Ovulasi berlaku ketika sel telur yang sudah matang dikeluarkan dari ovarium ke tiub fallopio untuk persenyawaan. Jika sesuatu mengganggu proses ini, seseorang akan mula mengalami masalah kesuburan wanita!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ovulasi berlaku ketika sel telur yang sudah matang dikeluarkan dari ovarium ke tiub fallopio untuk persenyawaan. Jika sesuatu mengganggu proses ini, seseorang akan mula mengalami masalah kesuburan wanita!
Kondisi ini ternyata menimpa golongan penghidap sindrom ovari polisistik (PCOS)!
Justeru, wujudkah jalan penyelesaian buat mereka? Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang PCOS sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan wanita dengan sindrom PCOS didapati mengalami ketidakseimbangan hormon tertentu, termasuk:
Jika mahu diikutkan, penyebab utama berlakunya perubahan hormon ini masih menjadi tanda tanya.
Ada hipotesis yang mencadangkan bahawa masalahnya mungkin bermula pada ovari itu sendiri, di kelenjar lain yang menghasilkan hormon ini, atau pada bahagian otak yang mengawal pengeluarannya.
Perubahan hormon ini juga mungkin disebabkan oleh isu rintangan terhadap insulin.
Walaupun mitos berpendapat penghidap PCOS tidak dapat hamil, ternyata kebenarannya adalah sebaliknya!
Walaupun agak sulit, namun kondisi ini masih boleh dirawat dan hampir setiap pesakit PCOS berpotensi untuk menimang cahaya mata.
Proses ovulasi wanita berlaku pada hari tertentu, selepas didatangi haid bulanan.
Sekiranya ovari wanita tidak lagi menghasilkan telur, maka pesakit akan hadapi masalah untuk hamil dan ini dipanggil kemandulan, masalah berkaitan kesuburan.
Kemandulan sangat biasa berlaku dalam kalangan pesakit sindrom PCOS.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ditekankan, penghidap masih mempunyai peluang yang sangat baik untuk hamil.
Kesabaran dan dedikasi yang tinggi mungkin diperlukan untuk memberi masa mencukupi setelah melakukan modifikasi gaya hidup untuk meningkatkan kesuburan secara semula jadi.
Dengan rawatan dan gaya hidup yang betul, PCOS dapat dikendalikan untuk jangka masa panjang dan pesakit dapat hidup tanpa gejala.
Terdapat beberapa cara yang sangat mudah diamalkan untuk mengawal haid dan memastikan rahim anda menggugurkan lapisannya secara berkala.
Sudah tentu, anda harus berbincang dengan doktor sebelum mula mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan.
Selain itu, jangan ragu-ragu untuk bertanya doktor mengenai alternatif lain, atau sebab beliau mengesyorkan rawatan yang disarankan.
Ubat kesuburan seringkali berfungsi seperti hormon semula jadi (hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH) untuk mencetuskan proses ovulasi.
Antara ubat yang dapat mengatasi masalah ovulasi termasuk:
Untuk penghidap sindrom PCOS, usah terlalu cepat menyerah kalah jika anda sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Seperti yang telah penulis kongsikan di atas, kalian masih berpeluang untuk hamil!
Masalah kesuburan wanita dengan sindrom PCOS dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang betul dan perubahan gaya hidup sihat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen