Antara aktiviti untuk warga emas yang boleh mereka sertai ialah:
#1. Senaman ringan
Senaman ringan seperti berjalan kaki atau regangan badan tidak hanya meningkatkan kekuatan otot dan stamina, tetapi juga memperbaiki keseimbangan dan fleksibiliti.
Ini penting untuk mencegah risiko terjatuh dan cedera yang biasa berlaku dalam kalangan orang tua.
Namun, senaman ringan sahaja tidak mencukupi. Pengambilan makanan seperti minum susu berprotein tinggi boleh membantu menyokong perkembangan dan pemulihan otot.
Kesannya, warga emas berkemampuan melakukan senaman ringan dengan lebih efektif.
Walau bagaimanapun, senaman yang dilakukan mestilah mengikut kemampuan dan tidak secara berlebihan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

#2. Aktiviti untuk warga emas: Menanam sayur atau bunga
Berkebun boleh berfungsi sebagai satu terapi fizikal dan mental.
Kajian ada menyatakan, aktiviti berkebun membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan fizikal dan psikologi warga emas 5.
Proses menanam dan menjaga tumbuhan boleh meningkatkan kekuatan dan ketangkasan tangan selain motor halus mereka 5 6.
Selain itu, melihat keindahan taman bunga atau menuai sayur segar dari kebun sendiri boleh memberikan kepuasan dan kebahagiaan.
#3. Aktiviti seni atau kraf

Aktiviti seni seperti mewarna, menjahit, atau membuat kraftangan bukan sahaja merangsang otak dan meningkatkan kreativiti, tetapi juga memberikan peluang kepada orang tua mengekspresikan diri mereka.
Ini membantu warga emas berasa lebih berhubung dengan diri mereka sendiri.
Mereka juga akan berhubung dengan komuniti di sekitar apabila aktiviti untuk warga emas ini dilakukan secara bersama-sama dengan rakan seusia mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen