backup og meta

Nak Jantung Yang Sihat, Jom Amal 4 Senaman Ini Sebagai Rutin Harian Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/11/2022

    Nak Jantung Yang Sihat, Jom Amal 4 Senaman Ini Sebagai Rutin Harian Anda!

    Aktiviti fizikal dan senaman untuk jantung merupakan salah satu komponen penting dalam pembentukan hidup serta organ utama ini yang sihat.

    Dengan kekal aktif, maka tubuh badan anda terutama organ jantung akan dapat dilindungi seterusnya memanjangkan lagi jangka hayat individu.

    Jantung yang gagal berfungsi atau bekerja dengan baik akan menjejaskan kualiti hidup.

    Berikut adalah empat jenis senaman yang boleh dicuba untuk menyihatkan jantung.

    Senaman kardiovaskular

    Senaman kardiovaskular yang juga dikenali sebagai senaman aerobik atau senaman ketahanan adalah salah satu daripada empat jenis senaman yang boleh menguatkan jantung.

    Senaman ini menggunakan bahagian otot yang banyak lalu meningkatkan penggunaan oksigen oleh tubuh badan berbanding sewaktu rehat.

    senaman untuk jantung

    Ia akan mempercepatkan pernafasan dan degupan jantung.

    Justeru, membantu menguatkan otot jantung dan peparu anda.

    Senaman kardiovaskular juga membantu untuk mengendurkan pembuluh darah, mengurangkan tekanan darah, merendahkan paras gula dalam darah, menceriakan mood, mengurangkan keradangan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).  

    Untuk tempoh masa yang panjang, senaman ini membantu mengurangkan risiko kegagalan jantung, strok dan lain-lain masalah jantung.

    Jika anda sedang pulih daripada serangan jantung, dengan mengamalkan senaman ini boleh mencegah serangan kedua daripada berlaku.

    Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum anda memulakan sebarang senaman.

    Antara contoh-contoh senaman ini ialah berenang, berjalan, berjoging, menari, mengayuh basikal, dan menaiki tangga.

    Cuba lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

    Senaman kekuatan

    Senaman kekuatan atau nama lainnya, senaman rintangan boleh meningkatkan kekuatan dan tona otot.

    Ia juga boleh membantu anda untuk mengawal paras gula dalam darah, menguatkan tulang, menambahbaik postur/posisi badan dan mengawal berat badan.

    Namun, bagi sesetengah pesakit jantung mereka tidak digalakkan untuk melakukan senaman jenis ini dengan banyak.

    Antara contoh senaman ini ialah tekan tubi dan lunges.

    Pakar terapi fizikal atau pelatih peribadi boleh menyusun program senaman ini khas untuk anda lakukan di rumah atau di gimnasium sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

    senaman untuk jantung

    Regangan

    Senaman regangan boleh membantu untuk memanjang dan meregangkan otot.

    Ia juga boleh menambah fleksibiliti dan meningkatkan julat pergerakan tubuh badan.

    Semua perkara ini membantu anda untuk menyelesaikan tugasan harian dengan lebih baik, seperti membongkokkan belakang atau mengikat tali kasut.

    Sentiasa ingat untuk memanaskan badan sebelum mula bersenam seperti jalan setempat, memusingkan lengan dan lain-lain.

    Ia akan membantu otot bersedia untuk sebarang aktiviti dan mengelakkan kecederaan.

    Anda boleh meregangkan harmstring, quadriceps, atau otot di belakang, leher dan bahu.

    Regangan sepatutnya dilakukan setiap hari.

    Sekiranya tiada masa, lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

    Senaman keseimbangan

    Senaman ini membantu anda untuk mengekalkan keseimbangan, mengelakkan daripada jatuh serta menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

    Mempunyai keseimbangan badan yang baik dapat membantu melancarkan aktiviti harian seperti berjalan, menaiki tangga dan berlari.

    Anda boleh melakukan senaman ini samada di gimnasium atau klinik yang menawarkan senaman seperti tai chi dan yoga.

    senaman untuk jantung

    Anda juga boleh meminta khidmat nasihat daripada pakar terapi fizikal yang akan menentukan tahap keseimbangan  dan merangka program latihan yang bersesuaian.

    Senaman keseimbangan tidak perlu dilakukan setiap hari, hanya perlu dilakukan mengikut kemahuan anda, tetapi jika anda berisiko untuk jatuh, lakukan senaman ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.  

    Maklumkan pada doktor jika anda mempunyai risiko tersebut.

    Antara manfaat tambahan senaman ini ialah ia mampu mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mengalaminya.

    Orang yang mempunyai masalah jantung terpaksa menjalani rawatan yang kompleks.

    Mereka juga mempunyai keupayaan yang sangat terhad dan pelbagai isu-isu lain.

    Namun hanya dengan senaman yang mudah dapat membantu melindungi jantung dengan berkesan.

    Oleh itu, jangan bermalas-malas, bangun dan amalkan gaya hidup aktif!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan