backup og meta

Rupanya Punca Penyakit Wanita PCOS Adalah Faktor Keturunan? Betul Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/02/2023

    Rupanya Punca Penyakit Wanita PCOS Adalah Faktor Keturunan? Betul Ke?

    Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah kondisi yang menjadi punca ovari bengkak, apa maksudnya tu?

    PCOS terjadi apabila ovari menghasilkan jumlah hormon androgen (hormon lelaki) secara berlebihan dan tidak normal.

    Sindrom yang telah menjadi punca ovari bengkak ini turut dikatakan penyebab kewujudan sista kecil (kantung berisi cecair) yang terbentuk pada ovari.

    Bagaimana kondisi ini boleh berlaku? Jom ikuti kupasan ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini

    PCOS atau punca ovari bengkak, apa penyebabnya?

    rambut gugur

    Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk  pembaca fahami  bahawa PCOS berupaya mengganggu kitaran haid dan menjadikan pesakit alami kesulitan untuk mengandung.

    Kewujudan ‘hormon lelaki’ pada tahap tinggi juga membawa kepada gejala yang tidak diingini seperti:

    1. Pertumbuhan bulu di wajah atau badan (hirustisme).
    2. Kulit menggelap.
    3. Pembentukan jerawat.
    4. Keguguran rambut/menipis.
    5. Kegemukan.
    6. Rasa lesu.
    7. Sukar tidur.

    Sebenarnya, punca PCOS juga masih belum dapat dirungkai hingga ke hari ini, tetapi ia dianggap berkaitan dengan tahap hormon yang tidak normal.

    #1 Rintangan terhadap insulin

    Kira-kira 85% daripada penghidap PCOS mempunyai masalah rintangan insulin. Apa maksudnya?

    Sekiranya anda mempunyai isu rintangan insulin, sel-sel badan tidak lagi bertindak balas secara normal terhadap insulin, dan sebaliknya menyekat kemasukan glukosa ke dalam sel.

    Ini bermakna, badan anda tidak menggunakan insulin yang ada dengan berkesan untuk bantu menjaga tahap glukosa dengan stabil.

    Dek kerana insulin yang tidak lagi dapat berfungsi dengan optimum, tubuh akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin secara berlebihan.

    Tahap insulin yang lebih tinggi pula meningkatkan pengeluaran androgen, seperti testosteron, di ovari.

    Rintangan insulin sebahagiannya, disebabkan oleh faktor gaya hidup tidak aktif, termasuk berat badan berlebihan atau diet tak sihat.

    Tetapi, masalah ini juga boleh disebabkan oleh faktor genetik dan terjadi kepada wanita tanpa mengambil kira berat badan.

    #2 Ketidakseimbangan hormon

    Kebanyakan pesakit PCOS didapati mengalami ketidakseimbangan hormon tertentu, termasuk:

    • Kenaikan tahap hormon testosteron: Hormon yang sering dianggap sebagai ‘hormon lelaki’ ini sememangnya sudah pun dimiliki oleh para wanita dalam jumlah kecil
    • Peningkatan kadar hormon luteinising (LH): Hormon ini bertindak dengan merangsang ovulasi, tetapi proses ovulasi bakal terjejas jika hormon LH berada pada tahap yang terlalu tinggi
    • Tahap sex hormone binding globulin (SHBG): Sejenis protein dalam darah yang mengikat testosteron dan mengurangkan kesannya
    • Kenaikan kadar prolaktin (hanya menimpa beberapa pesakit PCOS): Hormon yang merangsang kelenjar payudara untuk menghasilkan susu saat kehamilan

    Ingin penulis tekankan, punca disebalik perubahan hormon ini masih tidak diketahui.

    Masalah ini disyaki bermula pada ovari pesakit itu sendiri, di kelenjar lain yang menghasilkan hormon ini, atau pada bahagian otak yang mengawal pengeluarannya.

    Di samping itu, punca ovari bengkak itu mungkin disebabkan oleh rintangan terhadap insulin.

    Baca juga:

    #3 Genetik

    Antara kemungkinan punca ovari bengkak lain, sebahagiannya mungkin berfaktorkan genetik, kerana sindrom ini bersifat boleh diwarisi.

    Dalam kajian yang dilakukan oleh University of Alabama di Birmingham, para penyelidik mendapati, 24% wanita dengan sindrom ovari polisistik mempunyai ibu dengan penyakit PCOS dan 32% pula mempunyai saudara perempuan dengan kondisi tersebut.

    Sebilangan besar pakar juga percaya, PCOS berpunca daripada masalah kecacatan genetik, ia sering kali digabungkan dengan faktor persekitaran.

    Kecacatan genetik juga boleh mengakibatkan fungsi hormon yang tidak normal:

    • Pituitari yang mengatur ovulasi (LH dan FSH)
    • Dalam perkembangan folikel yang tidak normal
    • Dalam peningkatan pengeluaran hormon lelaki (androgen)
    • Dalam rintangan terhadap insulin serta pengeluaran insulin berlebihan

    Kesemua perkara ini menghalang ovari daripada berfungsi dengan normal.

    Disebabkan kes pesakit PCOS kebanyakannya datang daripada gangguan genetik, maka risiko sindrom ini berlaku dalam kalangan ahli keluarga adalah tinggi!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan