Kondisi ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh jangkitan virus. Rotavirus, merupakan virus yang menyebabkannya. Ia selalunya menyerang bayi yang berusia 6 hingga 24 bulan terutamanya ketika cuaca sejuk. Apa yang anda perlu lakukan jika si kecil anda dijangkiti virus ini adalah pastikan bayi anda kekal berhidrasi. Jika kondisi ini berlanjutan sehingga 2 atau 3 minggu, bawa bayi anda berjumpa doktor kerana bayi anda mungkin juga mengalami alahan kepada susu. Alahan ini selalunya dapat dirawat dengan nutramigen atau alimentum.
Sembelit merupakan kondisi yang sangat biasa berlaku kepada si kecil. Ia bukanlah satu kondisi yang perlu dirisaukan kerana ia tidak begitu bahaya. Namun begitu, dapatkan bantuan doktor jika bayi anda mendapati bayi kelihatan terlalu sakit, menangis apabila hendak membuang air besar atau terdapat darah pada najis bayi untuk mengelakkan apa-apa komplikasi yang lain.
Bagaimana membantunya?
Bagi sesetengah kondisi, ia mungkin tidak dapat dielakkan. Namun begitu, ibu bapa boleh melakukan beberapa perkara untuk membantu si kecil mengatasi masalah ketidakselesaan pada perut mereka, antaranya:
- Susukan bayi pada waktu yang betul: Ini bertujuan mengelakkan mereka terlebih atau terkurang mengambil susu yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada sistem penghadaman mereka.
- Susukan bayi dengan posisi yang betul: Ini bertujuan mengelakkan bayi memuntahkan kembali susu yang mereka minum. Selain itu, posisi yang betul juga dapat mengurangkan risiko bayi tercekik dan memudahkan mereka sendawa untuk mengeluarkan angin.
- Kerap mendukung bayi: Ini bertujuan untuk membuat bayi berada pada posisi yang paling sesuai untuk sistem penghadamannya bekerja. Jika anda sedang melakukan pekerjaan, bawa sahaja bayi anda menggunakan ‘baby carrier’ atau selempang bayi.
- Urutkan bayi: Ini bertujuan untuk memberi tekanan yang sepatutnya kepada perut bayi agar sistem penghadamannya dapat berfungsi dengan lebih baik. Gunakan hujung jari anda untuk mengurut bahagian bawah perut bayi secara lembut dan perlahan-lahan.
- Biarkan bayi mempunyai ‘tummy time’: Ini bertujuan untuk membiasakan bayi anda terbiasa dengan keadaan posisi perut mereka menerima tekanan yang diperlukan untuk sistem penghadaman yang lebih baik. Namun begitu, ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi si kecil anda ketika melakukan ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen