Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu bahawa tumbuhan wangi ini adalah sangat berkhasiat untuk rambut. Antara kebaikannya adalah ia membantu mengawal masalah kelemumur. Ia kebiasaannya disebabkan oleh kematian sel pada kulit kepala selain masalah minyak, stres, ketidaksesuaian produk dan juga terlalu kerap mencuci rambut. Jika anda ada masalah ini, anda boleh cuba menggunakan tumbuhan wangi ini.
Selain itu, ia juga boleh membantu menguatkan rambut agar ia tidak lagi mudah gugur. Rambut gugur adalah disebabkan pelbagai faktor seperti tekanan psikologi, kesan sampingan ubatan atau malnutrisi. Begitu juga dengan masalah rambut beruban. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya adalah persekitaran. Pendek kata, tumbuhan wangi ini adalah sangat sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai masalah rambut.
Menurut VegaFruit, daun pandan adalah sangat bagus untuk kulit kepala serta rambut. Rawatan untuknya melibatkan penggunaan sabun atau syampu yang berasaskan tumbuhan wangi ini. Sebaiknya, anda sendiri boleh membuatnya dengan menggunakan daun pandan yang telah dikeringkan dan dihancurkan dan ditambahkan dengan air atau minyak kelapa sehingga ia cukup cair untuk dijadikan sebagai “sabun” atau “syampu” semula jadi.
#14. Membantu menyelesaikan masalah seksual lelaki
Ini adalah khasiat yang sangat penting buat lelaki yang mengalami masalah seksual. Dikatakan pengambilan ekstrak tumbuhan wangi ini boleh membantu merawat masalah seksual lelaki yang palig biasa berlaku iaitu ejakulasi pramatang atau mati pucuk. Ya, mungkin keberkesanannya boleh diragui, namun tidak salah untuk mencubanya, bukan?
Berdasarkan khasiat-khasiat tersebut, sudah tentu pengambilan ekstrak tumbuhan wangi ini boleh dikategorikan sebagai tumbuhan yang sangat berkhasiat jika diambil oleh individu. Pun begitu, pasti anda tertanya-tanya mengapakah ia mempunyai pelbagai khasiat? Apakah kandungan di dalamnya?
Daun pandan mempunyai kandungan antibakteria yang sangat tinggi
Jawapan kepada persoalan di atas adalah tumbuhan wangi ini mempunyai kandungan antibakteria yang sangat hebat. Berdasarkan kajian, ia sememangnya mempunyai pelbagai komponen antibakteria yang boleh menjadi herba semula jadi untuk melawan infeksi bakteria yang lain. Menurut sebuah kajian makmal, ekstraknya sangat efektif dalam melawan bakteria seperti Bacillus cereus and Escherichiacoli. Ini kerana tumbuhan wangi ini mengandungi flavonoid, saponins dan alkaloids.
Bacillus cereus adalah strain bakteria yang mengandungi toksin dan boleh menyebabkan pelbagai kondisi seperti cirit-birit, muntah-muntah dan loya. Bakteria ini boleh ditemui dalam sisa-sisa makanan seperti nasi, sup atau sos. Sementara itu, Escherichiacoli adalah jenis bakteria yang berbahaya yang juga boleh menyebabkan masalah cirit-birit, muntah-muntah dan loya serta boleh mengakibatkan kondisi yang lebih bahaya seperti pneumonia.
Menurut kajian itu lagi, ekstrak daun pandan sebenarnya sangat berkesan dalam melawan bakteria-bakteria ini. Pelbagai lagi kajian lanjut mungkin perlu dilakukan untuk membuktikan bahawa tumbuhan wangi ini sebenarnya boleh melawan pelbagai lagi bakteria, kulat atau virus lain yang juga berbahaya buat kesihatan tubuh badan.
Konklusi
Konklusinya, daun pandan bukan sekadar pewangi dan perasa masakan semata-mata kerana ia juga mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri seperti yang telah disenaraikan. Walaupun tahap keberkesanannya belum terbukti sepenuhnya, tidak salah anda mencubanya kerana ia sendiri adalah herba semula jadi, bukan?
Pihak Hello Doktor amat berharap artikel ini dapat membantu anda lebih mengetahui dan mengenali tumbuhan wangi ini dengan lebih mendalam lagi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen