Kitaran haid adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan period tak teratur atau kitaran haid tidak normal? Paling penting, adakah ia boleh memberi kesan kepada kehamilan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kitaran haid adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan period tak teratur atau kitaran haid tidak normal? Paling penting, adakah ia boleh memberi kesan kepada kehamilan?
Haid melibatkan endometrium yang merupakan lapisan uterus, disingkirkan. Penyingkiran ini akan membuatkan pendarahan dari rahim keluar melalui faraj 1 . Haid biasanya bermula semasa usia akil baligh bagi seseorang anak gadis, di antara umur 8 sehingga 16 tahun dan ia akan berterusan sehingga individu itu mengalami menopaus, pada usia antara 51 tahun 1 .
Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga ke kitaran haid seterusnya) yang normal bagi seseorang individu kebiasaannya adalah selama 28 hari 1 . Namun, ia berbeza bagi setiap individu.
Maka adalah normal untuk anda mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. Kitaran yang tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya tidak menentu 2 .
Haid yang tidak teratur turut dikenali sebagai oligomenorrhea – apabila jumlah bilangan haid yang dialami kurang dari 4 hingga 9 kali setahun 2 . Ia boleh berlaku jika anda mengamalkan kaedah kontrasepsi, ketidakseimbangan hormon, perubahan hormon ketika dalam proses menopaus dan mengamalkan senaman ketahanan.
Kitaran period tak teratur juga didefinasikan apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan 2 .
Sebilangan besar wanita akan mengalami senggugut ketika haid atau dalam istilah perubatannya dysmenorrhoea 8. Selalunya kesakitan yang dialami adalah berskala ringan. Pun begitu bagi 1 daripada 10 wanita, mereka mengalami senggugut teruk sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian 8.
Jika senggugut tersebut menjadi lebih teruk sehingga mengganggu aktiviti biasa anda, berjumpalah dengan doktor. Antara rawatan yang boleh mungkin membantu mengurangkan kesakitan senggugut ketika period tak teratur adalah seperti:
Walau bagaimanapun, anda amatlah digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor atau ahli farmasi anda sebelum mencuba sebarang rawatan yang mungkin membantu mengurangkan kesakitan senggugut ketika period tak teratur kerana puncanya itu boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Baca penerangan lanjut kami seperti di bawah. Paling penting, jangan merana dalam diam.
Simptom utama haid tidak teratur seperti yang disebut di atas adalah apabila kitaran menjadi lebih panjang daripada 35 hari atau tidak menentu dan kerap berubah.
Jika darah haid yang keluar terlalu banyak atau berkurangan, ia juga antara simptomnya, selain dari tempoh kedatangan haid yang berbeza-beza setiap kali haid tiba 2 .
Antara simptom period tak teratur yang lain adalah 3 .
Berikut antara penyebab mengapa kitaran haid menjadi tidak teratur 3 ,4 ,5 ,6:
Bergantung kepada punca terjadinya haid tidak teratur itu, anda mungkin tidak perlu mendapatkan nasihat perubatan jika sentiasa mempunyai kitaran haid tidak normal atau baru sahaja mengalami akil baligh.
Bagi period tak teratur yang disebabkan oleh PCOS, melakukan perubahan gaya hidup terbukti menjadi pendekatan paling berkesan. Gaya hidup yang sihat merangkumi 9 :
Walau bagaimanapun, sekiranya kitaran haid masih tidak teratur, disertai dengan kesakitan senggugut yang masih tidak berkurangan, dapatkan rujukan doktor untuk mengenalpasti punca kitaran haid tidak teratur, dan kebenaran untuk pengambilan ubat-ubatan tertentu yang mungkin dapat mengatasi masalah senggugut yang terjadi.
Doktor kebiasaannya akan mempreskripsi ubat tahan sakit atau ubat antiradang nonsteroid (NSAID) untuk mengendali sakit senggugut8 .
Akan tetapi, dapatkan nasihat doktor juga sekiranya:
Anda mungkin sukar untuk hamil jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana kemungkinan untuk tidak mengalami ovulasi secara sempurna. Akan tetapi usah risau, mengadakan hubungan kelamin setiap 2 atau 3 hari boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan 5 .
Anda tidak perlu menyasarkan tingkap kesuburan kerana ovulasi anda tidak teratur. Anda mungkin memerlukan rawatan hormon atau rawatan kesuburan jika sukar untuk hamil secara semula jadi 5 .
Jika tekanan merupakan antara penyebab anda mengalami gangguan kitaran tidak teratur, anda harus cuba mempelajari teknik pengurusan tekanan seperti meditasi atau yoga 7 .
Cuba untuk tidak bersenam secara berlebihan dan jangan terlalu mengawal pengambilan diet pemakanan secara keterlaluan 7 , kerana ia turut boleh mengganggu kitaran haid anda.
Jika anda mengambil sebarang pil kontraseptif, pastikan anda mengikut arahan perubatan yang diberikan 7 . Paling penting, pastikan anda mengawal dan memberikan perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Jika simptom kitaran haid tidak normal anda menjejaskan aktiviti harian, sila dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Semoga perkongsian ini berguna!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen