Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/08/2020

    Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu mengandung penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?

    Vitamin ibu mengandung

    Jika anda sedang hamil atau mencuba untuk mengandung, kemungkinan anda mungkin sudah atau sedang mempertimbangkan untuk mengambil vitamin ibu mengandung.

    Umumnya, vitamin untuk wanita mengandung atau vitamin pranatal dianggap sebagai makanan tambahan.

    Vitamin ini diformulasi khas untuk membantu wanita hamil mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong tubuhnya dan bayi yang sedang membesar.

    Walau bagaimanapun, terdapat salah faham mengenai vitamin ini yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi kepercayaan kebanyakan individu.

    Sudah tiba masanya untuk kita bongkar tentang mitos yang salah ini!

    Mitos vs fakta vitamin ibu mengandung

    Berikut adalah 8 mitos tentang vitamin pranatal dan fakta yang perlu anda tahu:

    Mitos #1 – Hanya ambil vitamin pranatal ketika mengandung

    Anda disarankan untuk mengambil vitamin setiap hari walaupun sebelum hamil, sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa menyusukan bayi.

    Kebanyakan fasa tumbesaran utama berlaku pada minggu-minggu pertama kehamilan, malahan pada ketika anda belum menyedari yang anda berbadan dua.

    Bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula, manfaat vitamin yang dimakan disalurkan melalui susu akan dapat menyokong tumbesaran bayi .

    Mitos #2 – Semua vitamin pranatal adalah sama

    Walaupun variasinya sedikit, namun setiap jenama vitamin ibu mengandung mungkin mengandungi vitamin dan dos yang berbeza.

    Sesetengah vitamin mengandungi nutrien tambahan sementara ada yang lain dihasilkan untuk wanita yang memerlukan zat besi, asid folik, kalsium atau sebarang nutrien lain.

    Pastikan anda sentiasa membaca label dan memilih vitamin mengikut keperluan pemakanan.

    Mitos #3 – Multivitamin mengandungi semua keperluan

    Anda mungkin memerlukan makanan tambahan sebelum, semasa dan selepas mengandung.

    Bagi wanita hamil yang menjangkakan kelahiran bayi kembar atau lebih, anda mungkin memerlukan lebih banyak vitamin B12.

    Wanita dengan masalah anemia, mungkin memerlukan suplemen zat besi.

    Semasa menyusu badan, bayi mungkin kekurangan vitamin D, jadi berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang pengambilan sebarang makanan tambahan.

    wanita hamil

    Mitos #4 – Vitamin menjadikan anda lebih sihat dan kuat

    Mengambil vitamin pranatal boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan sakit jika tidak kena caranya. Keadaan seperti mual dan sembelit antara kesan sampingan yang boleh berlaku.

    Untuk mengelakkan mual, pastikan anda memakan suplemen bersama makanan atau sebelum tidur, minum air dengan cukup dan bersenam.

    Jika berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang simptom dan cubalah jenama lain.

    Mitos #5 – Makan vitamin tidak perlu risau akan diet pemakanan

    Anda harus tahu, kebanyakan vitamin ibu mengandung tidak merangkumi 100% keperluan nutrien dan vitamin.

    Terdapat sesetengah vitamin hanya dapat diserap ke dalam badan melalui makanan.

    Pengambilan makanan berkhasiat membantu wanita hamil untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi menyokong perkembangan bayi.

    Mitos #6 – Wajib mengambil vitamin ibu mengandung

    Kebanyakan doktor akan mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil suplemen tambahan yang dirumus khas untuk kehamilan.

    Terdapat juga multivitamin yang baik dan selamat untuk dimakan sewaktu mengandung.

    Mitos #7 – Tidak perlu vitamin pranatal jika makan dengan seimbang

    Setiap individu mempunyai jurang pemakanan dalam diet harian. Maka vitamin pranatal dapat mengisi jurang tersebut.

    Seorang wanita mengandung memerlukan banyak khasiat tambahan seperti kalsium, kolin, zat besi, DHA/EPA, folat, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain.

    Tanpa khasiat yang mencukupi, anda dan bayi akan terdedah kepada komplikasi sebelum dan selepas kehamilan, seperti:

    vitamin-untuk-ibu-mengandung

    Anda tidak dapat mencegah apa yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengutamakan pengambilan nutrien penting.

    Mitos #8 – Vitamin pranatal hanya untuk wanita hamil yang kurang vitamin

    Kebanyakan multivitamin dihasilkan untuk memberikan ibu yang sedang mengandung mineral dan makanan tambahan.

    Ia untuk membantu menjaga kesihatan ibu dan mendorong perkembangan janin agar lebih sihat.

    Kebanyakan pakar akan menyarankan wanita yang merancang kehamilan untuk mengambil vitamin untuk ibu mengandung sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan.

    Jika ada yang tidak kena, segera berjumpa pakar

    Ada wanita hamil berasakan vitamin pranatal yang dimakan menyebabkan ketidakselesaan perut.

    Masalah ini boleh diatasi jika anda mengambil vitamin ibu mengandung selepas makan atau semasa makan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita mabuk pagi.

    Jika tidak berkesan, mungkin anda perlu mencuba vitamin jenama lain.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan tentang vitamin pranatal yang anda ambil, bawa botol vitamin tersebut semasa pemeriksaan pranatal untuk menentukan sama ada ia sesuai atau tidak.

     

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/08/2020

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan