Ramadan bulan untuk berpuasa, namun mengapa ramai yang sukar untuk menurunkan berat badan. Adakah tips kurus di bulan puasa yang boleh diamalkan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ramadan bulan untuk berpuasa, namun mengapa ramai yang sukar untuk menurunkan berat badan. Adakah tips kurus di bulan puasa yang boleh diamalkan?
Di samping menunaikan kewajiban agama untuk berpuasa di siang hari, individu juga boleh mengambil kesempatan ini sebagai peluang untuk menurunkan berat badan.
Jadi, ini adalah masa yang tepat untuk anda yang ingin kurus!
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mandalam lagi untuk mengetahui tips kurus di bulan puasa.
Jika difikirkan secara logik akal, sudah pasti kita akan bersetuju dengan penyataan ini bukan?
Manakan tidak, kita akan berpuasa selama 30 hari lamanya untuk melatih diri menahan nafsu, lapar dan dahaga.
Berpuasa adalah sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan dari aspek fizikal dan mental.
Ini juga adalah peluang untuk kita mendapatkan berat badan yang diingini.
Namun, apa yang dirancang tidak selalunya menjadi kenyataan.
Mungkin dalam fikiran kita berpuasa dapat menegah diri dari makan dan minum terlalu banyak. Pun begitu, bukan itu hakikat yang terjadi.
Ramai individu yang akan meng’qada’kan pengambilan makanan dan minuman ke waktu iftar dan sahur.
Ini sekali gus menyebabkan kita akan makan lebih banyak pada kedua-dua waktu ini kerana ingin ‘membalas dendam’ atau ‘menyimpan stok’ di dalam perut agar tidak lapar dan dahaga ketika berpuasa.
Ia sama sekali akan membantutkan usaha anda untuk menurunan berat badan, sekali gus tips kurus di bulan puasa ini tidak berhasil.
Namun, anda tidak perlu lagi risau tentangnya. Hello Doktor akan membantu anda dengan menyediakan beberapa tips kurus di bulan puasa yang efektif.
Sila ikuti senarai berikut:
Buat anda yang masih kurang jelas, kalori adalah kiraan kandungan tenaga yang terdapat dalam masakan dalam unit kcal.
Tubuh badan kita sangat memerlukan kalori ini untuk terus berfungsi dengan baik.
Namun, orang kita kebiasaannya mengabaikan aspek ini sehingga mengakibatkan terkurang atau terlebih mengambilnya dari apa yang diperlukan terutamanya ketika ramadan.
Tidak percaya? Lihat sahaja meja makan anda bila tiba waktu iftar dan sahur!
Jadi, sebelum merancang untuk menyediakan hidangan, sila kira kalori makanan yang hendak diambil.
Tiba sahaja ramadan, sudah pasti kita akan mencari minuman yang jarang kita jumpa seperti air katira dan lain-lain. Ya, ia memang mengiurkan namun perlu dikawal ya!
Ini kerana kebanyakan air yang dijual di bazar ramadan tinggi kandungan gula, lemak, bahan pewarna dan bahan perasa yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan terutamanya dalam aspek pengawalan berat badan.
Oleh itu, ikutilah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mencadangkan untuk minum 8 gelas air putih sehari mengikut waktu ini:
Ayam percik? Ayam golek? Memang terdapat banyak menu lauk lazat yang boleh diambil untuk berbuka dan bersahur. Pun begitu, jangan sampai tersalah pilih.
Untuk anda yang ingin kurus di bulan puasa ini, sila elak dari mengambil lauk yang berlemak, bergoreng atau berminyak. Ini semua hanya akan meningkatkan risiko perut menjadi boroi.
Sebaliknya, sila pilih lauk yang dimasak dengan cara rebus kerana ia tentunya lebih sihat untuk tubuh badan anda.
Jika anda bukan peminat makanan dari jenis ini, ia adalah waktu untuk anda berubah.
Tidak, kami tidak meminta anda menjadi seorang vegetarian. Sebaliknya, ambil lebih banyak sayur dan buah sepanjang ramadan.
Ini kerana ia adalah menu yang boleh membekalkan serat dan vitamin pada tubuh badan.
Dengan pengambilannya, sistem penghadaman anda sudah tentu akan menjadi lebih lancar dan sihat.
Antara sayur-sayuran dan buahan-buahan yang anda boleh ambil ketika bersahur dan berbuka adalah salad, tembikai, epal, strawberi dan lain-lain.
Gunakanlah kreativiti anda untuk mencampurkannya dalam masakan!
Akhir sekali, janganlah anda jadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidur dan malas sepanjang hari.
Walaupun tidak larat untuk bersenam, adalah wajar untuk anda kekal cergas dengan melakukan kerja rumah.
Di samping usaha merebut pahala pula, lakukanlah solat Terawih.
Ini kerana ia dapat membakar banyak kalori dalam tubuh badan sehingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu persekitaran rumah ibadat.
Semoga berjaya buat anda yang inginkan badan yang langsing raya nanti!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen