Darah yang mengandungi tinggi karbon dioksida daripada sel-sel badan masuk ke bahagian kanan jantung (atrium kanan) melalui superior vena cava (IVC) dan inferior vena cava (IVC). Darah kemudian dipam oleh ventrikel kanan keluar daripada jantung ke paru-paru melalui arteri pulmonari.
Di dalam paru-paru, karbon dioksida dibuang melalui pernafasan dan oksigen diambil oleh darah. Kemudian, darah masuk ke bahagian kiri jantung (atrium kiri) melalui vena pulmonari.
Peredaran sistemik

Selepas penuh dengan oksigen, darah akan dipam oleh ventrikel kiri ke seluruh badan melalui aorta dan pecahannya untuk membekalkan oksigen.
Sampai di sel-sel badan, oksigen akan diambil oleh sel dan karbon dioksida pula akan dikeluarkan ke dalam darah untuk dibawa semula ke paru-paru.
Pelihara jantung anda
Meskipun saiznya kecil, namun peranan yang dimainkan olehnya adalah besar.
Apatah lagi, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Maka peliharalah organ berharga ini dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen