Sista, berfizikal seakan kapsul tertutup atau berstruktur seperti kantung. Isi kandungannya dipenuhi dengan cecair, separa pepejal, atau bahan bergas seakan lepuh. Ia juga hadir dalam pelbagai bentuk dan jenis cyst!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group
Sista, berfizikal seakan kapsul tertutup atau berstruktur seperti kantung. Isi kandungannya dipenuhi dengan cecair, separa pepejal, atau bahan bergas seakan lepuh. Ia juga hadir dalam pelbagai bentuk dan jenis cyst!
Ukurannya juga bervariasi daripada mikroskopik hingga sangat besar, mengikut jenis cyst. Bahkan, sista yang terlalu besar boleh menggantikan organ dalaman!
Pun begitu, majoritinya bersifat bukan barah (benign), tapi sesetengah sista juga boleh menjadi barah atau prakanser!
Sekiranya kantung dipenuhi nanah, ia menjadi indikasi sista telah dijangkiti dan akan berubah menjadi abses.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Cyst kerap terbentuk dan boleh berlaku di mana sahaja kawasan badan. Mereka sering kali disebabkan oleh jangkitan, kelenjar sebum yang tersumbat, atau tindikan.
Beberapa penyebab utama sista merangkumi:
Dalam kebanyakan kes, sista jarang sekali mengakibatkan kesakitan kecuali jika pecah, dijangkiti, atau meradang.
Tanda dan simptomnya adalah berbeza-beza bergantung pada jenis sista itu sendiri.
Biasanya, pesakit akan mula sedar dengan kehadiran benjolan yang tidak normal, terutamanya apabila ia terbentuk di bawah kulit.
Bagi sista yang terletak di bahagian dalaman pula, seperti di buah pinggang atau hati, mungkin tidak menyebabkan simptom sama sekali.
Kewujudan mereka akan kekal misteri sehingga pesakit menjalani imbasan pencitraan seperti MRI, CT, atau ultrabunyi.
Sekiranya sista terbentuk di otak, ia boleh menyebabkan sakit kepala dan gejala lain. Sista payudara juga boleh memicu rasa sakit.
Majoriti sista di bawah didiagnosis berdasarkan rupa dan teksturnya. Kadangkala, ujian lain diperlukan untuk melakukan diagnosis.
Sista dermoid adalah pertumbuhan yang wujud semasa kelahiran.
Ia mengandungi struktur seperti rambut, cairan, gigi, atau kelenjar kulit.
Jenis cyst ini juga tumbuh dengan perlahan dan tidak menyakitkan kecuali pecah. Ia biasanya terbentuk di wajah, dalam tengkorak, belakang badan, dan di ovari.
Rawatannya mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang sista kerana ia tidak akan hilang dengan sendirinya.
Benjolan jenis cyst ini paling kerap timbul di pergelangan tangan. Ia biasanya berbentuk bulat atau bujur dan dipenuhi dengan cecair bertekstur jeli.
Sista ganglion adalah benjolan bukan kanser yang sering berlaku di sepanjang tendon atau sendi pergelangan tangan. Jenis sista ini juga boleh terbentuk di kaki dan pergelangan kaki.
Antara tanda yang boleh dikenal pasti; benjolan kecil bersaiz antara ¼ hingga 1¼ inci di tangan, lutut, atau kaki, bersifat ‘datang dan pergi’, kebanyakannya menyakitkan terutamanya bila ada pergerakan.
Sista ini juga boleh hilang sendiri, atau doktor mungkin perlu mengubatinya dengan:
Lipoma adalah ketulan berlemak yang tumbuh dengan perlahan dan paling kerap terjadi, terletak di antara kulit dan lapisan otot.
Anda boleh mengesannya dalam bentuk tunggal atau berkelompok dan biasanya bersaiz kurang dari 2 inci.
Ia juga boleh ditemui di bahu, leher, perut, dada, bahagian belakang atau tempat lain.
Jenis cyst ini mungkin tidak memerlukan rawatan. Namun, doktor mungkin akan menjalankan pembedahan sekiranya:
Juga dikenali sebagai calcifying epithelioma of Malherbe, sejenis tumor appendageal bukan kanser dengan pembezaan terhadap sel-sel matriks folikel rambut.
Jenis cyst bersifat ketulan kecil dan keras ini, mungkin dijumpai di kepala, leher, lengan atau kaki.
Doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk menyingkirkannya.
Pilomatrixoma juga biasanya tidak akan tumbuh semula pasca-pembedahan.
Ini adalah pertumbuhan kulit yang kecil, bulat, dan selalunya berwarna merah seakan berdarah.
Ini juga cenderung untuk berdarah kerana mengandungi sejumlah besar saluran darah. Turut dikenali sebagai lobular capillary hemangioma atau granuloma telangiectaticum.
Ia bagaimana pun, mungkin menghilang tanpa rawatan. Tapi, pembedahan mungkin diperlukan dalam sesetengah kes, dan ia juga boleh dirawat melalui kaedah pembekuan.
Jenis cyst ini pula cenderung berlaku di sekitar kulit wajah, leher dan torso.
Ia turut digelar epidermoid atau sista pilar yang membesar dengan perlahan dan tidak menyakitkan.
Sista sebaceous dikatakan berpunca dari folikel bulu yang tersumbat.
Antara simptomnya merangkumi:
Jika mengalami kesakitan dan bengkak, tuam dengan kompres suam untuk kelegaan.
Kalau ia tidak menghilang sendirinya, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan.
Sista adalah kantung berisi cecair bersifat abnormal yang boleh terbentuk di mana-mana tisu badan. Ia kerap terjadi dan wujud dalam pelbagai jenis!
Faktor jangkitan, ketumbuhan, parasit, dan kecederaan boleh memicu sista. Namun, majoritinya adalah benign.
Sekiranya anda bimbang dengan sista benjolan baru, segera temui doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen