home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Garam Membantu Tekanan Darah Rendah?

Adakah Garam Membantu Tekanan Darah Rendah?

Garam menjadikan tubuh anda mengekalkan air. Jika anda makan terlalu banyak, air tambahan yang disimpan di dalam badan anda akan meningkatkan tekanan darah anda. Semakin banyak garam yang anda makan, tekanan darah anda akan menjadi lebih tinggi . Mengurangkan garam boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Dan kebanyakan orang berusia perlu kurangkan kerana mereka mendapat lebih banyak natrium daripada yang sepatutnya.

Kesan garam terhadap tubuh

Garam berfungsi pada buah pinggang anda untuk membolehkan badan anda menyimpan lebih banyak air. Air tambahan yang disimpan meningkatkan tekanan darah anda dan meletakkan tekanan pada buah pinggang anda, arteri, jantung dan otak.

  • Buah pinggang
  • Garam boleh meningkatkan jumlah natrium dalam aliran darah dan memberi kesan kepada keseimbangan. Ia juga mengurangkan keupayaan untuk mengeluarkan air daripada buah pinggang anda. Oleh itu, itu adalah tekanan darah yang lebih tinggi disebabkan oleh tekanan cecair tambahan tambahan dan ketegangan tambahan pada saluran darah halus yang membawa kepada buah pinggang. Hari demi hari, ketegangan tambahan ini boleh merosakkan buah pinggang (dikenali sebagai penyakit buah pinggang). Ini akan mengurangkan keupayaannya menapis bahan buangan yang tidak diingini dan toksik, yang kemudiannya mula terkumpul di dalam badan. Jika penyakit buah pinggang tidak dirawat dalam masa yang lama dan tekanan darah tidak dikurangkan, kerosakan boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.
  • Arteri

Tekanan darah tambahan yang disebabkan oleh makan terlalu banyak garam menyebaban tekanan tambahan pada bahagian dalam arteri anda. Dan apabila menghadapi tekanan tambahan, otot-otot kecil di dinding arteri akan menjadi lebih kuat dan lebih tebal. Ini hanya menjadikan ruang di dalam arteri lebih kecil dan meningkatkan tekanan darah anda lebih tinggi.

Berapa banyak garam diperlukan?

Seorang dewasa perlu makan tidak lebih daripada 6g garam sehari, tetapi kebanyakan daripada kita makan lebih daripada ini. Kebanyakan garam yang kita makan setiap hari adalah “tersembunyi”. Kira-kira 80% daripada garam yang kita makan bersembunyi dalam makanan yang diproses seperti roti, biskut dan bijirin sarapan pagi, dan bungkusan bawa pulang (takeaways). Hanya 20% datang daripada garam yang kita tambah semasa memasak atau di meja.

Tip praktikal

  • Jangan terlalu mengambil berat tentang jumlah sebenar garam yang anda makan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan jumlah garam yang anda makan sebanyak mungkin, anda tidak perlu menyimpan jumlah yang tepat daripada jumlah yang anda makan. 6g garam sehari adalah jumlah maksimum yang anda perlu makan, lebih kurang adalah lebih baik.
  • Pendekatan terbaik adalah cuba untuk sentiasa makan makanan dengan tahap garam yang paling rendah.
  • Kurangkan makan makanan yang diproses dan dibungkus. Makanan yang dibungkus dan diproses adalah sebahagian besar daripada nutrium dalam pemakanan orang ramai.
  • Pada mulanya, makanan tanpa garam boleh rasa hambar, tetapi anda perlu cuba. Ia hanya sama seperti mengurangkan gula dalam teh. Selepas beberapa minggu citarasa anda akan menyesuaikannya dan anda mampu untuk mula menikmati makanan yang kurang garam.
  • Di restoran-restoran, tanya mengenai garam yang ditambah ke dalam makanan. Ramai tukang masak akan melangkau atau mengurangkan garam jika anda tanya.

Jika anda perlu menggunakan garam semasa memasak, tambah pada akhirnya. Anda perlu menambah sedikit.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Salt and blood pressure http://www.bloodpressureuk.org/microsites/salt/Home/Howtoeatlesssalt. Accessed November 9,2016

Salt’s effects on your body http://www.bloodpressureuk.org/microsites/salt/Home/Whysaltisbad/Saltseffects. Accessed November 9,2016

5 Tips on Reducing Salt Intake http://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/tips-to-reduce-salt-intake. Accessed November 9,2016

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada [date}
x