Hati-Hati Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada? Ini 7 Cara Mengesan Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sakit jantung, pembunuh nombor satu negara. Demikianlah slogan yang sememangnya tidak asing lagi pada rakyat Malaysia.

Tidak kiralah anda berasal dari mana, masalah jantung selalunya mendahului punca kematian dalam sesebuah negara.

Jika bukan nombor satu pun, ia akan berada dalam carta 5 teratas.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 17.9 juta kematian direkodkan di peringkat global pada setiap tahun akibat masalah sistem kardiovaskular.

4 daripada 5 kematian berkaitan dengan sistem tersebut disebabkan oleh serangan jantung dan strok.

Risiko untuk seseorang itu mati selepas mendapat serangan jantung berkait rapat dengan tempoh waktu mereka diperiksa dan dirawat.

Jadi, ambil tahu gejala serangan jantung bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Kenapa seseorang itu boleh dapat serangan jantung?

jantung
Gambar oleh @sitthiphong, Twenty20

Secara amnya, sakit jantung berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan otot jantung untuk mendapat bekalan darah akibat salur darah tersumbat.

Seperti sel tubuh badan yang lain, sel jantung turut memerlukan oksigen dan nutrien untuk berfungsi dengan baik.

Tanpanya, sel jantung boleh beransur-ansur mati.

Seperti proses penyakit yang lain, salur darah tersumbat tidak berlaku semalaman. 

Ia merupakan satu proses patologikal yang berlaku beransur-ansur sehingga ruangan salur darah terlibat menjadi sangat sempit.

Ketulan darah beku boleh terbentuk di dalam aliran darah akibat daripada penguraian plak kolesterol.

Ia berupaya menyebabkan ruangan kecil yang masih tertinggal itu tersumbat, sekali gus membuatkan aliran darah ke otot jantung terganggu. 

Sel jantung tidak akan mendapat bekalan oksigen yang cukup dan akan beransur-ansur mati.

Disebabkan oleh proses inilah seseorang itu akan mengalami sakit dada setiap kali mereka mendapat serangan jantung.

Jenis serangan jantung yang dialami boleh ditentukan berdasarkan dapatan bacaan di mesin elektrokardiogram (ECG).

Secara amnya, ia boleh dibahagikan kepada 2:

  1. Sakit jantung dengan karakter ECG yang menunjukkan peningkatan pada segmen ST (salur darah tersumbat sepenuhnya).
  2. Segmen ST tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika individu mengalami penyakit jantung (salur darah tidak tersumbat sepenuhnya).

Terdapat juga punca lain yang boleh menyebabkan serangan jantung seperti pengambilan dadah terlarang.

Dadah seperti kokain dan penggunaan bahan tembakau boleh menyebabkan spasme pada salur darah arteri.

Ini bermakna, otot pada salur darah tersebut akan menyebabkan ruang menjadi sempit akibat proses pengecutan patologi.

Tanda serangan jantung yang perlu diberi perhatian

Berbeza dengan situasi di hospital yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk mengesan sakit jantung, diagnosis masalah tersebut di luar hanya berdasarkan simptom yang dialami oleh individu.

Namun pada kebanyakan masa, diagnosis berdasarkan simptom adalah tidak tepat kerana gejalanya lebih kurang sama dengan penyakit lain.

Justeru, pemeriksaan awal amat disarankan.

Sakit dada di sebelah kiri sudah sinonim dengan masalah serangan jantung walaupun ia juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan lain.


Oleh sebab itulah, anda juga perlu peka dengan gejala lain seperti:

  1. Lengan di sebelah kiri, leher, dagu atau bahagian belakang terasa lemah atau kebas.
  2. Sesak nafas.
  3. Loya.
  4. Sakit pada bahagian abdomen atas.
  5. Berpeluh sejuk.
  6. Kelesuan.
  7. Pening kepala.

Pun begitu, tanda serangan jantung yang dialami oleh setiap individu berbeza mengikut faktor persekitaran dan penyakit kronik yang dialami.

Sebagai contoh mereka yang mempunyai masalah kencing manis tidak terkawal boleh mengalami serangan jantung tanpa sakit dada.

Terdapat juga individu yang hanya mengalami gejala ringan.

Walau bagaimanapun, secara amnya, semakin banyak gejala sakit jantung yang dialami seseorang itu, semakin tinggilah kebarangkalian anda mengalami serangan jantung.

Anda mungkin berminat:

Diagnosis dan rawatan oleh doktor perubatan

jantung
Gambar oleh @photovs, Twenty20

Selain ECG, pengambilan sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal penting dalam proses mendiagnosis penyakit jantung.

Hal ini disebabkan oleh masalah perubahan segmen ST pada bacaan ECG boleh berpunca daripada keadaan kesihatan jantung lain seperti keradangan (perikarditis), aneurisme dan sebagainya.

Pemeriksaan darah juga akan dilakukan bagi memeriksa jumlah enzim yang akan dirembeskan jika berlakunya kematian sel jantung.

Rawatan bagi sakit jantung akan dilakukan menurut protokol yang sistematik bagi memastikan kematian sel jantung dapat dielakkan seoptimum mungkin.

Prosedur pembedahan juga boleh dilakukan mengikut kepada keadaan kesihatan semasa.

Antara prosedur yang lazim adalah seperti berikut:

  1. Angioplasti, pembukaan salur darah menggunakan tiub yang mempunyai belon pada muncungnya.
  2. Penggunaan wayar tiub (stent) bagi memastikan salur darah terbuka selepas prosedur angioplasti.
  3. Pembedahan pintasan jantung untuk mencipta saluran baharu bagi memintas kawasan salur darah yang tersumbat.
  4. Pemasangan pacemaker bagi memastikan rentak degupan jantung normal.
  5. Pembedahan injap jantung bagi mereka yang mengalami kebocoran injap semasa jantung berdegup.
  6. Pemindahan organ jantung jika terdapat kerosakan kekal pada majoriti otot jantung menyebabkan fungsi jantung tidak efisien.

Konklusi

Sebenarnya, bukan mudah bagi seseorang itu untuk mengesan tanda serangan jantung terutamanya jika mereka mengalami simptom tidak lazim seperti sakit pada bahagian abdomen atas.

Lebih teruk lagi jika seseorang itu tidak mengalami sakit dada langsung semasa proses patologi itu sedang berlaku.

Apa yang penting adalah pesakit perlu memberikan sejarah perubatan yang tepat bagi membantu doktor mendiagnosis masalah jantung dengan lebih tepat.

Adakah Degupan Jantung Anda Berada Di Tahap Normal?

Jom semak kadar degupan jantung anda sewaktu bersenam dan semasa sedang berehat.

Semak Sekarang!
active

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Jaga Jantung Anda? Gunakan Kaedah Polymeal, Amalkan Menu Diet Baik Untuk Jantung!

Kaedah polymeal adalah kaedah yang menekankan makanan untuk jantung. Selain badam dan sayur, berikut adalah contoh menu diet jantung yang patut anda amalkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 04/11/2020 . 3 minit bacaan

Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit asma gangguan pernafasan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
tanda-tanda sakit jantung

Penyakit Jantung Kardiomiopati: Jenis, Simptom, Langkah Pencegahan & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
aritmia jantung

Maklumat Aritmia Jantung Yang Anda Wajib Tahu: Jenis, Diagnosis & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
degupan jantung

Info Lengkap Tentang Kesihatan Jantung; Fahami Fungsi & Cara Jaga Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan