home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Sakit Perut Salah Satu Simptom Waktu Subur? Wanita, Jom Kenali Tanda Sebenar Ovulasi

Sakit Perut Salah Satu Simptom Waktu Subur? Wanita, Jom Kenali Tanda Sebenar Ovulasi

Pernahkah anda mengalami sakit pada abdomen ketika waktu subur? Itu mungkin tanda ovulasi sedang terjadi. Namun adakah ia perkara normal atau sesuatu yang berbahaya?

Bagaimana nak tahu tanda ovulasi sedang terjadi?

Dipercayai hampir 50% wanita akan mengalami sakit ovulasi sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Manakala lebih kurang 20% wanita pula akan mengalami rasa sakit kekejangan yang dianggap tanda ovulasi sedang terjadi pada setiap bulan.

Secara umumnya, kesakitan pada waktu subur wanita ini, adalah 1 perkara yang normal.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kesakitan yang agak teruk, ia bukan sekadar sakit disebabkan ovulasi.

Kesakitan pelvis yang kuat atau berpanjangan mungkin merupakan simptom endometriosis atau penyakit radang pelvis.

Jika rasa sakit yang dialami menghalang anda daripada melakukan hubungan seks atau menjejaskan aktiviti harian, ia adalah keadaan yang tidak normal.

Memahami keadaan normal tanda ovulasi sedang terjadi

tanda-ovulasi-sedang-terjadi

Kesakitan semasa waktu subur wanita ini dirujuk sebagai mittelschmerz. Dalam bahasa Jerman bermaksud ‘sakit tengah’ (middle pain).

Dalam kebanyakan kes yang dialami, keadaan ini tidak berbahaya dan hanya mengakibatkan ketidakselesaan untuk tempoh yang sekejap.

Anda mungkin berasakan kesakitan pada sebelah sisi perut selama beberapa minit atau beberapa jam pada jangkaan tarikh waktu subur.

Sakit disebabkan ovulasi mungkin berlaku beberapa hari sebelum atau selepas ovulasi. Ia tidak semestinya berlaku pada saat tepat telur dilepaskan daripada ovari.

Kesakitan tersebut biasanya ringan.

Namun dalam beberapa keadaan yang jarang berlaku, terdapat sesetengah wanita mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam bilik kecemasan kerana disyaki masalah apendiks.

Kebanyakan wanita yang mengalami tanda ovulasi sedang terjadi ini mengatakan rasa sakit ringan dialami untuk beberapa jam bahkan beberapa hari.

Di samping itu, ada wanita mengalami rasa sakit mendadak dan tajam yang berlaku untuk tempoh sementara sahaja.

Beza sakit ovulasi vs kekejangan implantasi

Ada wanita yang akan mengalami kekejangan semasa proses implantasi embrio berlaku. Kebiasaannya tempoh tersebut akan berlanjutan beberapa hari hingga seminggu setelah ovulasi.

Ini bermakna keadaannya tidak sama dengan sakit ovulasi yang maksimumnya memakan masa beberapa hari.

Secara mudahnya, rasa sakit atau kekejangan yang dialami oleh wanita adalah 1 keadaan nyata.

Tetapi untuk membezakan sama ada ia berlaku disebabkan implantasi embrio, waktu subur atau berpunca oleh keadaan lain, sukar untuk ditentukan.

Kenal pasti sakit ovulasi

Kesakitan ovulasi boleh berlaku daripada 2-3 minit dan berlanjutan hingga beberapa jam. Tetapi biasanya tidak akan melebihi 1 atau 2 hari.

Ia cenderung berlaku sebelum ovulasi dan rasa sakit tersebut akan terjadi pada 1 bahagian sisi bawah perut. Kesakitan yang dirasai boleh menjadi sangat sengit bagi sesetengah wanita.

Selalunya, ketika tanda ovulasi sedang terjadi, anda akan berasa sakit pada bahagian yang berbeza setiap bulan atau mungkin bahagian yang sama untuk tempoh beberapa bulan.

Keadaan tersebut adalah bergantung kepada bahagian ovari yang melepaskan telur.

Jika rasa sakit yang dialami adalah pada bahagian pelvis atau perut berbeza mungkin ia tidak mempunyai kaitan dengan kitaran haid anda.

Anda mungkin rasa mengalami masalah berkaitan pelvis atau abdomen.

Sekiranya keadaan semakin teruk, anda sangat disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor.

Simptom sakit tanda ovulasi sedang terjadi

waktu subur

Antara gejala yang berpunca daripada sakit pada waktu subur mungkin melibatkan keadaan seperti:

  • Sakit pada 1 bahagian perut bawah atau pelvis
  • Pendarahan atau keputihan ringan
  • Kes yang jarang berlaku, sakit ovulasi agak teruk
  • Berasa mual, jika sakit yang dialami kuat

Apakah punca rasa sakit itu?

Umumnya, pakar masih tidak dapat memastikan dengan tepat punca kesakitan ovulasi. Tetapi terdapat beberapa keadaan yang mungkin menjadi faktor:

  • Pertumbuhan folikel normal sebelum ovulasi meregangkan bahagian luar ovari, mengakibatkan ketidakselesaan
  • Apabila folikel pecah secara semula jadi dan melepaskan telur semasa ovulasi, ia juga akan mengeluarkan darah serta cairan yang mungkin merengsakan tisu perut sekitarnya

Lakukan pemeriksaan doktor

sakit perut

Untuk mengenalpasti sama ada ia adalah masalah apendiks atau kehamilan ektopik, pemeriksaan doktor perlu dilakukan.

Ini terutamanya jika kesakitan pada bahagian bawah perut itu berpanjangan sehingga tempoh lebih beberapa hari.

Pemeriksaan juga perlu dilakukan jika anda mengalami sakit perut disertai dengan:

Langkah berjaga-jaga

Rasa sakit disebabkan tanda ovulasi sedang terjadi adalah 1 perkara biasa dan bukanlah petanda masalah kesihatan tertentu.

Kebanyakan wanita tidak pasti tempoh waktu subur menjadikan mereka mudah terkeliru antara mittelschmerz atau masalah kesihatan yang lain.

Mengalami kekejangan perut semasa kitaran haid, mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Apatah lagi jika kesakitan tersebut tidak lama.

Tetapi jika ada keraguan, segera dapatkan pemeriksaan doktor bagi mendiagnosis keadaan sebenar anda.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 26/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung