Setiap individu pasti mahu tubuh badan yang langsing dan sihat bukan? Disebabkan itu, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sangat bersungguh untuk berdiet. Baca selanjutnya untuk tahu cara diet yang betul.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Setiap individu pasti mahu tubuh badan yang langsing dan sihat bukan? Disebabkan itu, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sangat bersungguh untuk berdiet. Baca selanjutnya untuk tahu cara diet yang betul.
Pun begitu, hasrat untuk diet ini sering kali akan gagal. Kenapa?
Ini kerana mereka yang mencuba cenderung tidak tahan dengan godaan makanan dan disiplin berat ketika berdiet.
Dalam pada itu, mereka mungkin gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul.
Apakah cara diet berkesan dalam masa seminggu?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Ramai yang beranggapan bahawa diet adalah perbuatan meminimumkan makan dan minum sampai sanggup tahan lapar dan ikat perut.
Sebenarnya, anda tidak perlu menyeksa diri anda sampai begitu sekali.
Sila ikuti tip-tip dan cara diet berkesan dalam masa seminggu seperti berikut:
Seperti mana yang kita tahu sarapan pada pagi hari adalah waktu makan yang paling penting.
Pun begitu, ada individu yang dengan sengaja meninggalkannya, hanya kerana ingin tubuh badan yang kurus.
Salah! Anda tidak boleh terlepas sarapan pagi kerana ia adalah waktu mendapatkan nutrien untuk tubuh badan berfungsi.
Dapatkan sarapan dengan menu diet yang betul.
Mesti ramai yang berfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan kalian gemuk air bukan?
Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika anda kenal diri sendiri.
Itulah punca individu makan lebih banyak. Padahal, apa yang diperlukan mereka ketika itu hanyalah segelas air kosong sahaja.
Air kosong adalah menu diet yang betul.
Apa menu diet yang betul?
Buat anda yang mungkin belum tahu, sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak serta tinggi serat – 3 elemen terpenting yang perlu diberi perhatian jika berhasrat untuk berdiet.
Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai:
yang sangat sihat untuk tubuh badan kita secara umumnya.
Jadi, sila ambil sayur dan buah lebih banyak jika anda ingin kurus.
Ramai individu yang beranggapan bahawa perbuatan skip salah satu waktu makan boleh membantu diet anda.
Tidak sama sekali, ini kerana ia hanya membuat kalian mengambil lebih banyak snek kerana lapar.
Sebaliknya, sila makan pada waktu yang tetap pada setiap hari namun dengan kuantiti makanan yang lebih sedikit.
Apa maksudnya? Anda yang sedang berdiet sebenarnya tidak perlu untuk membuang atau mengelak dari memakan sesuatu jenis makanan, terutamanya yang anda sukai.
Ini hanya akan menyebabkan anda mengidam lantas memakannya lebih banyak jika mendapat peluang.
Sebaiknya, ambil sahaja makanan yang anda suka itu asalkan ia tidak lebih dari saranan kalori harian anda.
Meskipun tip ini kelihatan seperti satu jenaka, namun ia sangat berkesan.
Lama kelamaan, anda akan terbiasa sehingga anda sudah boleh kenyang dengannya.
Akhir sekali, anda tidak boleh hanya bermalasan sahaja di rumah atau tempat kerja dengan alasan anda sedang berdiet. Ini adalah satu tanggapan yang salah.
Sebaliknya, anda perlu kekal aktif untuk membantu tubuh badan membakar lebihan kalori yang diambil. Selain itu, ia juga boleh buat tubuh badan lebih sihat secara total.
Jadi, kenapa tidak?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.