backup og meta

Pembedahan Pintasan Jantung, Bila & Bagaimana Prosedur Ini Akan Dijalankan?

Pembedahan Pintasan Jantung, Bila & Bagaimana Prosedur Ini Akan Dijalankan?

Pembedahan pintasan jantung adalah sejenis prosedur yang dilakukan apabila arteri koronari (pembuluh darah jantung) tersumbat, tersepit atau menjadi sempit.

Pembedahan ini dijalankan bertujuan memintas saluran yang tersumbat dengan memberikan laluan alternatif kepada darah untuk membekalkan darah serta oksigen kepada sel-sel dan otot jantung.

Semasa pembedahan, pembuluh darah yang sihat diambil daripada kaki, lengan atau dada untuk disambungkan kepada arteri koronari.

Secara amnya, simptom-simptom seperti sakit dada dan sesak nafas bertambah baik selepas daripada pembedahan.

Bila pembedahan pintasan jantung dilakukan?

tanda sakit jantung

Pembedahan ini juga disebut sebagai coronary artery bypass grafting (CABG).

Selain daripada CABG, terdapat juga beberapa prosedur lain yang mempunyai tujuan yang sama iaitu angioplasty dan stenting.

Kedua-dua prosedur ini dilakukan dengan membesarkan semula pembuluh darah yang sempit.

Pembedahan pintasan jantung mungkin menjadi pilihan jika:

  • Anda mengalami sakit dada yang sangat teruk walaupun hanya melakukan aktiviti fizikal ringan atau semasa sedang berehat dan kadangkala, prosedur lain boleh membantu tetapi bagi kes-kes tertentu, CABG adalah pilihan yang terbaik
  • Terdapat banyak pembuluh darah yang terjejas dan bahagian kiri jantung tidak berfungsi dengan baik
  • Pembuluh darah koronari utama (kiri) tersumbat atau sangat sempit
  • Prosedur lain tidak sesuai atau pernah dilakukan tetapi gagal atau pembuluh darah tersumbat semula

Dalam sesetengah kes, pembedahan ini mungkin dilakukan pada waktu kecemasan jika tiada tindak balas terhadap rawatan lain.

Bagaimana prosedur ini akan dijalankan?

Bius umum akan digunakan dan pesakit dalam keadaan tidur.

tanda sakit jantung

Memandangkan prosedur ini melibatkan jantung, dada akan dibuka dengan memotong tulang rusuk.

Degupan jantung dihentikan bagi memudahkan proses pembedahan sementara fungsi jantung digantikan oleh sebuah mesin khas yang mengepam darah ke seluruh badan.

Terdapat juga teknik di mana pembedahan dilakukan ke atas jantung yang bergerak menggunakan alatan khas untuk menstabilkan jantung tersebut agar pembedahan boleh dijalankan.

Namun, ia agak rumit dan memerlukan kepakaran.

Selepas dada dibuka, pembuluh darah sihat yang telah diambil terlebih dahulu disambungkan untuk memintas bahagian arteri koronari yang tersumbat.

Pembuluh darah sihat ini disebut sebagai graf pintasan dan masa yang diambil adalah antara 3 hingga 6 jam.

Selepas selesai, pesakit mungkin perlu ditahan di dalam wad selama beberapa hari.

Perkara penting yang perlu difahami adalah bahawa pembedahan ini tidak merawat punca daripada arteri yang tersumbat itu.

Ia hanyalah sebuah prosedur untuk menyelamatkan sel-sel jantung daripada mati akibat kekurangan oksigen.

Pesakit masih perlu menjalani gaya hidup yang sihat untuk mengawal faktor risiko serta mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya.

Jika tidak, risiko graf pintasan untuk tersumbat akan meningkat.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/coronary-bypass-surgery/about/pac-20384589
  2. https://www.uofmhealth.org/health-library/ue4717abc
  3. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/coronary-artery-bypass-graft-surgery
  4. https://www.secondscount.org/heart-condition-centers/info-detail-2/benefits-risks-of-coronary-bypass-surgery-2#.YK9m66gzbIU
  5. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/16897-coronary-artery-bypass-surgery

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Takut Terkena Sakit Jantung? Lebih Baik Cegah Sebelum Terlambat! Ikuti 7 Tip Mudah Ini

Mencegah Sakit Jantung, Ini Tip Untuk Setiap Peringkat Umur (20-60 Tahun Ke Atas)


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan