backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Perubahan Yang Boleh Berlaku Pada Jantung Anda Apabila Usia Semakin Meningkat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/10/2022

Ini 7 Perubahan Yang Boleh Berlaku Pada Jantung Anda Apabila Usia Semakin Meningkat!

Tahukah anda, apakah ciri penyakit kardiovaskular setelah umur anda meningkat? Ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan kardiovaskular mereka juga akan berubah seiring dengan peningkatan usia. Malah, ada kalanya gejala penyakit kardiovaskular yang dialami turut diabaikan.

Kami terangkan di sini beberapa perubahan terhadap sistem kardiovaskular apabila anda semakin berusia. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Ciri penyakit kardiovaskular: Perubahan kardiovaskular seiring dengan usia

Umur adalah faktor utama yang mempengaruhi kesihatan jantung dan saluran darah manusia.

Menurut kajian, menjelang tahun 2030, 20% daripada populasi dunia akan berusia lebih daripada 65 tahun.

Pada usia sebegini, penyakit kardiovaskular menyumbang sebanyak 40% daripada kadar kematian, menjadikannya salah satu punca utama kematian.

Tidak dinafikan bahawa penuaan merupakan proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Namun, sama seperti penampilan fizikal anda yang semakin berusia, jantung anda yang sentiasa berdegup sejak lahir juga boleh menjadi tua.

Oleh sebab itu, ciri penyakit kardiovaskular juga akan semakin jelas apabila anda makin tua. 

Perubahan pada jantung

ciri penyakit kardiovaskular

Terdapat beberapa perubahan ciri penyakit kardiovaskular yang berlaku pada jantung apabila umur semakin meningkat. Antaranya ialah:

#1. Degup jantung semakin perlahan

Degupan jantung berlaku disebabkan oleh sistem kawalan irama dalam jantung.

Litar seperti litar elektrik yang tertanam dalam otot jantung anda akan mengawal degupan jantung setiap masa.

Apabila anda semakin tua, laluan litar ini menjadi semakin keras.

Di samping itu, sel-sel sistem kawalan irama jantung juga akan semakin kurang.

Apabila semua ini digabungkan, jantung anda akan berdegup lebih perlahan daripada sebelumnya apabila anda semakin tua.

#2. Jantung menebal

Memandangkan ventrikel kiri jantung perlu mengepam darah ke seluruh badan, ia biasanya akan menjadi sedikit tebal.

Apabila anda semakin tua dan telah menggunakannya sepanjang hayat anda, ia akan menjadi lebih tebal dan jumlah darah yang diterimanya akan semakin berkurangan.

Kesannya, pengaliran darah ke jantung juga menjadi lebih perlahan.

#3. Perubahan irama jantung

Antara ciri penyakit kardiovaskular ialah perubahan irama jantung. Irama jantung orang tua dan orang muda yang normal sama sekali tidak akan berbeza.

Walaupun tanpa penyakit, ia sememangnya mempunyai irama yang sama.

Namun, apabila kita semakin tua, litar elektrik jantung kita akan berubah, menjadikan irama jantung kita juga turut berubah.

Penyakit seperti fibrilasi atrium, dan degupan jantung yang tidak teratur, adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan orang tua.

Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai sebarang penyakit jantung. 

#4. Injap jantung mengeras

Apabila usia kita semakin meningkat, bahan yang dipanggil lipofuscin akan semakin terkumpul di dalam sel jantung. Kesannya, injap jantung akan menjadi lebih tebal dan lebih keras.

Disebabkan penebalan dan pengerasan injap jantung ini, gejala penyakit kardiovaskular seperti degupan jantung boleh berubah dalam kalangan warga emas. 

Perubahan pada kesihatan vaskular

ciri penyakit kardiovaskular

Selain daripada perubahan pada ciri penyakit kardiovaskular, terdapat juga kelainan pada sistem aliran darah atau vaskular apabila usia semakin meningkat.

Antara perubahan yang berlaku ialah:

#1. Mudah melayang apabila duduk

Apabila sistem baroreseptor aktif, ia akan mengesan perubahan dalam tekanan darah apabila anda duduk dan mengembalikannya kepada normal.

Namun apabila kita semakin tua, sistem ini tidak lagi berfungsi dengan baik.

Oleh sebab itu, apabila orang tua duduk atau bercangkung, tekanan darah akan menurun dan menyebabkan kepala terasa melayang atau pening. 

#2. Kapilari darah semakin menebal

Apabila ciri penyakit kardiovaskular berubah, ia juga boleh menyebabkan salur kapilari darah semakin menebal dan boleh meningkatkan tekanan darah. 

#3. Salur darah juga menebal

Antara gejala penyakit kardiovaskular lain ialah penebalan salur darah.

Salur darah lain termasuklah arteri utama jantung akan menjadi lebih tebal dan lebih keras seiring dengan peningkatan usia. Ini kerana, tisu dinding saluran darah berubah secara perlahan-lahan.

ciri penyakit kardiovaskular

Kesannya, tekanan darah akan meningkat kerana jantung perlu bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah.

Oleh sebab itu, orang tua lebih mudah dikesan mengalami tekanan darah tinggi kerana faktor usia, dan bukannya kerana hipertensi

Penyakit jantung dan salur darah yang biasa dialami warga emas

Selain daripada perubahan-perubahan di atas, anda juga perlu mengetahui beberapa penyakit jantung dan salur darah yang biasa berlaku kepada warga emas. Antaranya ialah:

  • Kegagalan jantung kongestif dan sakit dada
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Penyakit arteri koronari
  • Jantung berdebar
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyempitan injap jantung
  • Strok
  • Darah beku
  • Keradangan saluran darah
  • Salur darah tersumbat

Kini anda telah mengetahui beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku pada jantung dan juga salur darah apabila usia semakin meningkat.

Lakukan langkah-langkah pencegahan penyakit jantung sewaktu usia anda masih muda agar risiko penyakit jantung boleh dikurangkan. 

#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan