Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan kematian pelakon, Ashraf Sinclair. Selebriti yang berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan kematian pelakon, Ashraf Sinclair. Selebriti yang berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Beliau bukanlah satu-satunya bintang terkenal yang meninggal disebabkan oleh masalah kesihatan tersebut. 5 tahun yang lalu, seorang pelawak dari kumpulan Jambu, Yus juga meninggal pada usia 39 tahun akibat serangan jantung.
Melihat kepada corak peningkatan kematian akibat serangan jantung, justeru keperluan untuk memahami penyakit itu sendiri juga meningkat. Baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan penyakit jantung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung sila dapatkannya di sini.
Menurut rekod yang diambil dari Pangkalan Data Kardiovaskular Negara, purata usia bagi individu yang berisiko mendapat serangan jantung adalah sekitar 58 tahun.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan muda yang didiagnosis dengan masalah kesihatan ini berikutan gaya hidup tidak aktif, pengambilan makanan tinggi gula dan lemak, dan lain-lain.
Menurut laman sesawang kesihatan Harvard, setinggi 10% insiden penyakit jantung berlaku pada golongan yang berusia di bawah 45 tahun. Keadaan ini membuktikan bahawa golongan muda tidak boleh mengabaikan simptom awal yang dialami berkemungkinan disebabkan oleh sakit jantung.
Alasan “Ah, aku muda lagi, ini sakit dada biasa kot” tidak boleh digunakan apabila anda mula berasa sakit dada. Perkara paling penting yang perlu anda ketahui adalah tanda awal sakit jantung supaya rawatan kecemasan boleh diambil secepat mungkin.
Dalam konteks rawatan bagi mereka yang mengalami masalah jantung, masa adalah faktor paling utama. Semakin cepat anda dirawat, semakin tinggi peratusan otot jantung dapat diselamatkan.
Semasa anda mengalami serangan jantung, bekalan darah kepada otot jantung terganggu. Ini seringkali disebabkan oleh salur darah yang membawa nutrisi dan oksigen kepada otot jantung tersumbat.
Tanpa oksigen, jantung tidak dapat berfungsi dengan baik dan otot yang terlibat akan mula mengalami proses nekrosis (mati). Oleh sebab itulah mereka yang mengalami serangan jantung akan merasai sakit pada bahagian dada kecuali jika mereka mempunyai kencing manis yang tidak terkawal.
Dalam kalangan pesakit kencing manis tidak terkawal, saraf yang berada pada jantung sudah pun rosak. Ini bermakna, mereka boleh hadir ke hospital dengan simptom kesukaran bernafas tanpa merasai sakit pada bahagian dada.
Jika anda pernah menonton drama, pasti anda tahu bagaimanakah reaksi yang bakal ditunjukkan oleh pesakit ketika mengalami serangan jantung. Mitos yang sering diuar-uarkan adalah pesakit yang mengalami serangan jantung akan mati dalam masa 5 hingga 10 minit.
Perkara tersebut tidak benar! Walaupun serangan jantung amat digeruni ramai, namun pesakit kebiasaannya masih boleh bertahan untuk satu jangka masa yang lama tanpa rawatan. Namun, keadaan tersebut berbahaya kerana ia boleh menyebabkan peningkatan pada jumlah sel jantung yang mati. Perkara ini boleh menyebabkan masalah jantung lemah.
Antara simptom yang sering dikaitkan dengan masalah serangan jantung adalah:
Jika anda melihat kepada senarai simptom di atas, anda mungkin beranggapan bahawa mudah untuk mengenali simptom serangan jantung. Namun, ada individu (terutamanya wanita) yang boleh mengalami simptom yang seakan-akan bukan serangan jantung seperti:
Oleh sebab masa merupakan penentu kepada tahap klinikal individu semasa mengalami serangan jantung, tindakan yang paling wajar dilakukan adalah untuk membawa mereka yang mengalaminya ke hospital dengan kadar segera.
Memang tindakan ini dianggap sebagai common sense namun bagi situasi tertentu, mereka yang mengalami simptom cenderung untuk meneruskan apa yang mereka sedang lakukan dan tidak menghiraukan simptom tersebut. Perkara ini boleh menjejaskan tahap kesihatan jantung.
Oleh yang demikian, kita seharusnya lebih peka dengan simptom masalah jantung. Jika anda atau terdapat orang awam yang mengalami serangan jantung, ambil langkah berikut:
Bantuan awal ini bukan sahaja dapat membantu menjadikan simptom sakit jantung lebih terkawal, bahkan ia juga berupaya untuk meminimumkan kematian sel kardium (jantung) bagi mengekalkan fungsi jantung pada tahap yang optimum.
Serangan jantung bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia juga tidak membunuh seseorang individu itu dengan serta-merta seperti yang ditunjukkan dalam siaran teledrama. Mereka yang berupaya untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera boleh meminimumkan jumlah sel kardium yang mati akibat sakit jantung.
Jika anda atau individu terdekat mengalami simptom sakit jantung, dapatkan bantuan kesihatan dengan kadar segera. Jika tidak pasti, bawa juga individu tersebut ke hospital.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen