backup og meta

Benarkah Pil Perancang Beri Kesan Pada Fasa Menopaus? Wanita Wajib Baca!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/02/2023

    Benarkah Pil Perancang Beri Kesan Pada Fasa Menopaus? Wanita Wajib Baca!

    Menopaus adalah waktu yang sukar dan membingungkan bagi wanita yang menginjak masuk usia tua. Namun, bagaimana pula mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

    Para wanita daripada semua peringkat usia menggunakan alat kawalan kelahiran hormon, termasuk mereka yang berada dalam usia perimenopause.

    Walau bagaimanapun, penggunaan kontraseptif seperti pil pencegah kehamilan dapat mengelirukan terutamanya bagi mereka yang menuju ke fasa menopaus.

    Bagi mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Adakah pil pencegah kehamilan mempengaruhi simptom menopaus?

    Menopaus berlaku kerana penurunan kadar estrogen dan progesteron, yang merupakan 2 hormon bertanggungjawab untuk kitaran haid seseorang wanita.

    Hormon ini jugalah yang membantu menyokong kehamilan yang sedang berkembang.

    Bagi alat kawalan kelahiran hormon seperti pil pencegah kehamilan, ia mengandungi bentuk sintetik satu atau kedua-dua hormon ini.

    Mengambil pil hormon ini dapat mengelakkan tubuh daripada menyedari akan penurunan semula jadi estrogen dan progesteron yang berlaku semasa menopaus.

    Akibatnya, gejala yang biasanya dialami seseorang wanita semasa perimenopause mungkin tidak begitu jelas atau ketara jika mereka mengambil pil tersebut.

    Salah satu gejala menopaus adalah haid tidak teratur, yang sangat biasa berlaku pada peringkat usia ini.

    pil pencegah kehamilan

    Adakah saya masih akan mengalami gejala biasa?

    Hormon dalam kombinasi pil pencegah kehamilan akan membantu mengatur kitaran haid dan hormon, yang akan mengelirukan banyak gejala menopaus.

    Namun, ada kemungkinan pil tersebut akan menyebabkan kesan sampingan yang sangat serupa dengan gejala turun naik hormon.

    Ini termasuklah:

    Adakah pil perancang menjadi penyebab simptomnya?

    Bagi mereka yang mengamalkan pil perancang, agak sukar untuk mengenal pasti sama ada gejala tersebut kesan sampingan hormon sintetik, atau kerana turun naik hormon semula jadi badan.

    Salah satu cara untuk memastikannya adalah berhenti mengambil pil perancang kehamilan untuk membolehkan kitaran semula jadi tubuh kembali.

    Hormon semula jadi memerlukan sedikit masa untuk kitaran haid biasa bermula semula.

    Sekiranya simptom berlanjutan apabila seseorang berhenti mengambil pil pencegah kehamilan, kemungkinan mereka akan mengalami gejala perimenopause.

    pil pencegah kehamilan

    Cara menentukan sama ada anda telah mencapai menopaus

    Rata-rata wanita akan mengalami menopaus sekitar usia 51 tahun, tetapi perimenopause boleh bermula pada awal 40-an atau lebih awal.

    Anda mungkin mengesyaki bahawa badan anda berubah kerana penurunan ketegangan payudara atau metabolisme semakin perlahan, tetapi doktor anda tidak akan dapat memberitahu jawapan yang pasti.

    Namun, tidak ada ujian untuk menentukan sama ada anda menghampiri usia menopaus, jadi penting untuk sentiasa memerhatikan perubahan pada tubuh badan.

    Sekiranya anda memutuskan untuk berhenti pengambilan pil perancang kehamilan, hormon semula jadi anda boleh mengambil masa antara 4 minggu sehingga beberapa bulan untuk kembali normal.

    Sekiranya ternyata anda sudah mencapai menopaus, haid anda mungkin tidak akan kembali sama sekali.

    Fahami fasa menopaus

    Semasa anda menghampiri fasa menopaus, haid anda akan menjadi sporadic dan haid anda mungkin melangkau 1 atau 2 bulan sebelum kembali.

    Setelah anda telah menghabiskan tempoh masa setahun tanpa haid, anda akan mencapai menopaus.

    Sebagai tambahan kepada masalah haid yang tidak menentu, anda mungkin mengalami:

    • Keletihan
    • Berpeluh pada waktu malam
    • Insomnia
    • Perubahan emosi
    • Perubahan libido
    • Kekeringan faraj

    pil pencegah kehamilan

    Kekurangan estrogen juga meningkatkan risiko anda terhadap kondisi kesihatan yang tertentu, seperti masalah kegemukan, penyakit jantung, dan osteoporosis.

    Justeru, dinasihatkan anda berbincang dengan doktor mengenai kondisi ini serta berkongsi mengenai sebarang sejarah keluarga yang berkaitan tekanan darah tinggi atau sejarah kanser.

    Selain itu, mengikuti pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi lebih lanjut, serta membantu dengan pengurusan simptom-simptomnya.

    Sekiranya gejala yang berkaitan dengan menopaus anda bertambah teruk, doktor mungkin mencadangkan rawatan yang mampu untuk membantu meningkatkan kualiti hidup anda.

    Apakah pilihan rawatan yang ada?

    Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meredakan gejala-gejala menopaus sekali gus mampu mengelakkan sebarang keburukan pil pencegah kehamilan.

    Sebagai contoh, anda mungkin ingin mencuba rawatan di rumah seperti mengurangkan pengambilan minuman berkafein, menurunkan suhu di rumah, atau tidur di atas material yang sejuk.

    Di samping itu, cuba makan makanan yang lebih sihat, mengambil makanan tambahan, dan bersenam secara teratur- ini juga dapat mempengaruhi emosi anda.

    Sekiranya gejala anda semakin teruk, doktor mungkin akan memberikan anda ubat terapi penggantian hormon, pil atau ubat antidepresan dos rendah untuk membantu mengimbangkan semula tahap hormon anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan