Polycystic ovary syndrome (PCOS)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu Polycystic ovary syndrome (PCOS)?

Polycystic ovary syndrome (PCOS) ialah kecelaruan hormon. Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai banyak sista di dalam ovari mereka. Sista-sista ini dipenuhi dengan cecair dan telur yang belum matang. Jika anda mempunyai keadaan ini, ovari anda akan membesar.

PCOS boleh menyebabkan masalah kepada kitaran haid, kesuburan, fungsi jantung dan paras rupa. Anda mungkin akan mengalami haid yang berlebihan dan bulu roma yang banyak. Ini kerana kecelaruan ini menyebabkan badan anda menghasilkan hormon lelaki lebih berbanding hormon wanita.

Apakah kebarangkalian Polycystic ovary syndrome (PCOS)?

Keadaan kesihatan ini adalah lazim berlaku. Ia menjejaskan di antara 1 dalam 10 dan 1 dalam 20 wanita dalam usia boleh melahirkan anak. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom Polycystic ovary syndrome (PCOS)?

Simptom yang paling biasa dijumpai pada penyakit ini adalah:

  • Jerawat
  • Berat badan bertambah dan susah untuk turun
  • Bulu roma yang banyak di muka dan badan. Wanita tersebut mempunyai bulu yang lebat dan tebal di muka dan bulu di dada, perut dan belakang
  • Suara parau
  • Rambut kepala menipis
  • Kitaran haid tidak menentu
  • Ketidaksuburan
  • Kemurungan

Ketidak seimbangan hormon dalam PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain, seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca berlakunya Polycystic ovary syndrome (PCOS)?

Masih tidak terdapat punca yang sahih berkenaan polycystic ovary sindrom. Walaupun begitu, terdapat teori yang berpendapat genetik memainkan peranan penting dalam PCOS, sebagai mana kebanyakan wanita yang mempunyai ibu atau saudara perempuan yang mengalami keadaan ini juga akan mempunyai PCOS.

Radang gred rendah juga dikaitkan dengan stimulating polycystic ovaries yang menghasilkan androgen. Insulin berlebihan juga menjejaskan ovari dengan meningkatkan penghasilan androgen, yang mana mengganggu kebolehan ovari untuk bertelur.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap Polycystic ovary syndrome (PCOS)?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap penyakit ini, seperti:

  • Anda berisiko tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai keadaan yang sama
  • Anda mempunyai keadaan kesihatan yang menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Polycystic ovary syndrome (PCOS) didiagnosis?

Tiada ujian yang boleh meramal polycystic ovary sindrom. Kebanyakan kes didiagnosis apabila wanita datang untuk bertanya masalah yang berlaku. Doktor anda akan bertanya tentang simptom yang dialami anda dan sejarah keluarga yang berkaitan keadaan kesihatan, atau jika anda menjalani sebarang rawatan.

Untuk mendapat kepastian diagnosis, doktor anda akan menjalankan beberapa ujian:

  • Ujian darah: menyukat paras hormon secara umum
  • Ujian thyroid: memeriksa tahap aktiviti hormon thyroid
  • Ujian glucose: menunjukkan ketahanan insulin
  • Ujian paras lipid: PCOS akan menjadikan tahap kolestrol dan triglycerides tidak normal

Ujian pengimejan (CT-skan, ultrasonografi) mungkin diperlukan untuk memeriksa saiz ovari anda. Jika doktor anda mengesyaki sebarang ketumbuhan, laparoskopi pelvik akan menunjukkan keadaan ketumbuhan tersebut. Biopsi mungkin dijalankan untuk mengesan sel kanser.

Bagaimanakah Polycystic ovary syndrome (PCOS) dirawat?

Rawatan adalah bertujuan untuk mengawal simptom dan mencegah sebarang ketumbuhan pada ovari. Bergantung kepada simptom, rawatan anda mungkin berbeza.

  • Untuk mengawal kitaran haid, anda memerlukan pil perancang – pil ini mengandungi estrogen dan progestin. Jika anda cuba untuk mengandung, anda mungkin memerlukan ubat yang lain
  • Kepada sesetengah wanita, pembedahan adalah disyorkan untuk menggalakkan proses ovulasi dan mengurangkan paras hormon lelaki. Pembedahan ini dikenali sebagai ovarian drilling, yang mana doktor anda akan menebuk ovari anda menjadi lubang-lubang kecil. Meskipun begitu, rawatan ini hanya untuk sementara
  • Untuk merawat jerawat dan bulu yang tumbuh, anda akan diberikan anti-androgen untuk mengawal paras hormon lelaki
  • Untuk menyeimbangkan paras gula dan insulin, ubat kencing manis adalah diperlukan

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani Polycystic ovary syndrome (PCOS)?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu anda menangani Polycystic ovary syndrome (PCOS):

  • Menjaga berat badan dengan makan diet yang kurang karbohidrat yang telah ditapis
  • Bersenam juga membantu mengawal insulin
  • Jika anda merokok, sila berhenti

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut