backup og meta

Cuaca Terik Buat Badan Lesu? AWAS, Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Ketika Berpuasa!

Cuaca Terik Buat Badan Lesu? AWAS, Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Ketika Berpuasa!

Berbanding dengan rasa lapar, tanda tanda dehidrasi (kehausan) jauh lebih penting ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh mempengaruhi perkara ini. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, teruskan membaca.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Ini tanda tanda dehidrasi ketika sedang berpuasa

Badan manusia beroperasi menggunakan konsep homeostasis. 

Ia merupakan satu bentuk keseimbangan fisiologi yang melibatkan pelbagai jenis faktor bagi menyeimbangi keadaan persekitaran dalam badan. 

Ini bermakna, jika dilihat pada konteks dehidrasi, jumlah air yang hilang perlu seimbang dengan jumlah air masuk.

dehidrasi
Jangan lupa untuk kekal hidrat.

Sepanjang tempoh berpuasa, semua umat Islam tidak boleh minum. 

Ini bermakna, keseimbangan di antara air keluar dan masuk terganggu.

Perubahan pada corak pengambilan makanan dan air ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, pengurangan kadar pengambilan sumber tenaga dan meletakkan individu dehidrasi maksud kurang air dalam badan.

Pelbagai jenis tanda tanda dehidrasi boleh dialami. Antaranya adalah:

  1. Kehausan
  2. Kurang kencing
  3. Air kencing pekat
  4. Bibir kering
  5. Kelesuan
  6. Lemah otot
  7. Pening kepala

Secara amnya, mereka yang tidak minum air cukup akan mengalami simptom-simptom di atas.

Namun, jika berterusan dan keadaan menjadi semakin parah, individu terlibat boleh mengalami tanda tanda dehidrasi seperti berikut:

  1. Tidak berpeluh
  2. Mata tenggelam
  3. Tekanan darah rendah
  4. Demam
  5. Delirium
  6. Pengsan
  7. Berdebar-debar, antara tanda tanda dehidrasi
  8. Kulit kering
tanda tanda dehidrasi
Gejala dehidrasi di bulan puasa.

Durasi bagi waktu berpuasa tidak mendatangkan risiko bahaya kepada mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan.

Namun, pengambilan air seperti yang disarankan oleh pakar, penting, bagi memastikan anda tidak mengalami masalah dehidrasi.

Dalam erti kata mudah, terdapat beberapa gejala atau simptom dehidrasi ketika berpuasa termasuk:

  • Kehausan
  • Kelesuan
  • Kurang kencing
  • Kurang peluh
  • Bibir kering
  • Kulit kering
  • Lemah otot
  • Pening kepala
  • Pengsan

Setakat ini, kebanyakan kajian saintifik menunjukkan kesan positif berpuasa terhadap tubuh badan.

Kajian tentang punca dehidrasi ketika umat Islam berpuasa

Pelbagai jenis parameter ujian makmal pernah diukur oleh saintis bagi memahami kesan dehidrasi terhadap proses fisiologi badan ketika sedang berpuasa.

Pada tahun 2003, Dr Susan M Shirreffs dari Universiti Loughborough telah menerbitkan kajian terhadap 12 orang Islam yang berpuasa.

Parameter yang digunakan adalah haematocrit, serum albumin dan serum creatinine subjek.

Kesemua ukuran tersebut meningkat menandakan subjek sedang mengalami proses dehidrasi.

Perkara yang sama turut dilihat pada kajian melibatkan subjek Muslim berbangsa Tunisia.

Namun, dapatan ini berbeza sedikit dengan kajian yang dijalankan di Kuwait.

Mereka yang hidup tidak aktif, lebih cenderung untuk mengalami tanda tanda dehidrasi.

Keadaan ini menunjukkan, kadar pengeluaran air yang tinggi pada orang aktif semasa melakukan sebarang aktiviti telah membuatkan proses fisiologi mereka lebih bersedia menghadapi kesan dehidrasi.

Sudah hampir dua dekad semenjak kajian terhadap tindak balas badan dan berpuasa dijalankan menggunakan molekul isotop oksigen.

Setakat ini, tiada lagi kajian yang menunjukkan kesan buruk terhadap mereka yang menunaikan ibadah berpuasa jika dilihat pada konteks dehidrasi.

Punca masalah ini semakin teruk sepanjang Ramadan

Asas kepada proses patologi dehidrasi berteraskan kepada konsep badan kehilangan banyak air, kita tidak mengambil air yang cukup atau kedua-duanya.

Sepanjang bulan Ramadan, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tahap dehidrasi anda menjadi semakin teruk.

Sebagai contoh, keracunan makanan. Bulan puasa, sememangnya sinonim dengan bazar Ramadan.

tanda tanda dehidrasi
Keracunan makanan di bulan Ramadan.

Oleh sebab kita cenderung untuk makan makanan yang dibeli dari lokaliti tersebut, justeru terdapat risiko untuk anda mengalami masalah itu.

Simptom seperti cirit-birit, muntah dan peluh boleh memburukkan lagi keadaan.

Bayangkan, anda sudah hilang air daripada proses fisiologikal normal, kini ditambah pula dengan cirit-birit, muntah dan sebagainya.

Jika badan mengeluarkan air yang banyak sehingga sukar untuk diganti, anda berisiko untuk mengalami tanda tanda dehidrasi teruk.

Walaupun perkara tersebut jarang berlaku, tidak bermakna ia tidak akan berlaku.

Individu yang tinggal di kawasan cuaca panas juga mudah untuk menunjukkan tanda tanda dehidrasi.

Perkara yang sama turut berlaku pada mereka yang mengalami masalah kencing manis tidak terkawal.

Semakin banyak gula di dalam darah anda, semakin banyaklah atau keraplah anda akan berasa hendak terkencing.

Kesan ini turut dirasai oleh mereka yang mengambil ubat merangsang penghasilan air kencing (diuretik) atau ubat-ubatan lain.

Konklusinya, kita semua mesti tahu dan buat cara merawat dehidrasi ketika sedang berpuasa!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dehydration. https://www.nhs.uk/conditions/dehydration/. Diakses pada 12 Mei 2020.
  2. Dehydration. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/nutritional/dehydration. Diakses pada 12 Mei 2020.
  3. Effects on health of fluid restriction during fasting in Ramadan. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14681711. Diakses pada 12 Mei 2020.
  4. Water: How much should you drink every day?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/water/art-20044256. Diakses pada 12 Mei 2020.
  5. Dehydration. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/9013-dehydration. Diakses pada 12 Mei 2020.

 

Versi Terbaru

29/03/2024

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser, Baru Tenaga Bertambah Baik!

Nak Kurus Tapi Tak Nak Berlapar? Ambil 8 Makanan Ini, Boleh Buat Anda Kenyang Lebih Lama!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 29/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan