backup og meta

Minuman Bergula Berpotensi Merangsang Pertumbuhan Tumor

Minuman Bergula Berpotensi Merangsang Pertumbuhan Tumor

Adakah gula boleh membantu pertumbuhan kanser secara langsung? Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas tikus, jawapannya mungkin ya. Satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di Baylor College of Medicine dan Weill Cornell Medicine menujukkan bahawa dengan pengambilan jumlah corn syrup atau sirap jagung yang mengandungi fruktosa tinggi dengan jumlah yang sederhana setiap hari (bersamaan dengan meminum minuman yang dimaniskan dengan 12 auns gula setiap hari), boleh mempercepatkan pertumbuhan tumor usus keatas model tikus yang mempunyai penyakit tersebut tanpa disebabkan oleh faktor obesiti. Untuk pengetahuan, sirap jagung diperbuat daripada kanji jagung yang mengandungi dextrose, maltose dan dextrins. Sirap jagung dengan kandungan fruktosa yang tinggi dihasilkan daripada sirap jagung dengan menukarkan glukosa kepada fruktosa.

Menurut Dr. Jihye Yun, pembantu profesor dalam bidang molekular dan genetik manusia di Baylor College of Medicine menyatakan bahawa tanggapan kebiasaan kita terhadap gula adalah berbahaya disebabkan oleh peranannya dalam meningkatkan kes obesiti melalui pengambilan dalam jumlah yang tinggi. Kita juga mengetahui bahawa obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser kolorektal, walaubagaimanapun, kita tidak pasti adakah gula memainkan peranan secara langsung terhadap pertumbuhan kanser. Persoalan ini yang menggerakkan beliau untuk menjalankan kajian pasca kedoktoran di makmal Dr. Lewis Cantley, Weill Cornell Mediine.

Dengan menggunakan model tikus yang mempunyai tumor peringkat awal yang dipanggil polyps, kumpulan pengkaji membuat ujikaji berkenaan kesan pengambilan air yang dimaniskan dengan gula terhadap pertumbuhan tumor. Air minuman yang dimaniskan tersebut mengandungi 25% kandungan sirap jagung yang tinggi kandungan fruktosa. Sirap jagung yang tinggi dengan fruktosa terdiri daripada kandungan glukosa dan fruktosa dengan nisbah sebanyak 45:55. Apabila pengkaji menyediakan air minuman tersebut kedalam botol minuman tikus tersebut, tikus tersebut menambahkan berat badannya dengan pantas dalam masa sebulan. Untuk mengelakkan tikus tersebut daripada menjadi obes, kumpulan pengkaji memberikan jumlah air minuman bergula dengan kadar sederhana melalui picagari khas sebanyak satu kali sehari. Selepas tempoh 2 bulan, tikus terbabit tidak menjadi obes, tetapi telah mempunyai ketumbuhan yang lebih besar dan bergred lebih tinggi berbanding tikus yang diberikan air minuman biasa.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa, walaupun melalui pengambilan gula dengan kadar sederhana masih boleh merangsang pertumbuhan tumor tanpa disebabkan oleh faktor lain seperti obesiti. Berdasarkan kajin tersebut, pengkaji menyatakan bahawa pengambilan minuman bergula secara kronik boleh memendekkan masa untuk kanser tumbuh; dalam erti kata lain, pertumbuhan kanser berlaku dengan lebih cepat. Tetapi masa yang diambil terhadap manusia mungkin lebih lama berbanding keputusan ujian terhadap tikus tersebut. Kajian turut menyiasat bagaimana gula tersebut boleh menggalakkan pertumbuhan tumor. Mereka mendapati tikus ujian tersebut mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi di dalam usus besar mereka. Melalui teknologi terkini, mereka menyiasat perubahan glukosa dan fruktosa didalam tisu tumor dan mereka menjumpai bahawa, fruktosa terlebih dahulu berubah secara kimia dan proses perubahan tersebut menggalakkan pengeluaran asid lemak yang menyumbang kepada pertumbuhan tumor.

Kumpulan pengkaji terbabit turut berharap bahawa kajian tersebut boleh membantu meningkatkan kesedaran awam berkenaan potensi dan kesan berbahaya minuman bergula keatas kesihatan manusia selain mampu mengurangkan risiko dan kadar kematian kanser kolorektal di seluruh dunia. Pengurangan pengambila minuman bergula adalah lebih baik berbanding dengan hanya bergantung kepada ubat-ubatan untuk mengurangkan ketersediaan gula didalam usus besar.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/03/190321141924.htm

Versi Terbaru

09/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan