backup og meta

Pilihan Makanan Pun Boleh Jadi Sebab Tekanan Darah Rendah? Kena Tukar Diet!

Pilihan Makanan Pun Boleh Jadi Sebab Tekanan Darah Rendah? Kena Tukar Diet!

Mungkin tanpa kita semua sedar, sebenarnya wujud beberapa jenis makanan penyebab darah rendah yang berbahaya buat penderita penyakit ini.

Untuk pengetahuan anda, fenomena ini dinamakan sebagai Postprandial Hypotension di mana tekanan darah menurun selepas makan atau minum.

Persoalannya, apakah ia dan adakah ia berbahaya? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu Postprandial Hypotension? 

Apabila tekanan darah menurun secara mendadak setiap kali lepas makan atau minum, kondisi ini dikenali dengan nama saintifik sebagai Postprandial Hypotension.

Kebiasaannya, ia selalu berlaku kepada golongan lanjut usia dan boleh menyebabkan pening kepala atau lebih teruk lagi pitam dan membawa kepada komplikasi serius.

Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan mengalami simptom yang dinamakan Syncope – hilang sedar akibat tekanan darah menurun secara mendadak.

Sebenarnya, ia bukan sahaja boleh terjadi akibat makanan atau minuman malah wujud juga beberapa kondisi lain yang menyumbang kepada masalah ini termasuklah:

  • Dehidrasi
  • Kehamilan
  • Penyakit jantung
  • Penyakit tiroid
  • Kekurangan folat
  • Kekurangan vitamin B-12

Namun sesuai dengan tajuk artikel ini, kami akan kupaskan lebih lanjut lagi mengenai makanan penyebab darah rendah dan bagaimana untuk mengelakkannya.

punca tekanan darah
Punca utama kenapa tekanan darah.

Apa punca Posprandial Hypotension? 

Selain daripada beberapa darah rendah punca yang telah kami senaraikan di atas, ketahuilah bahawa terdapat satu punca lain lebih membimbangkan iaitu makanan penyebab darah rendah.

Selepas waktu makan, usus anda akan memerlukan masa dan darah yang secukupnya bagi membolehkan organ ini mencernakan apa yang sudah masuk ke dalam perut.

Kebiasaannya, degupan jantung akan meningkat pada usus ketika ini lantas menyebabkan tekanan darah juga meningkat bagi memudahkan proses pencernaan.
Namun jika wujud sebarang masalah pada sistem saraf autonomik, maka degupan jantung anda tidak akan meningkat dan begitu juga tekanan darah anda.
Kesannya, usus anda yang memerlukan lebih banyak darah untuk proses pencernaan, sekali gus akan menyebabkan darah kurang mengalir pada kawasan tubuh badan lain.
Ini seterusnya boleh jadi darah rendah punca!

Berikut adalah antara golongan yang lebih cenderung mengalami kondisi ini:

Apa contoh makanan penyebab darah rendah?

makanan penyebab darah rendah
Makanan punca masalah tekanan darah.

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, perbuatan makan dan minum mungkin boleh menyebabkan kondisi tekanan darah rendah.

Ini seterusnya pasti akan menimbulkan tanda tanya sama ada wujudkah beberapa jenis makanan yang berpotensi menjadi makanan penyebab darah rendah.

Hakikatnya, tidak wujud sebarang senarai makanan penyebab darah rendah kerana semua jenis makanan dan minuman berisiko menyebabkan kondisi ini berlaku.

Pun begitu, ramai pakar perubatan dan pemakanan percaya bahawa simptom boleh jadi lebih teruk jika kalian mengambil karbohidrat dan alkohol.

Kajian ada menyatakan, mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dan tinggi karbohidrat juga boleh mencetuskan keadaan ini.

Bagi mengelakkan ia berlaku dan berulang, maka anda mungkin boleh cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan alkohol serta dapatkan pandangan doktor.

Apa contoh makanan pencegah darah rendah?

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu bahawa mungkin tidak wujud sebarang jenis makanan penyebab darah rendah ekoran ia adalah masalah sistem saraf.

Namun, kalian harus tahu bahawa dengan amalan pemakanan yang betul juga kita sebenarnya mungkin boleh mencegah tekanan darah rendah ini daripada terus menghantui.

Antara contoh makanan pencegah darah rendah yang anda boleh ambil adalah:

  • Garam: Makanan bergaram mungkin boleh meningkatkan tekanan darah
  • Kafein: Minuman berkafein juga boleh meningkatkan tekanan darah
  • Folat: Terlalu sedikit folat boleh membawa kepada anemia yang boleh menjurus kepada masalah ini
  • Vitamin B-12: Terlalu sedikit vitamin B-12 juga mendorong kepada anemia yang turut menjurus kepada masalah sama
  • Air kosong: Ia bertujuan mengelakkan dehidrasi yang merupakan salah satu punca tekanan darah rendah

Selain daripada pengambilan makanan menaikkan tekanan darah rendah, apa lagi kalian boleh buat untuk elak kondisi Postprandial Hypotension ini?

Apa perlu buat jika alami darah rendah?

makanan penyebab darah rendah
Pemeriksaan tekanan darah.

Sehingga kini, masih belum wujud sebarang rawatan atau ubatan tertentu untuk sebagai cara menaikkan tekanan darah rendah.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian melakukan tip-tip berikut bagi mengelakkan ia daripada terus berlaku dan berulang kepada anda:

  • Minum air kosong sebelum makan
  • Makan dalam kuantiti lebih kecil
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Berehat selepas waktu makan

Konklusinya, mungkin tidak wujud sebarang senarai makanan penyebab darah rendah melainkan karbohidrat dan alkohol yang boleh buat simptom lebih teruk.

Oleh itu, sentiasa berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor tentang diet pemakanan anda sekiranya menghidap kondisi tekanan darah rendah.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eating can cause low blood pressure, https://www.health.harvard.edu/heart-health/eating-can-cause-low-blood-pressure, Accessed Jun 14 2021.
  2. How To Follow a Heart-Healthy Diet, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4249-hypertension-and-nutrition, Accessed Jun 14 2021.
  3. Postprandial hypotension, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20193838/, Accessed Jun 14 2021.
  4. Postprandial Hypotension: Epidemiology, Pathophysiology, and Clinical Management, https://www.acpjournals.org/doi/10.7326/0003-4819-122-4-199502150-00009, Accessed Jun 14 2021.
  5. Cerebral Ischemic Attack Caused by Postprandial Hypotension, https://www.ahajournals.org/doi/pdf/10.1161/01.STR.25.2.511, Accessed Jun 14 2021.

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Cara Merawat Keracunan Makanan, Ada 5 Makanan Perlu Ambil & Elak!

Jika Benar Mahu Turun Berat Badan, Ikut 7 Cara Diet Yang Betul Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan