Bacaan tekanan darah selalunya diambil dalam bentuk mm Hg. Bacaan yang normal adalah dalam julat 120/80 mm Hg.
Namun, berapa bacaan tekanan darah rendah? Menurut The National Heart, Lung, and Blood Institute, bacaan tekanan darah yang rendah adalah di bawah 90/60 mm Hg.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai tekanan darah rendah, mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Bacaan tekanan darah rendah, siapa yang paling terkesan?

Tekanan darah rendah atau hipotensi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, warga emas lebih berisiko untuk mengalami simptom tekanan darah rendah.
Dianggarkan hampir 5% individu mempunyai masalah hipotensi pada usia 50 tahun dan jumlahnya akan meningkat kepada 30% dalam kalangan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas.
Namun, itu tidak bermaksud orang muda terlepas daripada masalah tekanan darah rendah. Hipotensi boleh datang tanpa sebarang amaran dan menyerang orang muda yang aktif secara fizikal.
Bagi sesetengah orang, tekanan darah yang terlalu rendah merupakan tanda penyakit, lebih-lebih lagi jika ia jatuh secara tiba-tiba tanpa sebarang simptom.
Tekanan darah yang jatuh mendadak boleh mendatangkan bahaya. Malah, perubahan hanya sekitar 20 mm Hg boleh menyebabkan anda pitam atau pengsan secara tiba-tiba.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen