Terdapat pelbagai makanan yang mengenyangkan dan boleh memuaskan kelaparan anda dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, 200 kalori daripada daging boleh memenuhi keinginan anda tetapi 200 kalori brokoli pasti boleh mengisi perut anda.
Pakar pemakanan telah mengkaji rasa “kenyang” selama lebih daripada satu dekad. Mereka mendapati bahawa protein mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan, oleh itu, ia akan membuat perasaan kenyang tahan lebih lama. Makanan yang tinggi dalam kandungan air dan serat juga boleh membantu rasa kenyang.