backup og meta

Ada Masalah PCOS? Cuba Ambil 5 Herba Ini Agar Hormon Seimbang!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    Ada Masalah PCOS? Cuba Ambil 5 Herba Ini Agar Hormon Seimbang!

    Sebagai wanita, terdapat pelbagai isu atau kondisi kesihatan yang perlu untuk anda beri lebih perhatian termasuk penyakit berkaitan hormon tubuh badan iaitu masalah PCOS.

    Dalam usaha untuk mengawal atau merawat penyakit berkaitan hormon ini, rawatan dan ubatan adalah sangat perlu di samping memanfaatkan alternatif seperti herba.

    Persoalannya, apakah antara herba semula jadi yang mampu buat hormon tubuh badan wanita itu lebih seimbang? Jom teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Apa itu masalah PCOS wanita?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, kita semua perlu tahu pcos atau sindrom ovari polisistik ini adalah kondisi di mana ovari wanita itu mempunyai banyak sista.

    Sista adalah sejenis ketumbuhan yang penuh dengan cecair serta telur wanita belum matang dan angkaranya, ovari akan jadi lebih besar selain jadi punca banyak masalah lain.

    Antara masalah lain yang dinyatakan itu adalah tubuh badan mungkin akan menghasilkan lebih banyak hormon lelaki berbanding hormon wanita dan menjejaskan aspek fisiologi.

    Akibatnya, wanita dengan pcos ini mungkin akan mengalami simptom yang berikut:

    • Jerawat
    • Pertambahan berat badan yang susah untuk turun
    • Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang
    • Suara garau
    • Rambut nipis
    • Kitaran haid tidak tentu
    • Ketidaksuburan
    • Kemurungan
    • Kegelisahan

    masalah pcos

    Apa punca masalah pcos wanita?

    Dianggarkan kira-kira 1 dalam 20 wanita mungkin akan mengalaminya. Disebabkan itu juga, penyakit ini wajar ditangani lebih awal dengan cara mengurangkan faktor risiko.

    Sebenarnya, masih lagi tiada punca utama yang dapat dipastikan jadi penyebab pcos melainkan penghasilan androgen serta pengambilan insulin berlebihan atau genetik.

    Genetik dipercayai adalah dalang utama dan kata teori; jika ada ahli keluarga atau saudara perempuan anda yang ada pcos, maka anda juga mungkin akan tinggi risiko.

    Begitu juga dengan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan wanita. Maka dengan itu, adalah sangat penting untuk anda kawal kadar hormon agar ia seimbang.

    Variasi herba penting untuk hormon wanita!

    Sebagai alternatif ubatan dan rawatan untuk PCOS wanita, anda boleh cuba herba berikut.

    Namun, perlu ambil perhatian bahawa keberkesanan herba-herba di bawah ini mungkin tidak terbukti secara saintifik dan memerlukan nasihat lanjut daripada pakar perubatan.

    #1. Herba Chasteberry

    Dikenali juga dengan nama vitex, herba ini telah lama digunakan untuk rawat banyak kondisi seperti sakit ketika haid, jerawat, ketidaksuburan serta masalah hormon wanita.

    Turut hadir dalam bentuk suplemen atau teh, ia akan berfungsi dengan cara menurunkan kadar prolaktin di dalam tubuh badan wanita apabila herba ini diambil secara oral.

    Kesannya, ia mungkin mampu untuk menyeimbangkan kadar hormon estrogen dan progesteron sekali gus mengurangkan risiko pcos yang kerap dialami oleh wanita.

    #2. Rawat masalah pcos dengan raspberry

    Ada satu lagi herba dari keluarga buah beri iaitu raspberi yang turut dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyeimbangkan kadar hormon di dalam tubuh badan seorang wanita.

    masalah pcos

    Herba ini juga mempunyai efek antioksidan yang tinggi serta mampu untuk merelakskan otot badan, salur darah serta mengurangkan kekejangan menstrual ketika datang haid.

    Biasa diambil ketika di hujung usia mengandung, ia turut dipercayai akan dapat menyokong proses kehamilan serta kelahiran selain mengurangkan risiko untuk penyakit pcos.

    #3. Dong Quai

    Herba yang juga dikenali dengan nama lebih popular iaitu ginseng wanita, adalah sejenis herba tradisional kaum Cina dan telah lama digunakan untuk mengatasi masalah hormon.

    Dipercayai akan dapat menyeimbangkan kadar hormon estrogen, ia bukan sahaja mampu untuk kawal simptom menopaus atau sakit ketika haid malah masalah lain seperti pcos.

    Bagi mendapatkannya, anda boleh cari dan beli herba ini di pasar raya dalam bentuk suplemen atau teh namun sila pastikan ia bukan produk palsu atau tipu terlebih dahulu.

    #4. Black Cohosh pun boleh atasi masalah pcos?

    Cohosh hitam biasa digunakan untuk rawat simptom menopaus seperti mood tidak tentu, peluh berlebihan serta kulit kemerahan akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

    masalah pcos

    Ia juga umum digunakan sebagai alternatif untuk bantu wanita dengan pcos atau sakit ketika haid ekoran herba ini adalah sangat tinggi dengan kadar phytoestrogen.

    Phytoestrogen ini mampu untuk mengekalkan kadar estrogen dengan cara menurunkan atau menaikkan ia ke paras sesuai. Namun, jangan ambil herba ini sebelum anda mendapatkan konsultasi doktor.

    #5. Fenugreek seed

    Biji dari herba fenugreek ini juga mengandungi tinggi kadar phytoestrogen yang mungkin mampu untuk menyeimbangkan tahap estrogen di dalam tubuh badan seorang wanita.

    Selain mampu untuk bantu rawat masalah pcos dalam kalangan wanita, ia juga dikatakan boleh meningkatkan tahap testosteron serta menambahkan tahap libido seorang lelaki.

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa herba-herba yang kami nyatakan ini mungkin hanya mampu membantu dan bukan merupakan kaedah terbaik untuk merawat pcos.

    Wanita yang mempunyai masalah ini disarankan untuk berjumpa doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubatan atau mencuba rawatan lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan