Apakah sebenarnya maksud makanan tidak berkhasiat dan apakah antara jenis-jenisnya makanan tersebut?
Inilah maksud makanan tidak berkhasiat…
Jika mahu menurunkan berat badan atau menghindari masalah kesihatan kronik, anda perlu mengelakkan atau mengurangkan pengambilan makanan disenaraikan sebagai makanan tidak berkhasiat.
Berikut adalah antara senarai makanan tersebut:
#1. Minuman bergula
Sebarang makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula tambahan merupakan antara bahan yang paling tidak sihat pada masa kini.
Apabila seseorang individu mengambil minuman berkalori gula, otak anda tidak ‘mendaftarnya’ sebagai makanan.
Minuman manis merupakan antara faktor utama menyumbang kepada masalah kegemukan pada masa kini dan meminumnya dalam jumlah yang tinggi boleh memacu kepada pertambahan lemak serta masalah obesiti.
#2. Piza
Kebanyakan piza yang dihasilkan secara komersial diperbuat daripada bahan yang tidak sihat.
Doh piza tersebut kebanyakannya diperbuat daripada tepung gandum halus dan daging yang digunakan kebiasaannya adalah daging diproses. Ini antara contoh makanan tidak berkhasiat.
#3. Roti
Kebanyakan roti komersial adalah tidak sihat, walaupun kepada individu yang tidak mempunyai masalah dengan pengambilan gluten.
Ini kerana, kebanyakan roti putih diperbuat daripada gandum halus, mempunyai kandungan nutrien penting yang sangat rendah dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak pada tahap kandungan gula dalam darah.
#4.Jus buah-buahan
Jus buah-buahan biasanya lebih banyak kandungan air gula berperisa buah-buahan berbanding buah-buahan yang sebenar.
Malahan, sebenarnya, jus buah-buahan mengandungi kandungan gula sama seperti minuman air berkarbonat yang terdapat di pasaran dan adakalanya kandungan gulanya adalah lebih tinggi lagi.
Perlu ditekankan di sini, jus buah-buahan yang dimaksudkan adalah jus buah-buahan segera dalam kotak, manakala jus buah-buahan menggunakan buah-buahan segar masih dikira berkhasiat dan baik untuk diamalkan.
Maksud makanan tidak berkhasiat #5. Marjerin
Ia seringkali dianggap sebagai alternatif yang sihat kepada mentega. Sebaliknya, ia adalah satu fakta yang tidak benar sama sekali.
Marjerin adalah pseudo-makanan (pseudo-food) yang diproses sehingga menghasilkan rasa dan tekstur seperti mentega.
Ia sarat dengan kandungan bahan buatan dan kebiasaannya dihasilkan daripada minyak sayuran industri yang telah dihidrogenasi untuk menjadikannya lebih padat.
Ini sekali gus meningkatkan kandungan lemak trans dengan tinggi sekali.
#6. Pastri, biskut dan kek
Kebanyakan pastri, biskut dan kek merupakan antara maksud makanan tidak berkhasiat yang sering dimakan oleh kebanyakan individu.
Makanan jenis ini diperbuat daripada gula halus, tepung gandum halus dan tambahan lemak, kebiasaannya terkandung lemak trans yang tinggi.
Ia hampir langsung tidak mengandungi nutrien, tetapi lebih banyak kandungan kalori dan bahan yang tidak sihat.
#7. Kentang goreng, kerepek kentang
Kentang adalah sejenis makanan yang baik dan berkhasiat untuk kesihatan.
Namun, hakikat ini berubah apabila ia adalah mengenai produk makanan yang terhasil daripadanya, seperti kentang goreng dan kerepek kentang.
Kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan kalori sangat tinggi, dan seringkali diambil dalam jumlah yang berlebihan dan banyak.
Makanan ini juga boleh mengandungi acrylamides dalam jumlah tinggi, iaitu bahan karsinogen yang terbentuk apabila kentang digoreng, dibakar atau dipanggang.
#8. Maksud makanan tidak berkhasiat: makanan ringan bebas gluten
Kebanyakan individu pada masa kini cuba untuk menggantikan makanan yang mengandungi gluten dengan makanan bebas gluten.
Malangnya, dalam pencarian dan usaha menggantikan makanan mengandungi gluten kepada makanan bebas gluten, seringkali kebanyakan individu memilih untuk menggantikannya dengan junk food yang diproses bebas gluten.
Lebih memburukkan keadaan apabila makanan pengganti bebas gluten ini adalah lebih tinggi kandungan gula, minyak tidak sihat dan bijirin halus seperti kanji jagung atau kanji ubi kayu.
Penggunaan kanji halus ini akan cenderung meningkatkan tahap gula dalam darah dengan mendadak, malahan ia adalah sangat rendah dalam kandungan nutrien penting.
#9. Yogurt rendah lemak
Yogurt sememangnya merupakan antara makanan yang berkhasiat.
Tetapi, sangat menyedihkan apabila kebanyakan yogurt yang berada di pasaran, dijual di pasar raya dan kedai runcit, adalah tidak mendatangkan khasiat seperti diharapkan.
Kebanyakan yogurt tidak mengandungi bakteria probiotik seperti yang dipercayai umum.
Ini kerana apabila yogurt menjalani prosedur pempasteuran selepas penapaian, ia akan membunuh semua bakteria.
#10. Maksud makanan tidak berkhasiat: makanan ringan rendah karbohidrat
Mengamalkan diet rendah karbohidrat merupakan antara pilihan diet yang sering dilakukan.
Terdapat pelbagai pilihan makanan sebenar boleh anda makan ketika sedang dalam diet rendah karbohidrat ini yang kebanyakannya adalah berkhasiat.
Namun, sebaliknya bagi produk makanan pengganti rendah karbohidrat diproses, seperti bar coklat rendah karbohidrat tidak sebagus yang dicanangkan.
Ini kerana makanan diproses sebegini akan mengandungi jumlah makanan sebenar sedikit tetapi mempunyai campuran kandungan ramuan tiruan tinggi.
Ini sekali gus menjadikan ia sebagai makanan yang tidak berkhasiat dan perlu dielakkan.
[embed-health-tool-bmr]