home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Selalu Rasa Kebas Pada Tangan Dan Kaki? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Diabetes!

Selalu Rasa Kebas Pada Tangan Dan Kaki? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Diabetes!

Kerap mengalami rasa kebas di tangan dan kaki tentunya sesuatu yang menjengkelkan. Namun, ia bukanlah suatu simptom yang boleh anda hiraukan. Ini kerana rasa kebas atau sesemut tersebut mungkin petanda kepada penyakit diabetes.

Neuropati diabetes

Rasa kebas di tangan dan kaki ini boleh jadi petanda kepada komplikasi penyakit diabetes iaitu neuropati diabetes.

Neuropati diabetes adalah sejenis komplikasi jangka panjang yang membabitkan saraf tunjang dan juga saraf periferi pesakit diabetes.

Sekitar 50% daripada penghidap diabetes dikatakan mengalami komplikasi ini. Daripada jumlah tersebut, 90% daripada kesemua jenis neuropati diabetes adalah jenis polineuropati simetri distal (DSPN).

penyakit kencing manis

Berikut merupakan pembahagian jenis-jenis neuropati yang ada:

Neuropati fokal dan juga neuropati multifokal:

  • Mononeuropati
  • Amyotropi, Radikulopati
  • Mononeuritis multiplex
  • Sekatan saraf (entrapment)

Neuropati bersifat simetri:

  • Membabitkan deria dan bersifat akut (acute sensory)
  • Autonomik
  • Polineuropati simetri distal (DSPN)

Rasa kebas di tangan atau kaki, khususnya yang membabitkan kedua-dua belah kiri dan kanan anggota badan, tergolong dalam neuropati jenis DSPN. Neuropati DSPN boleh merebak daripada bahagian hujung anggota badan (distal) menuju ke tengah (proksimal).

Ini akan menyebabkan rasa kebas tersebut boleh meliputi kawasan tangan dan kaki yang besar.

Liputan kawasan tangan dan kaki yang terjejas dek rasa kebas ini mirip bahagian tangan dan kaki yang akan diliputi jika seseorang itu memakai sarung tangan dan stoking.

Oleh itu, terma klasik yang digunakan untuk mencirikan gangguan saraf ini adalah ‘glove and stocking distribution’.

Selain rasa kebas di tangan dan kaki, terdapat beberapa simptom gangguan saraf lain yang boleh berlaku. Antaranya:

  • Rasa nyilu
  • Rasa panas terbakar
  • Rasa tajam
  • Rasa sakit menjalar
  • Rasa sesemut

Gangguan saraf ini biasanya akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga mampu untuk mengganggu tidur seseorang itu.

Rasa sakit dan tidak selesa ini berupaya untuk menyebabkan gangguan pada aktiviti harian seseorang itu sehinggakan mereka akan mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti rekreasi dan juga aktiviti kemasyarakatan.

Gangguan kualiti kehidupan mereka ini juga boleh mempengaruhi emosi mereka sehingga mereka cenderung untuk menghidap kemurungan.

Keterjadian rasa kebas di tangan dan kaki

tangan kebas

Salah satu teori utama yang digunakan untuk menjelaskan keterjadian neuropati penyakit diabetes seperti DSPN adalah teori Mikroangiopati (perubahan mikrovaskular).

Teori ini menjelaskan bagaimana kaitan rapat antara saraf dan salur darah mempengaruhi satu sama lain. Dalam badan manusia, salur darah bergantung kepada fungsi saraf yang normal dan saraf memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Oleh yang demikian, disfungsi saraf akan dipengaruhi oleh darjah kerosakan atau abnormaliti salur darah.

Rasa sakit, tajam dan kebas kaki yang dirasai oleh pesakit diabetes adalah disebabkan gangguan salur darah pada skala mikro (gangguan mikrovaskular).

Hiperglisemia (keadaan gula yang tinggi dalam darah) yang berlanjutan berupaya untuk menyebabkan kecederaan dan perubahan seperti penebalan dinding salur darah kapilari dan juga hiperplasia endotelial.

Perubahan-perubahan ini menyumbang kepada pengurangan aliran darah sehingga berlakunya keadaan hipoksia. Hipoksia yang berlanjutan dalam salur darah yang membekalkan tisu saraf akan menyebabkan berlakunya iskemia saraf.

Iskemia saraf ini akan menyebabkan kerosakan dan kematian saraf yang progresif pada segmen proksimal dan juga distal, sekali gus mengurangkan ketumpatan saraf dalam kulit (intra-epidermal nerve).

Hipoksia saraf, khususnya saraf deria (sensory nerve) akan mengganggu kestabilan elektrikal saraf-saraf tersebut dan juga fungsinya.

Ini akhirnya akan menyebabkan gangguan deria seperti rasa tajam, sesemut dan rasa kebas di tangan dan kaki.

Jika anda telah mengalami rasa kebas anggota periferi badan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Jika anda disahkan menghidap kencing manis, rawatan dapat dimulakan bagi mencegah komplikasi lanjutan yang tidak diingini seperti strok dan serangan jantung.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. What Is Diabetic Neuropathy? | NIDDK [Internet]. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. [cited 2019 Jul 28]. Available from: https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/nerve-damage-diabetic-neuropathies/what-is-diabetic-neuropathy
  2. Aumiller WD, Dollahite HA. Pathogenesis and management of diabetic foot ulcers. Journal of the American Academy of PAs. 2015 May;28(5):28.
  3. Boulton AJM, Malik RA, Arezzo JC, Sosenko JM. Diabetic Somatic Neuropathies. Diabetes Care. 2004 Jun 1;27(6):1458–86.
  4. Thomas PK. Diabetic neuropathy: mechanisms and future treatment options. Journal of Neurology, Neurosurgery & Psychiatry. 1999 Sep 1;67(3):277–9.
  5. Schreiber AK, Nones CF, Reis RC, Chichorro JG, Cunha JM. Diabetic neuropathic pain: Physiopathology and treatment. World J Diabetes. 2015 Apr 15;6(3):432–44.
  6. Mishra SC, Chhatbar KC, Kashikar A, Mehndiratta A. Diabetic foot. BMJ. 2017 Nov 16;359:j5064.
  7. Singh VP, Bali A, Singh N, Jaggi AS. Advanced Glycation End Products and Diabetic Complications. Korean J Physiol Pharmacol. 2014 Feb;18(1):1–14.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak pada 20/11/2019
x