backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

7 Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser, Baru Tenaga Bertambah Baik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/05/2024

7 Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kanser, Baru Tenaga Bertambah Baik!

Pemakanan seimbang adalah baik untuk penjagaan kesihatan. Namun bagi mereka yang menghidap kanser, ini adalah 7 makanan untuk pesakit kanser yang terbaik dan boleh dicuba untuk mengurangkan perkembangannya.

Lihat 101 menu pesakit kanser di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini. 

Rawatan kanser

Rawatan kemoterapi, radiasi dan pelbagai lagi jenis rawatan untuk merawat kanser boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kecergasan badan anda.

Malah anda mungkin mendapati rawatan yang anda lalui turut menjejaskan deria rasa dan juga selera makan anda.

Jadi anda perlu memilih dan merancang diet pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memberikan dan mengembalikan tenaga kepada anda untuk lebih kuat menempuhi hari anda. Berikut adalah beberapa makanan untuk orang kemoterapi.

Pilihan makanan untuk pesakit kanser

  1. Sayuran berdaun hijau

Makanan untuk pesakit kanser yang pertama adalah sayuran hijau yang merupakan asas yang baik untuk sebarang jenis diet sihat kerana ia kaya kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan enzim, malah rendah kalori, lemak dan natrium serta toksin lain.

Terdapat pelbagai jenis sayuran berdaun, antaranya bayam dan salad romaine – kaya dengan antioksidan yang dipercayai dapat melawan kanser, vitamin C dan beta-karoten (dari jenis vitamin A).

makanan untuk pesakit kanser
Banyakkan makan sayuran setiap hari.
  1. Sayuran cruciferous

Antara contoh sayuran dalam kumpulan ini adalah seperti kubis, bunga kubis dan brokoli – dikenali sebagai pembunuh kanser yang kuat dan sumber makanan vitamin C yang terbaik.

Kaya dengan glutation – antioksidan utama yang dapat membantu melindung badan dari radikal bebas.

Mengandungi isothiocyanate – berperanan untuk mencegah kanser –  sulforaphane dan indole – dua jenis antioksidan dan stimulator enzim detoksitifikasi yang melindungi struktur DNA.

  1. Buah yang boleh dimakan oleh pesakit kanser: beri

Buahan beri seperti beri biru, rasberi, ceri, strawberi dan beri hitam – kaya kandungan antioksidan, sumber tenaga vitamin C, vitamin A, acid gallic – agen antikulat/antivirus yang berkuasa meningkatkan sistem imun.

Buah yang boleh dimakan oleh pesakit kanser ini juga kaya dengan antioksidan proanthocyanidin yang dipercayai bersifat anti-penuaan dan mampu mengurangkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

  1. Buah dan sayuran yang berwarna terang

Apa lagi makanan untuk orang kemoterapi?

makanan untuk pesakit kanser
Kebaikan sayuran hijau.

Percayalah warna juga memainkan peranan penting. Buahan seperti oren, ubi keledek, labu dan lobak, merupakan antara pilihan sayuran dan buahan yang mempunyai pigmen warna terang menunjukkan ianya kaya dengan fitokimia – terutamanya antioksidan karotenoid.

Karotenoid – alpha-karoten, beta-karoten, lycopene, lutein, cryptoxanthin – adalah derivatif vitamin A yang banyak terkandung dalam buahan sitrus, ubi keledek, labu, beri dan tumbuhan lain.

  1. Herba dan rempah segar

Kunyit, sebagai contoh, mengandungi ramuan aktif, kurkumin, yang mempunyai peranan dalam diet anti-kanser dengan dikatakan dapat mengurangkan saiz ketumbuhan dan melawan kanser usus dan payudara.

Herba lain seperti:

  • halia
  • bawang putih mentah
  • thyme
  • cayenne pepper
  • oregano
  • basil
  • pasli 

juga antara herba yang baik untuk digunakan dalam pelbagai resepi masakan.

  1. Makanan untuk pesakit kanser – Cendawan

Terdapat pelbagai variasi cendawan yang kaya dengan pelbagai faedah, rasa dan bentuk – tetapi kesemuanya dikenali dapat membantu mempertingkatkan imun dan melawan kanser.

makanan untuk pesakit kanser
Cendawan boleh diolah menjadi sup.
  1. Makanan untuk pesakit kanser – Ikan berlemak

Ikan seperti salmon, tuna dan sardin merupakan sumber protein utama dan kaya nutrisi.

Ia mengandungi omega-3 yang dapat menjaga otot, vitamin B12 membantu proses menghasilkan sel darah merah, dan vitamin D sebagai komponen kesihatan tulang yang penting.

Pemilihan makanan terbaik untuk pesakit kanser adalah penting dalam menjaga tahap kesihatan dan mengurangkan risiko atau perkembangan kanser.

Kesimpulan


Makanan rendah kalori dan gula tetapi tinggi kandungan serat dapat membantu anda mengawal berat kerana ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko kanser.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan