Apa itu Kegagalan Jantung Kongestif?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Kegagalan Jantung Kongestif?

Kegagalan jantung kongestif atau CHF, adalah istilah perubatan yang digunakan untuk keadaan di mana otot jantung tidak dapat mengepam jumlah darah yang mencukupi dan mengakibatkan kesan yang berbahaya kepada seseorang.

  • Jantung tidak dapat mengepam jumlah darah yang mencukupi untuk tubuh badan.
  • Darah yang terganggu didalam jantung menyebabkan tekanan yang lebih pada dinding
    jantung.
  • Jantung terpaksa berkerja keras dan meregang untuk mengisi lebih banyak darah.
  • Buah pinggang bertindak balas dan menyebabkan tubuh badan menyimpan lebih banyak
    cecair dan garam yang membuatkan pembengkakkan pada sesetengah organ. Ini akhirnya
    mengakibatkan air berlebihan di dalam tubuh badan individu.

Kegagalan jantung kongestif berlaku di antara salah satu bahgian jantung. Biasanya, ia berlaku di bahagian kiri jantung dan boleh bergerak ke bahagian kanan jantung sekiranya tiada rawatan yang sepatutnya.

Kegagalan jantung boleh mengancam nyawa.

Apakah kebarangkalian Kegagalan Jantung Kongestif?

Kegagalan jantung boleh berlaku di semua peringkat usia, walaupun lebih sering terjadi kepada orang yang lebih berusia.

Kanak-kanak dengan kegagalan jantung sejal lahir atau konginetal, juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kegagalan jantung kongestif.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kegagalan Jantung Kongestif?

Kegagalan jantung adalah penyakit kronik, di mana ia tidak datang secara tiba-tiba. Kebiasaan simptomnya termasuk:

  • Denyutan nadi yang tidak stabil;
  • Keletihan;
  • Batuk berdarah berserta nafas yang memberat;
  • Hilang selera makan;
  • Muntah;
  • Sesak nafas;
  • Membuang air kecil secara tiba-tiba pada waktu malam;
  • Naik berat badan yang mendadak;
  • Sakit dada;
  • Bengkak pada perut, bahagian kaki dan buku lali.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor dengan kadar segera sekiranya mempunyai simptom tersebut. Simptom awal penyakit ini adalah sakit dada, sesak nafas, batuk berdarah dan pengsan. Hubungi doktor berdekatan anda jika ada tanda yang memburuk selepas rawatan atau simptom tersebut makin berlanjutan.

Punca

Apakah Punca Kegagalan Jantung Kongestif?

Penyebab kegagalan jantung kongestif adalah komplikasi pada sakit jantung yang merosakkan otot jantung. Penyakit jantung ini termasuk tekanan darah tinggi, serangan jantung, cardiomyopathy atau masalah otot dan injap jantung, jangkitan, rentak jantung yang tidak normal, anemia atau kekurangan darah merah, penyakit tirod, masalah pada paru-paru dan cecair yang berlebihan di dalam badan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kegagalan Jantung Kongestif?

Banyak faktor yang boleh membuatkan kegagalan jantung yang lebih teruk:

  • Tekanan darah tinggi;
  • Penyakit arteri koronari:penyempitan arteri boleh menghalang pembekalan darah yang tinggi oksigen ke jantung, menyebabkan otot jantung lemah.
  • Serangan jantung: Otot jantung boleh rosak sekiranya serangan jantung berlaku. Ini bermaksud jantung tidak dapat melakukan kerjanya seperti biasa.
  • Diabetes: Penyakit kencing manisboleh menyebakan risiko darah tinggi dan penyakit arteri koronari.
  • Beberapa jenis ubat diabetes:Ubat-ubatan seperti rosiglitazone (Avandia) dan pioglitazone (Actos) boleh menyebakan risiko kegagalan jantung pada sesetengah individu.Walaupun begitu, anda seharusnya tidak menghentikan pengambilan ubat yang telah ditetapkan untuk anda.Berunding dengan doktor sekiranya ada pilihan ubatan yang lain.
  • Gangguan ketika tidur: Sekiranya anda tidak dapat bernafas secara normal ketika tidur, ia akan menyebabkan pengurangan oksigen dalam darah dan meningkatkan risiko rentak jantung yang tidak normal. Kedua masalah ini menyebabkan jantung menjadi lemah;
  • Kecacatan jantung sejak lahir atau konginetal;
  • Penyakit injap jantung;
  • Jangkitan: Jangkitan yang viral menyebabkan kerosakan pada otot jantung.
  • Penggunaan alkohol berlebihan: Minum terlalu banyak minuman beralkohol menjejaskan fungsi jantung dan menyebabkan kegagalan jantung.
  • Merokok: Merokok meningkatkan risiko kegagalan jantung.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti: Individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan mempunyai kadar risiko penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi.
  • Rentak jantung yang tidak normal: rentak jantung yang tidak tetap terutama ketika rentak yang sangat cepat menyebabkan otot jantung lemah dan mengakibatkan kegagalan jantung.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kegagalan Jantung Kongestif didiagnosis?

Pemeriksaan pada badan boleh menunjukkan kelainan tersebut seperti bengkak kaki, dan masalah pada paru-paru yang mengakibatkan individu tersebut tercungap-cungap.

Untuk rawatan lanjut, doktor akan meminta anda untuk melakukan X-ray dan ia dapat dikenal pasti sekiranya anda mempunyai masalah jantung atau paru-paru. Ekokardiogram atau ujian echo menggunakan gelombang bunyi untuk melihat aktiviti pada jantung, memaparkan saiz jantung dan masalah pada otot dan injap jantung, sekiranya ada.

Bagaimana pesakit Kegagalan Jantung Kongestif dirawat?

Doktor bersama anda boleh mempertimbangkan rawatan yang berbeza bergantung kepada keseluruhan kesihatan  dan perkembangan keadaan anda.

Rawatan:

Ada beberapa jenis rawatan yang boleh digunakan utnuk merawat CHF:

  • Angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE inhibitors) merupakan kaedah pembukaan pada saluran darah yang sempit untuk meningkatkan peredaran darah. Kaedah vasodilators adalah cara lain bagi anda yang tidak boleh melakukan ACE inhibitors.
  • Beta-blockers boleh mengurangkan tekanan pada darah dan memperlahankan rentak jantung yang laju.
  • Diuretics pula mampu mengurangkan cecair berlebihan dalam badan. CHF boleh menyebabkan pengeluaran jumlah air yang melampau dalam badan dari sepatutnya.

Pembedahan:

Sekiranya rawatan tidak lagi efektif, prosedur pembedahan mungkin diperlukan. Angioplasty, adalah pembedahan untuk membuka arteri yang tersumbat, antara pilihan lain. Pakar Kardiologi anda juga boleh mempertimbangkan melakukan pembedahan pembetulan injap jantung untuk membolehkan injap tersebut tutup dan buka secara betul.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kegagalan Jantung Kongestif?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah yang lebih teruk:

  • Membuat pemeriksaan tahunan mampu mengenal pasti masalah pada peringkat awal.
  • Berhenti merokok. Merokok menyebabkan banyak masalah kesihatan, terutama penyakit jantung.
  • Pemakanan yang seimbang. Diet yang seimbang termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan, bijirin penuh, produk tenusu rendah atau tanpa lemak, dan protein tanpa lemak. Di samping itu, anda seharusnya tidak menambah terlampau banyak garam dalam masakan. Sodium boleh menyebabkan jantung bekerja lebih keras, sesak nafas dan bengkak pada kaki atau buku lain.
  • Pertimbangkan untuk medapatkan vaksin. Jika anda mempunyai keggalan jantung, anda mungkin boleh mendapatkan vaksin bagi influenza dan pneumonia. Sila rujuk dengan doktor untuk vaksin ini.
  • Mengehadkan jumlah cecair dan alkohol. Doktor juga selalu menasihatkan anda untuk menghentikan pengambilan alkohol sekiranya mempunyai kegagalan jantung kerana ia bertindak balas dengan ubatan yang anda ambil dan melemahkan otot jantung dan meningkatkan risiko kelainan pada rentak jantung.
  • Jika anda mempunyai kegagalan jantung yang teruk, doktor juga menyarankan anda untuk mengehadkan pengambilan air untuk diminum.
  • Mengurangkan tekanan atau stress. Ketika anda cemas atau kecewa, jantung akan berdegup lebih pantas, nafas akan memberat dan tekanan darah anda akan meninggi. Ini akan mengakibatkan  kegagalan jantung semakin teruk, sekiranya jantung anda memang mempunyai masalah.
  • Cari cara untuk mengurangkan tekanan dlaam hidup anda. Untuk merehatkan jantung anda,cuba dapatkan tidur seketika dan meletakkan kedudukan kaki ke tempat lebih tinggi sekiranya boleh. Meluangkan masa dan bersosial bersama keluarga dan rakan anda juga boleh membantu.
  • Dapatkan tidur yang mudah. Jika anda mengalami kesesakan nafas, terutamanya pada malam hari, tidur dengan mengalaskan bantal untuk menyokong bahagian kepala. Jika and berdengkur atau masalah tidur yang lain, pastikan anda mendapatkan rawatan untuk gangguan tidur tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.