalah xanthelasma

    Bagaimana untuk mengetahui bahawa benjolan di kelopak mata adalah masalah xanthelasma atau tidak?

    Biasanya doktor dapat mendiagnosis keadaan XP secara visual dengan memeriksa kulit di sekitar mata anda.

    Doktor juga mungkin akan mengambil sejumlah profil lipid untuk melihat apakah tahap lipid yang menjadi punca kepada simptom yang dialami. 

    Untuk menguji tahap lipid, doktor akan mengambil sampel darah anda dan kemudiannya ia dihantar ke makmal untuk ujian. 

    Dalam kebanyakan kes, anda perlu menunggu tempoh masa seminggu sebelum memperolehi keputusan.

    Diagnosis perbezaan

    Merupakan proses untuk membezakan antara dua atau lebih keadaan yang mempunyai tanda mahupun gejala sama.

    Kadangkala syringoma dan milia mungkin disalah diagnosis sebagai masalah xanthelasma.

    Syringoma adalah papula kecil pada kelopak mata bawah dan berwarna sama seperti kulit, manakala sista milia besar berwarna putih dan berbentuk seakan sfera.

    Bolehkah masalah benjolan di kelopak mata dirawat?

    Jika benar bintil kolesterol pada wajah adalah masalah xanthelasma, adakah cara untuk merawatnya?

    Sememangnya benjolan di kelopak mata tidak akan hilang dengan sendirinya. Saiznya mungkin kekal sama atau bertambah besar dari masa ke masa.

    Jika anda bimbang ia boleh mencacatkan penampilan pada wajah, ia boleh dibuang.

    Doktor boleh melakukannya dengan salah satu kaedah berikut:

    • Hentikan pertumbuhan dengan ubat
    • Bekukan bintil tersebut dengan tahap sejuk yang tinggi – prosedur ini dipanggil cyrosurgery
    • Membuangnya dengan prosedur laser
    • Disingkirkan melalui pembedahan
    • Kaedah rawatan menggunakan jarum elektrik – dikenali sebagai electrodesiccation

    benjolan di kelopak mata

    Walaupun rawatan yang disenaraikan di atas dapat membantu menghilangkan benjolan di kelopak mata, namun terdapat kesan sampingan yang boleh dialami, seperti:

    • Parut 
    • Perubahan pada warna kulit 
    • Kelopak mata terkeluar (turned-out eyelid)

    Bintil yang dialami akan kembali, terutamanya jika anda mewarisi kolesterol tinggi. 

    Mengawal tahap kolesterol

    Menurunkan kolesterol juga merupakan antara cara untuk merawat masalah xanthelasma.

    Bagi sesetengah individu, perubahan diet dan amalan gaya hidup mungkin cukup untuk menguruskan tahap kolesterol badan.

    Untuk menurunkannya, anda perlu:

    [health_tool_article id=”75148″]

    Doktor mungkin memberikan preskripsi statin atau ubat lain untuk membantu menurunkan kolesterol anda.

    Terdapat juga beberapa ubat semula jadi yang mungkin berfungsi.

    Pun begitu, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor sebelum menggunakan suplemen atau rawatan alternatif untuk menurunkan kolesterol.

    benjolan di kelopak mata

    Bila perlu berjumpa doktor?

    Masalah xanthelasma mungkin merupakan tanda amaran awal bahawa kolesterol telah mulai terbentuk di saluran darah anda.

    Dari masa ke masa, ia boleh membentuk plak pada arteri anda. 

    Pembentukan ini disebut aterosklerosis dan boleh menyebabkan penyakit jantung, serangan jantung atau strok.

    Sekiranya anda terlihat benjolan di kelopak mata yang berwarna kuning dan mahu ia disingkirkan, berjumpalah dengan pakar dermatologi.

    Anda juga boleh berjumpa dengan pakar bedah oculoplastik – doktor mata yang juga pakar dalam melakukan pembedahan plastik pada mata. 

    Lakukan juga pemeriksaan doktor untuk memeriksa tahap kolesterol, tekanan darah dan risiko jantung yang lain. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan