Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa di sini yang suka makan kacang? Kami ada berita gembira buat anda! Tapi sebelum itu, jom kita semak bagaimana berita gembira yang ingin kami kongsikan ini berguna untuk kesihatan anda.

Jika anda seorang yang suka bersenam, makanan sebelum mula bersenam merupakan perkara yang amat penting. Cuba bayangkan sebuah kenderaan. Jika ia ingin bergerak jauh, anda perlulah mengisi minyak dengan penuh. Jika tidak, kereta tersebut mungkin tidak mampu untuk sampai ke tempat yang dituju. Begitulah juga dengan manusia.

Makan sebelum bersenam penting supaya anda mempunyai bekalan tenaga yang cukup untuk meneruskan senaman yang dilakukan. 

Jangan sesekali abaikan kepentingan makan sebelum bersenam, lebih-lebih lagi mereka yang suka bersenam pada waktu pagi atau sebelum makan tengah hari.

Disebabkan tidak mengalas perut sebelum bersenam, risiko untuk anda mengalami kecederaan akan jadi semakin tinggi.

Oleh sebab itu, cuba sediakan snek ringan untuk dimakan. Paling baik jika anda boleh makan sesuatu yang mengandungi protein, lemak dan juga karbohidrat yang mencukupi.

Tidak ada kudapan yang lebih baik dan sihat untuk anda melainkan kekacang! Mungkin ramai yang tidak setuju kerana kacang mengandungi banyak kalori. Namun, makanan yang bersaiz kecil ini mampu membekalkan tenaga yang cukup supaya anda kekal cergas sewaktu bersenam.

Tambah lagi, kacang merupakan snek yang amat mudah untuk disediakan. Cuma masukkan dalam bekas makanan dan siap! Kacang juga sedap dimakan bersama buah-buahan, sayur-sayuran, makanan berasaskan susu dan juga daging. 

Pendek kata, kacang boleh dimakan dengan apa juga jenis makanan dan mengandungi banyak manfaat dalam setiap gigitan.

Kini, anda tidak perlu bangun awal dan bersusah payah untuk menyediakan kudapan atau makanan sihat sebelum bersenam. Bungkus sahaja satu pek kekacang sebelum ke gim. Mudah, berkhasiat dan menyelerakan!

Lebih bertenaga untuk bersenam di gim

kudapan sihat

Kacang sebenarnya bagus untuk dijadikan kudapan sihat buat mereka yang suka bersenam di gim. Kacang walnut misalnya, boleh membuatkan anda mudah kenyang dan lebih bertenaga ketika melakukan senaman.

Selain itu, kacang walnut juga kaya dengan lemak baik seperti omega-3 yang akan membuatkan anda lebih kuat dan mampu melakukan senaman aerobik dengan lebih lama. Tambah lagi, asid lemak omega 3 mempunyai sifat anti radang yang boleh mencegah sebarang masalah sendi selepas melakukan senaman.

Selain walnut, anda juga boleh cuba kacang hazel yang kaya dengan kalsium, potasium dan juga magnesium. Semua elektrolit ini boleh membantu merendahkan risiko kejang dalam kalangan mereka yang gemar bersukan.

Kekacang secara amnya pula mengandungi pelbagai jenis vitamin, terutamanya yang tergolong dalam kumpulan vitamin B.

Vitamin B amat berguna untuk membantu anda melawan keletihan dan stres yang disebabkan oleh aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga bagus untuk penghadaman anda.

Tapi, adakah selamat jika anda makan kacang setiap hari? Jawapannya ialah ya. Kekacang amat baik untuk dimakan setiap hari.

Selain itu, jika anda merupakan seorang vegetarian, anda boleh mendapat pelbagai jenis kebaikan dari segi kesihatan jika kekacang ditambah ke dalam diet harian.

Makan kacang baik untuk jantung anda

makan kacang

Menurut kajian, kekacang amat baik untuk kesihatan anda. Mereka yang mempunyai sakit jantung boleh mengurangkan risiko penyakit tersebut dengan mengamalkan diet yang mengandungi kekacang.

Kacang mempunyai banyak kebaikannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  • Merendahkan kolesterol LDL yang menjadi punca utama pembentukan plak pada kawasan arteri
  • Membuatkan arteri lebih sihat
  • Mengurangkan kadar inflamasi yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko darah beku

Malah, kacang mengandungi lebih daripada 30 vitamin dan mineral yang penting untuk badan. Ia juga merupakan sumber serat dan lemak yang baik.

Jika anda ingin menambah kekacang dalam diet harian anda, American Heart Association mencadangkan agar anda mengambil 4 hidangan kacang setiap minggu.

Namun, bukan semua kacang yang dijual itu berkhasiat. Pilih kacang yang tidak mempunyai sebarang garam dan yang digoreng secara kering dan bukan menggunakan minyak.

Salah satu cara untuk pastikan kacang yang anda beli itu berkhasiat dan baik untuk kesihatan ialah dengan beli kacang mentah dan goreng sendiri di rumah.

Sama jugalah dengan kacang yang bersalut coklat. Jika anda makan kekacang jenis ini, kebaikannya kacang akan menjadi sia-sia disebabkan jumlah gula yang hadir bersamanya.

Bila saya patut makan snek?

makan kacang

Masa yang paling ideal untuk makan ialah 30 minit hingga 3 jam sebelum bersenam. Kalau boleh, elakkan daripada bersenam sejurus selepas makan.

Pada waktu ini, perut anda mungkin tidak habis lagi mencerna makanan dalam perut anda. Akibatnya, anda mungkin akan rasa loya dan alami kejang perut.

Amalkan makan makanan yang rendah lemak, rendah serat dan tinggi karbohidrat sebelum bersenam. Contohnya, anda boleh makan kekacang bersama yogurt, buah-buahan ataupun roti.

Ingat ya, jika anda tidak makan sebelum atau selepas bersenam, badan anda akan jadi letih. Kadar gula dalam darah juga akan turun dengan mendadak.

Selain itu, jangan lupa untuk minum air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

wanita mengandung

Bolehkah Makan Kacang semasa Mengandung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 02/04/2019 . 2 minit bacaan
What Should I Eat before Working Out Healthy Living Fitness Nutrition

Apa yang Patut Dimakan Sebelum Bersenam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 30/04/2018 . 2 minit bacaan