Penyakit darah merupakan satu kondisi yang memberi kesan kepada sel darah manusia dan menyebabkannya sukar untuk melakukan tugas normalnya dengan baik.
Anda pasti?
Penyakit darah merupakan satu kondisi yang memberi kesan kepada sel darah manusia dan menyebabkannya sukar untuk melakukan tugas normalnya dengan baik.
Darah kita merupakan sejenis tisu yang terdiri daripada cecair dan pepejal. Bahagian cecair dikenali dengan nama plasma darah yang terdiri daripada air, garam dan protein.
Hampir separuh daripada darah manusia merupakan plasma. Separuh lagi merupakan bahagian pepejal yang mengandungi sel darah merah, sel darah putih dan platelet.
Penyakit darah boleh mempengaruhi seluruh badan pesakit. Sebagai contoh, penyakit darah yang lazim berlaku ialah anemia, hemofilia, darah beku dan juga kanser darah seperti leukemia dan limfoma.
Kebanyakan penyakit darah merupakan sesuatu yang berlaku secara turun-temurun.
Walau bagaimanapun, ia boleh juga berlaku disebabkan kekurangan nutrisi atau sebagai kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.
Individu yang mempunyai masalah dengan darah mereka perlulah berjumpa doktor untuk diagnosis lanjut.
Doktor juga mungkin akan mencadangkan pesakit untuk berjumpa dengan pakar hematologi bagi mendapatkan informasi yang lebih lanjut berkenaan kondisi yang mereka alami.
Baca lebih lanjut tentang Gangguan Darah di sini.
Selalunya, simptom yang dialami akan berbeza mengikut kondisi pesakit. Namun, ada beberapa simptom lazim yang berlaku kepada kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah darah.
Antara simptom lazim untuk kondisi yang mempengaruhi darah merah ialah:
Selain itu, simptom lazim kondisi yang mempengaruhi sel darah putih pula ialah:
Simptom lazim kondisi yang mempengaruhi platelet:
Seperti namanya, penyakit ini mempengaruhi sel darah merah di dalam tubuh manusia. Sel ini bertanggungjawab membawa oksigen daripada paru-paru ke semua bahagian badan yang lain.
Ada pelbagai jenis penyakit yang mempengaruhi sel darah merah. Contohnya:
Pesakit yang mengalami anemia mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah.
Pesakit anemia yang tidak serius selalunya tidak akan menunjukkan apa-apa simptom, namun mereka yang alami anemia yang teruk mempunyai kulit yang pucat, sering rasa letih dan sesak nafas.
Anemia terbahagi kepada beberapa jenis:
Talasemia merupakan sejenis penyakit yang berlaku secara turun-temurun. Ia berlaku apabila badan tidak menghasilkan sejenis protein yang dikenali dengan nama hemoglobin dengan cukup.
Apabila hemoglobin tidak cukup, sel darah merah dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Talasemia juga boleh menyebabkan penghidapnya mengalami anemia.
Polycythemia vera merupakan sejenis kanser darah yang menyebabkan sumsum tulang menghasilkan terlalu banyak sel darah merah.
Keadaan ini akan menyebabkan darah menjadi pekat dan pengaliran darah akan jadi lebih perlahan. Akibatnya, pesakit lebih cenderung untuk mengalami darah beku.
Sel darah putih atau leukocytes membantu badan untuk menghalang jangkitan penyakit. Pesakit yang mempunyai penyakit yang mempengaruhi sel darah putih mereka akan mempunyai sistem imun yang terjejas.
Antara penyakit lazim yang mempengaruhi sel darah putih adalah:
Limfoma merupakan sejenis kanser yang bermula di dalam sistem limfatik manusia. Sel darah putih pesakit akan menjadi malignan dan mula membahagi secara abnormal.
Limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin merupakan antara contoh limfoma yang lazim didengar dan dikenali ramai. Limfoma boleh dirawat menggunakan kemoterapi atau terapi radiasi.
Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang bermula daripada sumsum tulang atau sistem limfatik. Leukemia boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia juga boleh menjadi kronik atau akut.
Multiple myeloma merupakan sejenis kanser yang terbentuk pada sejenis sel darah putih yang dikenali dengan nama sel plasma.
Sel plasma yang sihat membantu manusia untuk melawan jangkitan dan menghasilkan antibodi untuk kegunaan tubuh badan.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami multiple myeloma mempunyai sel plasma yang menghasilkan protein yang abnormal. Protein ini pula akan menyebabkan pelbagai komplikasi.
MDS merupakan sejenis kanser yang mempengaruhi sumsum tulang. Ia bermula dengan perlahan dan kemudiannya bertukar menjadi leukemia yang teruk secara tiba-tiba.
Rawatan untuk MDS lebih banyak memfokuskan untuk mengurangkan komplikasi berbanding merawat.
Pesakit mungkin akan menerima kemoterapi atau pemindahan sumsum tulang sebagai rawatan untuk sindrom ini.
Platelet dalam darah merupakan responden pertama yang bertindak sekiranya anda mempunyai sebarang kecederaan.
Ia akan melakukan koagulasi darah dan mengelakkan darah daripada mengalir terlalu lama.
Pesakit yang mengalami penyakit yang mempengaruhi plasma darah selalunya (1) tidak dapat membuat platelet dengan mencukupi, (2) menghasilkan terlalu banyak platelet atau (3) platelet tidak dapat membeku dengan baik.
Antara penyakit lazim yang mempengaruhi plasma darah adalah:
Penyakit ini menyebabkan darah sukar untuk membeku ketika berlakunya sebarang kecederaan. Puncanya ialah ketiadaan sejenis protein yang dikenali dengan nama von Willebrand factor (VWF).
Hemofilia merupakan salah satu penyakit darah yang popular dan hampir keseluruhannya berlaku dalam kalangan lelaki. Penyakit ini menyebabkan darah tidak dapat melakukan koagulasi dengan betul disebabkan faktor VIII (8) atau faktor IX (9) yang tidak mencukupi.
Berbeza dengan dua kondisi yang dibincangkan sebelum ini, pesakit yang mengalami hypercoaguable state mempunyai darah yang lebih mudah untuk membeku.
Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko untuk mengalami darah beku sepanjang hidup.
DVT berlaku apabila darah beku (thrombus) terbentuk di dalam saluran darah. Ia selalunya terbentuk pada kawasan kaki dan boleh menyebabkan rasa sakit atau bengkak.
Walau bagaimanapun, kondisi ini juga boleh berlaku tanpa sebarang simptom.
Kondisi ini menyebabkan pesakit mengalami banyak darah beku bersaiz kecil dan pendarahan pada tubuh badan dalam masa yang sama.
Jangkitan yang teruk, pembedahan atau komplikasi ketika hamil boleh menyebabkan DIC.
Penyakit darah merupakan satu kondisi yang serius dan memerlukan rawatan yang bersesuaian daripada doktor.
Diagnosis awal adalah cara yang terbaik untuk memastikan pesakit dapat hidup dengan baik walaupun menghidap penyakit darah.
Jika anda mengesyaki diri anda atau orang tersayang mengalami penyakit darah, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin.
Penyakit darah bukan sahaja akan melemahkan fizikal seseorang, malahan emosi pesakit juga mungkin akan terjejas.
Oleh sebab itu, ramai pesakit yang bertindak berjumpa dengan kaunselor atau menyertai kumpulan sokongan supaya mereka dapat berkongsi pengalaman, perasaan dan juga informasi berkaitan penyakit yang mereka alami.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen