Kalsium
Kalsium memainkan peranan yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Disebabkan itu, ia dikategorikan sebagai antara nutrisi yang terpenting untuk pertumbuhan tubuh badan remaja yang sihat. Bukan sahaja untuk pertumbuhantulang dan gigi yang sihat, kalsium juga berperanan dalam membantu fungsi tubuh badan yang asas seperti pergerakan darah, kontraksi otot serta penghantaran isyarat sel. Individu yang mempunyai kalsium tinggi dalam badan juga akan mempunyai kadar degupan jantung dan fungsi sistem saraf yang normal.
Kekurangan kalsium dalam badan individu akan meningkatkan risiko osteoporosis dan obesiti. Jika seorang remaha tidak menerima amaun kalsium yang diperlukan dalam diet seharian mereka, ia akan menjejaskan kesihatan tulang dan gigi serta ketinggian mereka.
Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju adalah sumber utama kalsium. Walau bagaimanapun, jika anak remaja anda seorang ‘vegetarian’ atau mempunyai alahan terhadap susu lembu, gunakan alternatif lain seperti kekacang (almond, hazel) dan susu soya penuh. Tulang ikan juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Oleh itu, ikan di dalam tin juga adalah makanan yang disarankan untuk mereka yang sangat memerlukan elemen ini.
Menurut pakar, remaja yang berumur 11 hingga 18 tahun perlu mengambil sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 mg kalsium setiap hari bergantung kepada jantina mereka.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen